#WW Wordless Wednesday #11

10 Ogo

Hanya satu,

Free Roaming dari Flexiroam!!!

6 Ogo
Hello, hello…

Attention!!!

Korang nampak tak perkataan FREE tu? Hah, korang pantang nampak free, percuma segala laju jer kan.. Tapi percayalah kali ini korang pasti puas hati. Lebih² lagi dari Flexiroam. Bukan sehari, bukan 2 hari tetapi 3 HARI PERCUMA! Gila tak gila! Yang pasti promosi ini berlangsung selama sebulan [KLIK], mengambil berkat Ramadhan katanya…


jadi buat teman² di luar sana yang masih belum mendaftar, silalah berbuat demikian di www.flexiroam.com. Dan boleh juga melayari blog.flexiroam.com untuk maklumat lebih lanjut!

Happy roaming!!!

Hanya satu,

#WW Wordless Wednesday #10

3 Ogo

Hanya satu,

Malaysia dikalahkan Singapura? Takpe, Flexiroam kan ada…

28 Jul
Salam,

Oklah, mesti ramai yang rasa frust semalam pasukan #HarimauMalaya, ada yang nak ikut pasukan Singapura pulang? Kalau nak ikut pulang jangan lupa Flexiroam. Kang kesian pulak korang nak pi sana dah la currency mahal, kene roaming charge pulak, kan best tuh! Kita nak berjimat kan. Eh, melalut sudah!
Oklah, tapi kalau hujung minggu ni ada yang berhajat mahu ke Kota Singa, pastikan Flexiroam turut anda bersama² anda. Jangan lupa masukkan sekali dalam travelling checklist, jadi korang tak lupa nanti. Yelah, dengan Flexiroam korang dapat reduce kan roaming charge antara Malaysia dan Singapura. Kan lebih menguntungkan tuh. Dapat call si dia yang tersayang dengan hanya serendah RM10 sehari dan tanpa had. Tak percaya refer sini. Penjimatan lebih 80% tuh. Jimat tak ingat! Tapi sebelum itu korang perlulah tau how it works barulah penjimatan itu berbaloi. Nanti Pojie ceritakan lebih lanjut lagi berkenaan dengan caranya, serta lain² negara antarabangsa yang boleh anda nikmati penjimatan hebat dengan Flexiroam ini.

Hanya satu,


#WW Wordless Wednesday #9

27 Jul
Hanya satu,

Alalala, buah hati papa!

26 Jul
Salam,

Actually Pojie dilahirkan sebagai anak sulung dari 6 orang adik beradik. Masa kecil² dulu Pojielah yang rajin menjaga adik². Tolong mandikan, tolong bersihkan berak kencing, tukar lampin, tolong dodoikan, uishh best ok. Yang last tuh paling best bila Pojie dapat meng”iqamat”kan dia. Muda² lagi dah ada ciri² seorang ayah tau! So kira dari budak² lagi Pojie dah sangat suka dengan budak² nih especially yang comel dan baik. Yang nakal² tak layan, memang nak kene cubit jawapnya. Lepas tuh ajar dia dengan sains dan teknologi macam Starfall nih. So sekarang nih ada sindrom tak sabor nak menimang anak sendiri pulak memandangkan anak² yang ada tak berapa nak manja dah. Setiap kali tengok baby kegeraman itu adalah sangat luar biasa. Ironinya dulu lebih suka bahasakan diri as “abang” dengan budak², now lebih suka dipanggil “uncle”. So sekarang tak sabar nak baby yang comel yang boleh Pojie hangkut pi opis, gomol² dia tiap² malam macam nih…


Alalala, buah hati papa!
Comelnyaaaa!!!

Hanya satu,

Musim Bina Masjid :)

25 Jul
Salam,
Alhamdulillah sekarang nih hampir setiap minggu ada jer majlis berbahagia dari teman² dan saudara mara Pojie yang terdekat. Artis² apatah lagi setiap minggu ada jer berita mendirikan masjid. Syukur sangat². Semoga kebahagiaan yang dibina kekal sehingga ke syurga. Baru², selang 2 minggu selepas majlis pertunangan Pojie, seorang teman baik Pojie bernama Hafes Ramli pula menyusul, bertunang bersama pilihan hati beliau; Emylia Zakaria di Senawang, Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan!
Perkenalan sejak di kolej dan berbunga cinta awal tahun ini, senyap² terus nak tunang. Wah, masing² dah ikut konsep Pojie yer, bercinta senyap², bertunang terus! Bagus². Tunang pun tak lama, insyallah by end of this year mereka akan bernikah. Amboi, tak sabor² nampak, tak reti tunggu turn ker? Hahah. Tak mengapalah dah rezeki dia sampai dulu. Pojie masih lagi mengumpul, terbuntang² mata demi mencari duit nak kahwin nih.  Huhu. Tumpang gembira bila seorang demi seorang teman rapat Pojie mula nak melangkah ke jinjang pelamin. Yelah, bila lagi kan masing² dah nak menginjak usia emas dah. Huhu.

Wawan Azwani pun baru jer mendirikan masjid pada 23 Julai lepas, clash pulak dengan interview MAS cabin crew so tak dapatlah pergi. Ampun sangat². Apa pun tahniah ya. Oh ye, tidak dilupakan juga tahniah diucapkan buat teman sekolej Pojie semasa di KUSTEM (sekarang UMT), pengacara Majalah 3; Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman di KLCC minggu lepas. Jemputan untuk keluarga terdekat jer katanya, tak mengapalah janji berbahagia. Agak² kalau Pojie buat konsep majlis kecil² untuk keluarga terdekat dan hanya menyiarkan nota manis saja orang boleh terima tak tanpa sentap? Hahah. Silap² mak yang sentap. Yela dah sah² anak sulung, nak dibuatnya gilang gemilang, nak book Dewan Jubli Intan kat Muar tuh lagi, mampooo??! Haha! Apa² pun doakan jelah agar semuanya berjalan dengan lancar 🙂

Ameennnn…
Hanya satu,