Hujung Minggu yang Happening VS Tak Happening!!!

24 Nov
Salam..

Kalau kawan² perasan, agak lama juga Pojie tak update aktiviti Pojie dalam PoJiePooH nih kan! Kenapa ek?!! Ntah, bagi yang mengikuti perkembangan Pojie, anda pasti tahu kenapa. Lagipun malas la nak update blog nih dengan cerita² murahan, keluar makan sana sini, beli baju baru la, almari baru la. Kalau mula² maybe yela kot sebab masih tercari² idea dan identiti, now no more. Kalau update pun motip la Pojie nak update sampai 2 3 part. Cukup la Pojie update sikit² jer kehidupan Pojie bukan untuk tatapan umum. Cewahh! No offence eh!!!

Wahhh kenapa ada plak hujung minggu happening dan tak happening nih??! Bukan apa kawan², yang happening nyer bila Pojie dapat meluangkan masa melepaskan rindu pada teman² yang dah lama tak bersua muka bertentang mata, menghabiskan masa bersama² mereka dengan karaoke, bowling dan main hujan. Happening sangat! Kawan² leh baca entri dari teman² Pojie ni; Kak Heze [KLIK], Rizz [KLIK] dan Jai [KLIK]. Yang tak happening nyer bila dah main² hujan, dah berusia nih (senstitif perkataan T*A ok!) mula la kene hujan rintik² pun dah kene demam selsema. Aduhai sabor jela. So hari Sabtu dapat berjimba², hari Ahad terlentang dalam umah jer sampai la hari Isnin.


Hari Isnin kebetulan pulak memang Pojie apply AL, bukan sajer² tapi untuk memenuhi permintaan teman baru Pojie, Davina yang mengadakan Charity Outing. Sayangnya Pojie tak dapat nak join. Maaf yer Davi. Next time maybe. Jadi, melepak jela kat umah tuh sorang², masak sorang², makan sorang², tengok TV sorang², basuh baju sorang². Sedih kan!

Hari nih, datang opis dengan hidung yang “tersumbat” dan suara itik serati nih menyambut panggilan dari tetamu² di luar sana. Ya Allah, sungguh aku tak suka keadaan ini. Kerjaya ibarat penyanyi ini, yang memerlukan lontaran suara dan vokal yang mantap agak terganggu hari ini dengan keadaan sebegini. Tisu dekat sekotak abes, minyak angin pinjam dengan kakak meja sebelah dah dekat sebotol abes Pojie sental² kat batang hidung nih, tak jalan² jugak. Alamatnya malam nih terpaksa gak telan pil selsema dan tumbang sepanjang malam. Hohoho..


Wish me get well soon!


P/S: Menantikan pic² dari budak² nih. Cepat sket oii!!

Love,

9 Respons to “Hujung Minggu yang Happening VS Tak Happening!!!”

  1. syaf November 24, 2009 pada 1:39 pm #

    lorr kaw sakit kew pojie …tdi kemain syok ym ngan aku, ko x ckp pon ko sakit…heheh anywya wishh u sihat pas ni

  2. Hezesuze November 24, 2009 pada 2:15 pm #

    emmm sameler ngan akak…idung tsumbat sudah! tp berbaloi2 coz dpt jumpa pojie n geng yg len…tp all pic minta kt EL & qlah ye….hehehehope cpt smbuh dan suare tu kembali spt sedia kala…ahaks!

  3. CikLola November 24, 2009 pada 4:27 pm #

    wah…besh nye..lepak2

  4. Fatt Chin Choy November 24, 2009 pada 4:37 pm #

    ko kekurangan antibodi nihehehe

  5. Eazy Izzuddin November 24, 2009 pada 11:37 pm #

    sedey x dpt pi…huuuuu

  6. Mawar_berduri November 25, 2009 pada 1:24 am #

    kesiannya …apesal ramai no yang demam nih…. ari ni dah baik blom?…kalau tak baik lagi..makan ubat yek…tu la…"budak besar" main ujan…tu yang sampai demam…hihi

  7. farish H November 25, 2009 pada 3:35 am #

    CIAN DIE SELSEMA LAK..TU RR DORG LMBT UPLOAD GMBO LAKK

  8. Afzainizam November 25, 2009 pada 6:14 am #

    Salam Dari kami Warga Kerja http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/ kepada semuaKeluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan niaga,pelanggan dan pengunjung blog ini.Selamat Menyambut Hari Raya Haji Aidil AdhaSelamat Menunaikan Ibadah Korban….Salam Aidil Adha Dari Mereka Yang Menjadi Tetamu Allah.."Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."Jangan lupa ambil kad ucapan Salam lebaran aidil adha… pilih lah nak mana satuSemoga bukan selesema H1N1 moga tak cam tu… Moga cepat sembuh ye…. moga sihat wal afiat

  9. armouris November 25, 2009 pada 9:11 am #

    info tentang hidung tersumbat kat sini – Hidung Tersumbat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: