Lagi-lagi Kisah NUFFNANG!!! [Part 2]

2 Dec
Salam pagi semua kawan²..

Maaf arini entri pemula hari agak lambat ke udara.. Sebab apa? Sebab Pojie agak sibuk semalam, hanya sempat buat draf entri saja tanpa sempat buat autopost. Hahaha, pecah lubang! Kalau tengok² ada entri Pojie di pagi hari, itu maknanya Pojie buat autopost. Senang, ada idea buat draf, cari bahan, lepas itu post mengikut masa yang kita kehendaki. Oleh sebab Pojie nih kadang² kebuntuan dalam menulis entri, dan selalu sibuk, maka inilah penyelesaiannya agar PoJiePooH sentiasa di-update dan ada cerita untuk disampaikan…

Ok, usah melalut mari Pojie terus berbalik kepada cerita asal entri ini. Mesti kawan² perasan yang lately Pojie sokmo membincangkan pasal nuffnang. Tak sudah² nuffnang. Lagi-lagi Nuffnang. Siap share link lagi kat blogger² yang hebat pasal benda² nih semua. Kenapa? Secara jujur Pojie cakap, I’m desprate for money. Lagipun dah setahun lebih menjadi blogger tapi earning tak pernah cecah RM10. Jadi adanya mereka yang membincangkan hal ini membuatkan Pojie lebih teruja. Yelah, orang lain dah cashout banyak² kali, Pojie sekali pun belum. Yela, Pojie hanya blogger hingusan, entri selalu merepek, sebab tuh tak banyak reader, trafik pun tak tinggi.

Setelah mendapat tunjuk ajar dan tips² yang diberikan oleh blogger² hebat, Pojie menjadi lebih teruja apabila melihat earning Pojie bertambah setiap minggu, walaupun setakat 2 – 3 ringgit jer. Tak mengapalah, orang nak bagi duit at least dapat juga kan daripada dulu 75sen tak gerak². Dan lebih teruja apabila siap la ada insan yang telah membuat Klik² Nuff Ranger. Hah, Pojie apa lagi mengambil peluang yang ada.

Tapi setelah 2 minggu barulah Pojie tau yang team itu adalah salah di sisi Nuffnang setelah di hentam secara keras oleh seorang blogger yang dianggap otai [KLIK] barulah Pojie menyedari bahawa ianya salah. Terima kasih atas nasihat dari beliau yang berunsur penghinaan. Walaupun agak terasa tapi sejuk sikit hati ini apabila otai blogger yang lebih berhemah, lembut bicara telah menegur pasal ini [KLIK] serta membincangkan tentang halal haram rezeki dari blog [KLIK]. Terima kasih banyak². Minta maaf kepada otai² yang telah berbulu mata dan sakit hati dengan team kami, walaupun Pojie bukan founder, tetapi sebagai ahli, perlulah Pojie turut meminta maaf. Tahniah atas founder yang telah meminta maaf secara terbuka lalu membuat pengumuman penutupan team itu [KLIK].

Kudos buat Melz yang telah membuka mata sesetangah blogger yang merasakan diri mereka otai dan diva untuk melemparkan kata² kesat kepada blogger hingusan kepada kami [KLIK]. Sekurang² nya dapat juga membuka mata Pojie dan blogger sekalian tentang adab² ketika menulis. Kami masih lagi bertatih sebelum bisa berlari sampai ke puncak, kata orang tidak sebaris mereka, dapat berada setapak di belakang pun sudah cukup bagus. sebab mereka adalah panduan dan idola dalam menjadikan penulisan blog bukan sekadar hobi malahan saluran utama menghubungkan dunia dan menyampaikan informasi.

Akhir kata,
Majulah blog untuk negara!
Hoyeahhh!!!

Love,

8 Respons to “Lagi-lagi Kisah NUFFNANG!!! [Part 2]”

  1. Cik aiNa Disember 2, 2009 pada 3:27 am #

    yup pojie…aina sokong hundred percent. tapi tegur la secare berhemah..hina2 takmau aa.

  2. QieFLy si Dolce Disember 2, 2009 pada 7:17 am #

    wahhhhh kelas ko nok….mmg dorang tu hanjeng la nok…ntah2 dorang tu pown time nak mula blog terkial2 lebey trok dari kita kannnn

  3. Melz Disember 2, 2009 pada 8:27 am #

    mel menulis kerana perlu itulah main pointya

  4. sI tEDI Disember 2, 2009 pada 10:04 am #

    pojie.. aku baru tahulah pasal team mengetam ni.. pasal belasah membelasah ni. ekekekek..nanti aku klik link yg ko letak tu

  5. Fatt Chin Choy Disember 2, 2009 pada 6:44 pm #

    femes? otai? diva? aku jumpa blogger perasan mcm tu memang aku tak singgah blog dia walau sehebat mana pun dia punya blogpercayalah… ini memang aku punya style

  6. Fauzzan Helmy Anuar Disember 2, 2009 pada 11:34 pm #

    PojieThanx 4 that wish okSuke~

  7. ░♥si lampu neon♥░ Disember 4, 2009 pada 9:27 am #

    sayang nye, ko tau kan yang tulis tu bukan mr. arjuna. tapi tulisan dalam entri tu adalah entri request … arjuna mintak orang lain tolong tuliskan…org tu adalah ehem2peace!

  8. CONNIE Disember 8, 2009 pada 7:07 pm #

    oo.okay.patutla.(kagum dgn org y mampu mintak maap):)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: