Hari AIDS Sedunia

1 Dec
Oh, almost forgot yang hari ini adalah Hari AIDS Sedunia. Mengikut pembacaan Pojie, so far AIDS mula dikesan di Malaysia pada 1986. Sehingga 30 Jun 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencatatkan 86,127 kes jangkitan HIV. Seramai 14,955 pesakit telah menghidap AIDS dan 11,549 kematian direkodkan.

Bagaimanapun telah dicatatkan bahawa kes AIDS mengikut tahun telah menunjukkan perkembangan yang positif dengan penurunan mendadak bilangan pesakit baru, mahupun kematian akibat AIDS berikutan penemuan ubat-ubat baru. Walaupun ia tidak boleh mengubati penyakit maut ini 100% tetapi mampu melambatkan proses tindakan virus HIV ini kepada antobodi badan.

Tahun 2002 mencatatkan kemuncak kes baru jangkitan HIV di negara ini. Bagaimanapun, 2002 juga menjadi detik permulaan penurunan bilangan kes baru selama tujuh tahun berturut-turut dengan menunjukkan 90.9% pesakit terdiri daripada golongan lelaki manakala 9.1% lagi adalah perempuan.

Presiden Persatuan Perubatan HIV Malaysia (PPHIVM), Dr. Christopher Lee Kwok Choong menyatakan bahawa rekod menunjukkan perkongsian jarum dadah menjadi punca utama penyebaran HIV (secara keseluruhan) di negara ini. Hubungan seks pula menjadi punca kedua utama. Kes baru paling banyak melibatkan lelaki dan melalui perkongsian jarum, peningkatan penyebaran HIV melalui hubungan seksual kini telah mencecah 18.6 peratus. Beliau menegaskan bajawa hubungan seksual bukan sahaja melibatkan secara heteroseksual (lelaki-wanita), malahan MSM (homoseksual atau biseksual) dan juga lesbian (wanita-wanita). Rekod baru mendedahkan terdapat sebilangan lelaki yang sudah berkahwin tetapi masih mengadakan hubungan seks MSM dengan lelaki lain. Ini bukan sahaja mendedahkan diri mereka kepada HIV, malahan isteri dan mungkin juga anak jika isteri mereka mengandung.

Sebanyak 76.9 peratus kes jangkitan HIV juga berlaku di kalangan remaja dan golongan muda berusia antara 20 hingga 39 tahun. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bermacam gejala sosial seperti pengambilan dadah, alkohol dan juga seks rambang yang semakin meningkat.

Dr. Lee menyatakan pandangan umum terhadap HIV/AIDS dan mereka yang menghidapinya juga semakin baik berbanding dahulu. Namun, beliau menegaskan penerimaan dan pemahaman terhadap penyakit ini perlu terus dipupuk bagi mengelak dan mengurangkan stigma dan diskriminasi ahli masyarakat.

Walaupun generasi muda dilihat lebih mudah menerima dan memahami situasi mangsa HIV/AIDS, Dr. Lee berharap stigma dan diskriminasi dapat terus ditangani, bermula dari kakitangan kesihatan sendiri.

Menurutnya, doktor dan jururawat menjadi antara baris hadapan yang berhubung terus bersama pesakit dan oleh itu perlu mengelakkan sebarang diskriminasi.

Kita cuma mahu pesakit diberikan peluang! Peluang untuk hidup secara normal, bekerja dan menjalani hidup harian tanpa diskriminasi. Dengan bantuan ubat sedia ada dan penerimaan masyarakat umum, individu dengan HIV dapat terus hidup secara produktif, untuk diri sendiri dan juga untuk ekonomi negara!

Jadi pesanan terakhir dari Pojie…

Sumber: MyAdha & Mingguan Malaysia
Entri berkaitan: 1 Disember – Hari AIDS Sedunia

Love,

4 Respons to “Hari AIDS Sedunia”

  1. sI tEDI Disember 1, 2009 pada 1:15 pm #

    hindari diri kita dari AIDS

  2. Fauzzan Helmy Anuar Disember 1, 2009 pada 6:59 pm #

    Pojie ni, penat Mie taip tau entri tu panjang-panjangTak bacaIsh ish ish…Mie sekarang ok ajeThanx Pojie sebab amik berat pasal MieChenta baru?Entahlah… Tak kotKawan aje duluCuma… NantilahWait and see okMotiflahHari mi nirthday MieSemalam Hari AIDS Sedunia

  3. farish H Disember 2, 2009 pada 2:15 am #

    slmt hr aids :p do safety! hahaa

  4. QieFLy si Dolce Disember 2, 2009 pada 7:13 am #

    hurm….thanx a lot ye pojie sebb post kan entry nie….jauhkan la segala mende2 buruk nie…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: