The Biggest Loser (Pojie’s Version)

8 Feb
Salam buat semua,

Erm, saper nak cantik dan kurus? Meh angkat mouse! Hahaha! Actually tak ada siapa² kat dunia nih tak nak kurus dan cantik. Even supermodel yang dah kurus dan cantik pun lagi mau kurus dan cantik. Sudahnyer macam jerangkung, haha!

Pojie pun tak terkecuali. Lebih² lagi apabila Pojie dan teman² rapat mula mendapati “kesihatan” Pojie bertambah baik dari semasa ke semasa. Tak boleh blah beb kalau setiap kali jumpa kawan² lama, even ibu sendiri pun setiap kali balik kampung akan ditegur; “Makin sihat aku tengok”! Perggh!!! Kalau seorang dua boleh la Pojie cover cakap corak baju yang memberikan ilusi gemuk, kalau dah hari² dan ramai yang bertanya, terpaksa la mengiyakan sajorrr! Tapi kalau dah sehari seorang tegur kita nih gemuk, cukup 44 hari, 44 kali jugalah kita ditegur gemuk, tak ker dah betul² gemuk? Adess!! Kan best kalau korang jumpa korang sebut; “Wah, makin kurus, tough & ensem aku tengok ko!”, pastu cukup 44 kali, insyAllah kurus, tough dan ensem la Pojie nih.

Kalau tang comel tuh tak payah tanya sebab apa bertambah comel dan cute Pojie ni. Sebab setiap kali orang tengok pic Pojie mesti akan cakap comel, terlebih sudah comel nih. Belum jumpa depan² lagi, kalau tidak mesti nak peluk cium punyalah! Sebab tu Pojie dah kurang letakkan pic dalam blog, tak larat nak dengar cute lagi **larekk sambil elak balingan² kasut yang tetiba datang melayang²!!! Hahaha!!!

Jadi, dengan keazaman yang kukuh lagi jitu, Pojie dan beberapa teman telah bercadang ingin membuat pertandingan The Biggest Loser. Alah, macam yang sedang berlangsung di Hallmark Channel tuh. Cuma ini versi yang agak sempoi dan santai. Pojie’s version. Wakakak.


Erm, walaupun ia agak tidak memberangsangkan di kalangan teman² yang lain, sementelah lagi idea nih datang secara tiba² dan Pojie mengajak Syaf dan Amir Rayyan untuk turut serta. Tidak dilupakan 3 orang coursemate Pojie yang perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi (sbb tuh beriya nak kurus). Cuma sekarang agak confuse depa ni betul² ker nak join? Tapi kalau tak mau join tak mengapa. Pojie akan berusaha keras dengan usaha sendiri, menjaga pemakanan dan bergiat aktif dalam aktiviti luar.

So gigih la Pojie duk perabis duit beli kasut sukan sebab yang dulu dah lunyai, bertahun tak guna. Hahaha! Pastu beli biskut² kering letak dalam bilik dan meja ofis, sebagai pengalas perut ketika lapar. Pojie juga mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi sebab ia adalah penyumbang utama kegemukan! Walaupun Pojie tahu Pojie memang kalah tak makan nasi, tapi alhmdulillah kali ini Pojie kuatkan tekad memandangkan seminggu Pojie dah nampak sedikit perubahan (cuma tak timbang lagi sebab fobia). Apa yang Pojie boleh buat, Pojie hanya makan nasi seminggu sekali jer, itu pun sepinggan saja tak boleh tambah². Setiap hari makan ikan/ ayam dengan sayur². Paling best makan sup. Tapi andai nak rasa nasi juga, buat tebalkan muka, ngecek la kawan yang makan nasi, jamah sesudu dua buat² lepas gian kan. Hahaha!

Pojie sangat merindui badan masa study dulu. Walaupun tak kurus juga masa tuh, tapi oleh sebab Pojie seorang yang aktif bersukan (taekwondo) dan menari, maka tak hairanlah badan Pojie dulu sedap², just nice kata orang. Tak kurus dan tak gemuk. Masih sedap dipeluk. Heheh..

Pojie nak badan seperti ini semula…

Tak mahu macam bawah ni lagi…

Sungguh sihat kan Pojie sekarang nih. Pojie harap kalian sudi la memberikan sokongan dan galakan kepada Pojie. I’m desperately want back my previous body yang kurus sedap² dan ensem semula. Harap² la sempat kembali ke bentuk asal sebelum birthday Pojie nanti. Sebab apa? Sebab Mak dah janji nak ajak shoping from head to to toe just for me, sebab nak tengok anak dia kembali ensem seperti sediakala. So boleh la dia kenenkan kepada anak² dara kat kampung tuh dengan bangganya. Hehehe. Mak, Along tak nak apa² selain sut tuxedo dari Lord’s Taylor…

BOLEH??!

Masa bila aku nak pakai tak tau la kan! Hahaha. Taklah Mak, apa yang Along nak adalah sokongan dan doa yang tak putus² dari Mak n Abah agar Along kembali jadi anak soleh yang ensem, yang menyayangi ibubapa dan banyak duit agar dapat hantar Mak Abah gi haji cepat². Tetappp kann!! Okla kawan² adioss!!!

Love,

11 Respons to “The Biggest Loser (Pojie’s Version)”

  1. Hazzy Ishak Februari 8, 2010 pada 1:49 am #

    pojie ke tu?lainnye…haz pun dok sibuk nak kuruskan badan..jom pojie jom

  2. xuhaily Februari 8, 2010 pada 3:41 am #

    (: me too..sekarang badan dah macam badak..gila gain weoght 19.5 kg uolss..ni nekad nak lost weightgood luck pojie (:

  3. Hezesuze Februari 8, 2010 pada 4:44 am #

    Jom!! kasut sukan mmg akak adeyg xde teman nk joging..muhahahank kurus cam time solo dulu..bleh palai jeans saiz 26 gtew..ahaks!jom!!jom!!jom!!

  4. F U N F A B U L O S I T Y Februari 8, 2010 pada 4:50 am #

    gudluck pojie.. ;D

  5. i'm shin... i'm inesen Februari 8, 2010 pada 5:27 am #

    sila la sebut shin inesen 44 kali sehari semalam.. selama 44 hari.. hehehe…

  6. H.R PuTeRa YuSoFF Februari 8, 2010 pada 7:26 am #

    1 Malaysia.. sokong my bro… abg pojie. hehehe

  7. Mawar_berduri Februari 8, 2010 pada 9:48 am #

    Yes…chaiyok…chaiyok poojie….Usaha tangga kejayaan …..

  8. syaf Februari 8, 2010 pada 9:57 am #

    jie aku nk join gak…skung ni aku aktif menari er kat rumah…menari ala2 adam af or stac…mampuaku wat cam ni lagi banak peluh aku keluar…tapi letih lah sebab stamina kene banyak…dulu aku kurus pon aku wat dance macm nih + pakai lotion halia + makan quaker ot…now aku kene praktise kan balikkite fight sesame kite yer

  9. AdiE Februari 8, 2010 pada 1:25 pm #

    selamat menguruskn bdn..mcmane ek rasenye berbdn besar…??adie mcm nie je la bdnnye,…~daniel adie~

  10. Mr.Homosapiensz Februari 8, 2010 pada 1:39 pm #

    mal ni lak ramai kata kurus jer….tringin nak berbadan besar sedikit…x de le chub sgt…just nice….truskan usaha anda….keazaman yang penting…jangan ikut nafsu makan jer….hihi

  11. farish H Februari 14, 2010 pada 3:55 am #

    ala skng kan comei ehhe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: