Reunion + Family Day in Planning

4 Feb

Salam teman² semua,

Sejak hujung tahun yang lalu, ada beberapa orang budak² kelas Pojie masa di matrik dan universiti yang mencadangkan kepada Pojie untuk membuat reunion. Dan oleh sebab masing² dah kahwin beranak pinak, maka kita akan buat sekali family day. Mana yang belum berkeluarga macam Pojie ni makan ati la yer, orang lain bawa laki bini siap anak² kita bawa anak tekak jer. Hahaha! Takpelah, leh songlap anak² diorang feeling² anak sendiri.

Berbalik pasal kisah tadi, so far masih dalam peringkat perancangan. Pojie jugalah kepala yang memerah otak untuk semua² ini. Ish, tak boleh jadi nih, kene wujudkan juga AJK beserta pengarah projek. Budak² nih pastinya akan menuding jari kat Pojie sebagai pengarah projek, biasa dah. Hujung² aku yang buat keje itu ini juga kan. Tak boleh jadi..

So, untuk reunion budak² kos Biologi Marin batch 2003-2006 dari KUSTEM (now UMT), kami merancang untuk mengadakan aktiviti ini di Pulau Perhentian. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kami kan budak² Biologi Marin, jadi kami ingin mengimbau semula kenangan² indah kami snorkeling bersama², mencandat sotong, menghidu aroma pasir pantai dan naik bot sampai mabuk² laut. Hahaha! Lagipun kami dah rindu sangat nak kembali ke Kuala Terengganu. Pojie sangat mengidam keropok lekor di Batu Rakit dan Air Buah. Sedapnyer!!!


Cuma sekarang ini Pojie sedang survey² harga pakej yang berpatutan untuk aktiviti 3D2N di sana. Kalau ada teman² di luar sana yang mengetahui pakej yang best², leh la usul pasa Pojie yer. Then kami akan membuat perbincangan untuk menentukan AJK dan bajet segala. Andai reunion kali ini berjaya, maka tahun hadapan kita akan proceed ke tempat lain yang lebih jauh lagi, Pulau Sipadan atau Bali mungkin. InsyaAllah…

Lagi 1 yang agak memeningkan kepala adalah reunion untuk budak² kelas Hayat 12, 1st batch dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Geng yang ini lama gila kami tak berjumpa. Bayangkan kami meninggalkan KMJ pada tahun 2003, berjanji untuk kembali 5 tahun kemudian, tetapi sampai dah masuk ke tahun 2010, belum ada rezeki untuk berjumpa.


Yang ini rasanya tak perlu Pojie pening kepala sangat kot sebab kami tak ramai sangat. Lagipun Pojie bercadang untuk membaca mereka kembali ke Gunung Ledang, berhampiran dengan KMJ. Jadi kami boleh singgah membuat lawatan ke dalam kolej yang semakin cantik itu. Lagipun kami ada menanam kapsul masa dekat area padang permainan. Harap masih ada lagi la kapsul masa tuh. Debor nih sebab apa yang Pojie tulis itu kelak memalukan diri sendiri yang hanya berusia 19 tahun tatkala menulis surat, untuk diletakkan ke dalam kapsul masa itu. Huhuhu.

Apa² pun untuk kedua² reunion (dan family day) ini Pojie akan cuba untuk mendapatkan semula contact² mereka yang dah lost contact dan membuat perancangan dengan teliti tentang tarikh, bajet dan aktiviti agar segala²nya berjalan dengan lancar. Dan Pojie berharap agar kawan² Pojie boleh memberikan kerjasama dalam menjayakan misi ini. InsyaAllah…

P/S: Rindunyer kat korang!!!

Love,

12 Respons to “Reunion + Family Day in Planning”

  1. Hazzy Ishak Februari 4, 2010 pada 1:58 am #

    siap ada kapsul masa lagi…kenapa lah haz tak pikir nak taman kat poli eh…

  2. syaf Februari 4, 2010 pada 2:00 am #

    wah kaw sgt cantik yer mase ni…wah sonok nyer nk wat renuion…aku nyer member2 skul ni ha x buat2 lagi pown..ish ish ish…bile r dapat wat kan

  3. Akif Mazlan Februari 4, 2010 pada 3:19 am #

    wahh,,kt pulau…bestnyaa,,tapi jaga2,,nnt kamu pulak yang lemas dlm laut,,hahaha

  4. Hezesuze Februari 4, 2010 pada 6:06 am #

    wah nk pegi pulau perhentian yea…best tu…huhuok nnti akak bagi website agensi pelancongan kt pojie ye..berbaloi2…huhu

  5. x-po Februari 4, 2010 pada 8:49 am #

    hoho dh lama xg pulau..aku nk join gak..hehe

  6. Afzainizam Februari 4, 2010 pada 9:39 am #

    salam dari aku emmmm tak merasalah aku kat reunion ko ni pasal aku bukan sekelas sesekolah sematrik atau segalanya….tak merasalah…..ape pun aku suka gak kalau jumpa kawan-kawan lama ,,, mmg amat gembira kalau dapat jumpa… macam-macam ceritalah kalau dah jumpa tu….Setelah Lama Tak JumpaIni sudah siang, katamuBurung-burung sudah beranjakEmbun pun tak lagi berjibunDan aku masih berselimut masa laluDi kacamatamu debu dan asap begitu sibukMenari dan berjingkrak seperti hari-harimuKatakuAku yang terduduk di jok belakang kenanganmuHeningIngin menegurmu Serangkaian kisahmu tibatiba datangMenantang dan menampar pipi kanankuAku pun termanguMenghirup debu di dagu hari-harimu

  7. joegrimjow Februari 4, 2010 pada 2:13 pm #

    ku nampak banner kmj disituhehekmm;)

  8. joegrimjow Februari 4, 2010 pada 2:13 pm #

    baguslah dah kembali menulishehe

  9. AdiE Februari 4, 2010 pada 3:06 pm #

    i love attending reunion ceremony!!!~daniel adie~

  10. AZIZUL HASIMIE OSMAN Februari 4, 2010 pada 5:37 pm #

    sonok kan wat reunion niaku nak wat reunion bdk2 skolah rendah lagi..tp x tahu nak kmpul mcm nerbrusha nak cri contact2 no ni..

  11. Adam Februari 5, 2010 pada 2:15 am #

    best nyer reunion mcm ni~~~~~~~~~

  12. tigrismalaya Februari 17, 2010 pada 5:16 am #

    tm pon windu member2 batch dip ikan 96-99…air buah saiz akuarium ponnn best…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: