Alah Emak Kahwinkan Aku!

20 Mar

Rumah tepi sawah

Kena pula langsir biru

Emak jangan marah

Esok lusa dapat menantu


Alah emak kahwinkan aku

Alah emak kahwinkan aku


Jeng… Jeng… Jeng!!!



MOTIP!!!

Amboi kalau dengar bonda permaisuri ni mahu saja beliau melompat keriangan sambil menaburkan Pojie dengan gambar² calon yang ada dalam senarainya. Tidak cukup dengan itu, akan dijemput segala gadis² desa sampai ke ceruk alam bertandang ke rumah, dengan harapan anak bujang dia cepat² membuat pilihan calon isteri, bagi menantu, bagi cucu kat dia cepat². Hahaha!!! Alahai la omak den, kalau la den nih kayo, den dah lamo dah pikat Timah anak Pak Seman Ngokngek hujung kampung tuh ajak kahwin. Tapi apakan daya, dia terlalu materialistik. Tak padan mekap sepudal, bibir meah menyala, demand mengalahkan Erra Fazira, huh!

Sabar la yer mak, belum rezeki mak nak dapat menantu. Huhu. Tunggulah Along dapat banglo sebijik, abis bayar kete, dah anto mak abah gi Mekah menunaikan haji, adik² dah selamat masuk U dengan perbelanjaan yang mencukupi, barulah Along leh fikir nak cari bini. Kasi semua dah stabil dan hidup senang, barulah senang hati nih nak mengulit² anak dara orang 24/7. Ooops! Tapi kan, jeles la tau tengok kawan² bersanding atas pelamin – tersenyum² malu, fotoshot cantik² – pose sana sini dengan baju pengantin, terima hadiah banyak², dapat duit² sumbang beribu². Tapi kan, Pojie tak suka aktiviti sebelum dan selepas bersanding tuh, hahah! Pening kepala!

Oklah, lupakan saja Pojie yang tengah meroyan nih. Tetapi tumpukan perhatian anda pada 2 orang wanita di bawah ini. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini dan esok. Ei, bestnyer kahwin!!! Apa² pun tahniah buat Eazy dan Dee. InsyAllah akan ku berpoco² di hadapan kalian, since aku tak tau nak bersilat pengantin. Hahaha! Apa² pun tahniah buat kalian! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat, cepat² dikurniakan anak cucu…

Eazy, 20 Mac 2010, Umbai (Melaka)

Dee, 21 Mac 2010, Batu Pahat (Johor)

Selamat Pengantin Baru

P/S: Boleh tak Pojie buat majlis bersanding olok², tanpa kahwin? Lepas tuh amik anak angkat jer. Tak pun anak hamster. Huhuhu..

Love,

5 Respons to “Alah Emak Kahwinkan Aku!”

  1. Hezesuze Mac 20, 2010 pada 7:22 am #

    jodoh ajal maut sume ditangan ALLAH swt…tp kita kene gak berusaha…ahaks!ada jodoh kawin ler kan pojie kan

  2. Fauzzan Helmy Anuar Mac 20, 2010 pada 7:57 am #

    Adore hiasan sanggul ifa raziah tu…hahahahahah… nanti nak kawin jemput Mie ngan Arm. Kitorang nak perform Zapin MahpomXP

  3. sI tEDI Mac 20, 2010 pada 8:10 am #

    he he hemana leh olok2

  4. joegrimjow Mac 20, 2010 pada 12:39 pm #

    ku punya bulan 7hehehe

  5. Natasha Mac 21, 2010 pada 5:39 am #

    apa baranggggg anak hamster….anak SG ler..hahahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: