1 Disember – Hari AIDS Sedunia

1 Dis



Apa itu AIDS?

AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome, atau Sindrom Kurang Ketahanan Badan. Setakat ini tiada lagi vaksin dan ubat untuk mengubati penyakit, tetapi pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mngelakkan diri dari jangkitan seperti ini. Kenapa manusia dijangkiti AIDS? Hal ini diserang oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) atau dengan kata yg Pojie paham sejenis virus yang menyerang sistem imuniti badan.

Trivia

  • Kes pertama di Malaysia yang dilaporkan adalah pada tahun 1986.
  • Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV dilaporkan di Malaysia.
  • Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.
  • Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. 3 cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks rambang, perkongsian jarum suntikan dadah dan kelahiran dari ibu yang dijangkiti.
  • HIV yg menyebabkan AIDS rata²nya dapat dikesan dalam 10 tahun, bergantung kepada diet dan cara hidup seseorang.

http://www.prostar.gov.my/Latar_BM.htm

So arini 1 Disember 2008, sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day), Pojie ingin memberi sokongan terhadap kempen pencegahan AIDS ini. Sementelah Pojie ada ramai kwn² yg menjalani aktiviti yang leh mengundang virus HIV ini dan seterusnya menyebabkan AIDS. Oleh itu Pojie menyeru kwn² sumer, nak berseronok itu terpulang kpd diri masing² janji pandai menjaga diri dan mengamalkan langkah² pencegahan. Pojie xnak ada lagi kwn² Pojie yang “pergi” lagi kerana penyakit berbahaya yang tiada ubat ini. Oleh itu jauhilah dadah, aktiviti seks tidak selamat, berkongsi jarum suntikan dan macam² lagi la. Pojie pasti korang sumer dh tau kan cara nk selamat… So take care guys!!!

Sebagai sokongan Pojie memakai riben merah, tanda Anti-AIDS dan memberi sokongan kepada kempen² jauhi AIDS ini, juga memberi sokongan kepada penghidap² AIDS agar jangan berputus asa dan teruskan mengisi sisa² hidup dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Walaupun stigma masyarakat terhadap mereka masih kukuh melekat di minda setiap orang, tapi jgn la disisihkan mereka ini. Berilah mereka peluang ok…



5 Respons to “1 Disember – Hari AIDS Sedunia”

  1. you are now in my zone Disember 1, 2008 pada 8:20 am #

    letak kt rmbt cntk gak tuh :p

  2. ReMy Disember 1, 2008 pada 3:07 pm #

    nuar la letak kat rambut…

    AIDS…

    A : Ari
    I : Indah
    D : Di
    S : Sana Sini

    huhu, suker2 jer Remy ubah kn?

  3. rizz Disember 1, 2008 pada 4:49 pm #

    semoga pesakit aids tabah..takot lor klau kna sakit ni..simpangg

  4. Mamanz... Disember 2, 2008 pada 1:30 am #

    Hi poojie…

    Posting ini telah di backlinkkan kedalam Kilas Blogs: http://kilasblogs.blogspot.com

    Sila lakukan link exchange untuk meningkatkan trafik di blog anda.

    Terima Kasih

  5. PöJìé PööH... Mulanya di sini... Disember 2, 2008 pada 9:18 am #

    Nuar;
    Wah letak kat rambut katanyer..
    Cantik kat Nuar kot..

    Remy;
    Wah pengertian pada diri sndiri yer..

    Rizz;
    Btol tuh Rizz mintak simpang!

    Maman;
    Thanks a lot dear!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: