Kisah Solat Para Sahabat Nabi

11 Dis

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: “Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya.” (Surah Al-Ma’un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Sumber: Triple M

Love,

11 Respons to “Kisah Solat Para Sahabat Nabi”

  1. ezany Disember 11, 2009 at 2:31 am #

    moga2 kita tidak lalai..dan khusyuklah di dlm solat..

  2. sI tEDI Disember 11, 2009 at 2:37 am #

    tazkirah hari jumaat! :)TQ

  3. Future Protaz Disember 11, 2009 at 3:02 am #

    Ya Allah…betapa lemahnya kita umat Islam pada hari ini ye?huhu

  4. Zuewairy Disember 11, 2009 at 3:55 am #

    Alhamdulillah..leh dijadikan pedoman

  5. Hezesuze Disember 11, 2009 at 3:56 am #

    ermm tu ler pasal….bkn stakat nyamuk jek…bunyi riuh kt luar pun bleh menggangggu ketenteraman kita bersolat…yedok???xpe yg penting kita solat kan kan…

  6. miera Disember 11, 2009 at 8:00 am #

    Subhanallah..syukran encik Pooh atas entry yg sgt berguna ini ya??=D

  7. Adam Disember 12, 2009 at 8:27 am #

    malu nyer… kdg2 tengah solat bunyi org buang angin kuat2 pun dah timbul rase nak gelak… kalau kene panah rase dah melalak dah…

  8. Hazzy Ishak Disember 14, 2009 at 3:38 am #

    thanks for the infomoga solat2 kita akan dtg lebih kusyuk dan mendapat kenikmatannya..

  9. Afzainizam Disember 14, 2009 at 4:09 am #

    http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/Salam dari kami lama tak ziarah blog ni…. keadaan agak sibuk sikit….sorry ye pojieape pun aku suka baaca entry kamu tu….kyusuk dalam solat…. kang kadang susah gak nak dapat kusyuk dalam solat ni asyik khayal je….

  10. jailanimy Disember 14, 2009 at 12:59 pm #

    kalau nak cari barang hilang.. time solat la paling sesuai..duit 5 sen 20 tahun lepas pun leh ingat

  11. noli Julai 20, 2010 at 4:13 am #

    takjub sungguh….bayangkan 200 rakaat, 4 rakaat pun kekadang aje buat.Subhanallah……Ya Allah Ampunkan dosa-dosa kami.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: