Be A VICTIM??? Hell NO!!!

12 Nov
Lupakan kisah promosi AirAsia yang memeningkan kepala tuh. Dicuba sampai sekarang pun xdapat². Ada rezeki adalah Pojie oii. Xde rezeki, lain kali jela. Itu kes semalam. Arini plak kes tayangan 2012. Wow, fenomena Transformers 2 kini kembali. Masing² beriya² nak tengok filem yang baru release arini. Ada yang dah tengok, ada yang akan tengok, ada yang dah beli tiket, ada yang dah book tiket dan xkurang jugak yang xdapat² tiket. Nak book online pun semua dah penuh sampai hari Ahad nih. Ohhh my Dior!! Hebat penangan 2012 nih kan. So any comment???

Tapi sekarang Pojie xmau komen pasal 2012 apatah lagi Pisau Cukur yang Pojie layan semalam. Sebab feedback lebih kurang sama jer, mende yang sama, jelak pulak orang membacanya.. Sekarang, Pojie just nak share dengan kawan² tentang tips mempertahankan diri dari menjadi mangsa penjenayah.

Pojie terbuka minda nak share mende nih dengan kawan² since Pojie ada terbaca dari ZonBebas.com. Yelah kan, zaman sekarang nih baik lelaki baik perempuan semua kene berhati² setiap masa. Even dalam ofis dan rumah sendiri pun kene berhati² tau! tengok jela kes sekarang, abang rogol adik, gangguan sexual di dalam opis dan macam² lagi la.

Teringat beberapa kes teman² Pojie yang pernah mengalami saat² mencemaskan berhadapan dengan peragut, penculik dan perompak. Banyak, malas nak share kat sini. Cuma Pojie nak share beberapa tips untuk menangani masalah ini daripada berlaku. Kalau ada yang kurang, sila la tambah² yer kawan². Ini adalah melalui pemerhatian dan pembacaan Pojie;

  1. Ketika memakir kereta, seboleh²nya elakkan diri dari memakir berdekatan dengan tembok atau tiang, yang membolehkan sesiapa bersembunyi di sebaliknya.
  2. Sebelum keluar dari kereta, pastikan sekeliling selamat untuk anda keluar dan pastikan anda cepat² pergi ke tempat yang dituju.
  3. Pastikan kunci kereta sentiasa di dalam genggaman anda ketika mahu kembali ke kereta.
  4. Sila pastikan bahagian tempat duduk belakang selamat dan terus masuk ke dalam kereta dan kunci.
  5. Seandainya anda diserang, anda boleh menggunakan kunci sebagai senjata dan menekan butang penggera kereta untuk menarik perhatian orang² yang berhampiran lantas boleh menakutkan penjenayah itu (nak mnjerit pun boleh kalau rasa² leh high pitch macam Jac).
  6. Seandainya anda ditahan (walaupun polis), adalah dinasihatkan agar anda tidak menurunkan tingkap kereta sehingga habis. Turunkan setakat yang perlu untuk berkomunikasi. Usah matikan enjin kereta.
  7. Bagi seorang wanita, pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja untuk menyerlahkan penampilan, malahan juga boleh dibuat senjata. Begitu juga dengan beg tangan. Terpulang kepada kebijaksanaan anda menjadikannya sebagai alat untuk mempertahankan diri.
  8. Digalakkan untuk menyimpan penyembur mata (spray perfume juga boleh) dan juga alarm yang kecil di dalam beg.
  9. Andai anda diekori, pastikan anda cepat² pergi ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis. Minta bantuan mereka untuk menemani anda andai perlu. Itu memang tugas mereka.
  10. Tidak kira anda lelaki, perempuan, kanak² atau orang tua, anda digalakkan mempelajari teknik² mempertahankan diri. Ia sangat senang dipelajari lebih² lagi andai anda boleh mencari titik kelemahan penyerang.
  11. Dan yang paling penting adalah; JANGAN PANIK. Jika anda panik, segala ilmu yang telah anda pelajari akan tidak berguna sama sekali.
Amacam?? Banyak x? Actually xbanyak tuh. Itu baru sikit, sebab Pojie cuba untuk mengerah otak mengingati semula tips² nih. Nanti Pojie akan share kan lagi buat teman² yer. InsyAllah, Pojie akan cuba menurunkan beberapa langkah teknik mempertahankan diri yang Pojie pernah pelajari dulu. I got black belt taekwondo, jangan memain. Cuma dah lama xjoin, berkarat sudah. Tapi Pojie akan share juga nanti. Tapi itu semua tips untuk mengelakkan serangan, tetapi kalau berlaku tuh silalah ikut tips ini [KLIK]. Pesanan Pojie..

PEKA
BERHATI-HATI
TENANG

P/S: Ingat dulu masa nak balik kolej di Kuala Terengganu, sampai sana kul 4am atau 5am, orang² xramai, teman xde, akan pastikan ada pisau lipat dalam stokin. Duit² yang Abah bagi pun simpan dalam stokin. Huhu..

Love,

5 Respons to “Be A VICTIM??? Hell NO!!!”

  1. Melz November 12, 2009 pada 1:35 pm #

    Tunggu untuk kita download di internet ajer la pojie ;P hahahahananti mel usha kat port gelap kalau2 dah ada 😛 muahahaha

  2. iyllienaz November 12, 2009 pada 2:58 pm #

    pojie..really2 thanx 4 da good tips and advices..

  3. H.R PuTeRa YuSoFF November 12, 2009 pada 5:20 pm #

    abg blaja silat ler..hehe

  4. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ November 12, 2009 pada 11:41 pm #

    pojie….sorry la…bukan tak mo jumpa..jangan majuk k…hehehhe…..eniwei…thanks utk n3 tips keselamatan nih…..

  5. iva saionji November 13, 2009 pada 3:26 am #

    tambah agie leh x pojie…to guls..silalah letak beg2 anda tersorok dibawah seat ketika memandu..bukan pe…org kalau nak wat jahat sanggup wat pe je pon…leh je depa pecahkan tingkap then bawak lari handbag..T A K U T…..so berhati2 sebelum kena..thankz pojie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: