Teater Bangsawan – Puteri Saadong

5 Dis

Semalam Pojie pergi tengok sebuah lagi teater bangsawan bertajuk Puteri Saadong di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), pada pukul 8.30mlm. Teater ini berlangsung selama 3hari iaitu 3, 4 dan 5 Disember 2008. Pojie pergi pas keje bersama² ngan Jay Shaquan. Edy, Ajim, Rizz n Abg Faizal xdpt dtg spt yg dijanjikan sbb ada sedikit masalah. Sentap gak la, nasib baik ada Jay sudi nk temankan Pojie. So xla kebosanan n dpt la tgok teater bangsawan nih berteman. Kat sana plak jumpa sorang lagi kwn Pojie, Jai (technically kwn Edy, dari ASWARA gak). Best la teater dia. Ni 1st teater bangsawan yg Pojie pernah saksikan. Yang lain² teater biasa² jer. Even berlakon teater kat sekolah tuh pun teater kanak². Hiks =p


Oklah meh sini Pojie menceritakan sedikit sebanyak kisah Puteri Saadong nih. Pojie pernah baca kisah ini masa sekolah dan kini barulah dapat mengikuti teater dengan penghayatan yg lebih menarik. Mengisahkan tentang Raja Abdullah yang memerintah negeri Kelantan bersama² ngan isteri tercinta, Puteri Saadong yang cantik jelita serta bonda angkatnya, Cik Siti Wan Kembang. Kejelitaan Puteri Saadong telah sampai ke ke pengetahuan Raja Ligor, raja Siam dan memerintahkan agar Puteri Saadong “diambil” dgn apa cara sekalipun. Puteri Saadong terpaksa mengalah dan berkorban utk menemui Raja ligor dgn harapan agar rakyat dan negeri Kelantan tidak menjadi korban.


Semasa di Siam, Puteri Saadong sering dihiburkan dan dipujuk rayu oleh Raja Ligor tetapi tidak berjaya. Malahan Raja Ligor diserang penyakit misteri dipercayai terkena tulah Puteri Saadong. Seperti yang dicadangkan oleh sami utk Raja Ligor mandi menggunakan air bilasan kaki Puteri Saadong, akhirnya Raja Ligor kembali pulih seperti sediakala dan menganggap Puteri Saadong sebagai saudara dan berdamai, lalu dikembalikan Puteri Saadong ke Kelantan.


Setibanya Puteri saadong di Kelantan bersama pengiring setia, Kak Nik Siti, beliau terkejut dengan kelakuan Raja Abdullah yang tidak mempercayai cerita dan kata² tentang kecian dan kesetiaan beliau terhadap raja Abdullah spt yg diceritakan oleh Kak Nik Siti. Lebih² lagi apabila Raja Abdullah mempunyai pengganti Puteri Saadong di istana dan terpengaruh dengan hasutan isteri keduanya itu. Akhirnya Puteri Saadong tertikam Raja Abdullah hingga mangkat dan mencederakan dirinya sendiri lalu mengalirkan darah putih sebagai membuktikan kesuciannya.


Begitulah serba sedikit cerita pasal Puteri Saadong nih. Watak² didukung oleh insan² yang berbakat dan penuh pengalaman dalam bidang lakonan pentas. Cerita ini digubah oleh seorang Tokoh Orang Hidup iaitu Allahyarham Mohamed Bahroodin atau Cikgu Baha. I’ve heard that name before but can’t really recognise his face. Wah complete segala hah. Nangeh la masing² yg dinch suker mende² ni nak membaca. Hajarnyer!!! Penat perah otak menagrang. Gittew!!!


8 Respons to “Teater Bangsawan – Puteri Saadong”

  1. Duke Luce Dell'amore Disember 5, 2008 pada 12:35 pm #

    nangeh ok baca entry pnjg berjela!

  2. PöJìé PööH... Mulanya di sini... Disember 5, 2008 pada 12:40 pm #

    sebuk sajak!

  3. you are now in my zone Disember 5, 2008 pada 12:50 pm #

    pojie sa’adong lah pasni…wink2 😉

  4. rizz Disember 5, 2008 pada 4:21 pm #

    sori taw riz x dpt join t kte kua bnje pojie hehe

  5. Eizan Emirza Disember 6, 2008 pada 3:40 am #

    nanti 12 hbln kita tgk BANGSAWAN MUSANG BERJANGGUT kat Panggung Bandaraya eh. Edy mmg xdew exam tyme tuh.

  6. Preppy Guy Disember 6, 2008 pada 3:55 am #

    best la….preppy x pernah tgk teather lagi…eja pun salah..hahahaha…bila p.pooh nak ajak preppy???

    xoxo
    AL

  7. Fiesya Disember 7, 2008 pada 10:17 am #

    salam nak mntak izin dgn tuan rumah nak jengah2 bleh ke?????

  8. PöJìé PööH... Mulanya di sini... Disember 8, 2008 pada 11:58 pm #

    Nuar;
    WEkkk :p

    Rizz;
    Sudah!
    Pojie merajuk 3kurun!

    Edy;
    Ok jer..
    Ntti roger k!

    Preppy;
    Ok jer..
    dtg kl roger la..
    nnti Pojie bw ok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: