Hati, usah kau ulangi…

6 Dec


Setiap kali aku menatap wajah beliau,
Membaca kisah beliau,
Melihat gambar beliau,
Hatiku berdegup kencang..
Aku tak pasti apakah perasaan itu..
Adakah ianya sayang, suka, rindu, bangga ataupun benci..
Aku tak pasti..

Yang aku pasti,
Beliau adalah seorang sahabat yang baik..
Teman yang sempurna..
Bisa membuat teman-teman yang menangis kembali tertawa riang..
Yang bahagia menjadi duka..

Tetapi aku kurang pasti,
Mengapa setiap kali membaca kisahnya, membuat hatiku terusik,
Lalu terhiris..
Beliau adalah milik ramai insan,
Kerana beliau teman yang sempurna..
Buat kali kedua aku bilang kamu akan hal ini..

Memang benar..
Cuma kesempurnaan beliau membuat diriku kecewa..
Seakan aku tidak layak berteman dengannya..
Aku berharapkan perhatian beliau kepadaku..
Andai benar bagai dikata, manakah dia tingkah bicara..
Andai tangisan ku harapkan sentuhanmu..
Andai kesepian ku harapkan dirimu di sisi..
Aku masih di sini ternanti-nanti..
Akhirnya kembali kecewa..

Oh hati, usah kau ulangi..
Kesedihan yang kau simpan suatu ketika dulu..
Usah dibuka kembali..
Harapan yang kau sandarkan padanya..
Lekas kau simpan semula..
Jangan kau lukakan hati insan yang mulia..
Dia juga layak buat semua..
Walaupun terkecuali dirimu..

Hatiku, ku larang engkau ulangi..
Kecewa jangan dibiarkan murka..
Angkat kaki mu jauh dari hidupnya..
Usah biarkan dirimu yang terluka, melukai insan sepertinya…

Love,

9 Respons to “Hati, usah kau ulangi…”

  1. I am Karl Disember 6, 2009 pada 7:28 pm #

    hoho pojiegmbr tu sungguh cover album k

  2. cik eykameow :) Disember 6, 2009 pada 9:45 pm #

    sangat puitis !

  3. syaf Disember 7, 2009 pada 2:58 am #

    gambar 2 smart giler…novel sgtcerite nye sgt sedih…keperitan jiwa kaw terhadap seseorg…x pew r pojie, ko sabar je lah… adelah baik kaw mencari "teman" yg betul2 jujur, ikhlas, boley menerime kaw, dan sygkan kaw seperti mane kaw syg padenyer

  4. atty's Disember 7, 2009 pada 4:05 am #

    pandai gak pojie berpuitis..

  5. Hezesuze Disember 7, 2009 pada 7:22 am #

    perghhh pic tu cantik sgt…clust!

  6. QieFLy si Dolce Disember 7, 2009 pada 8:55 am #

    wahhh cluzz ko kak….dah released album tak habaq pown hehehhe

  7. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ Disember 7, 2009 pada 9:49 am #

    nice pic…editing yg menarik…=D

  8. Liey Azim Disember 8, 2009 pada 10:49 am #

    sbr k….muah!!

  9. ||| PöJìé PööH ||| Disember 9, 2009 pada 2:14 pm #

    Karl;Huwawawawa!!!Eyka;Iyer?Luahan rasa..Syaf;Kan, insyAllah..Susahnya mencari seorang yang bernama SAHABAT..Kty;Erm, xler pandai tp reti sekt² jer..Hezesuze;Hehehe, thanks ;pQiefly;Hohoho, byk la ko!Yanie;Thanks ya for the compliment🙂Liey;Uiks baca gak ker? Huhuhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: