Kisah Ferris dan Kasihnya Ibu, Elis Mokhtar…

23 Mar


Comel kan anak kecil ini. Namanya Ferris, berusia 7 tahun. Ibunya Elis Mokhtar, 35, dan bapanya Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus, 40, kelahiran Belanda. Siapa sangka, anak kecil yang petah dan riang ini menjadi mangsa perebutan hak penjagaan di antara ibu dan ayahnya. Keadaan lebih memilukan Ferris, terutama ibunya, apabila dia telah diculik oleh bapanya sendiri dan di bawa lari ke Belanda.

Anak kesayangannya itu dipercayai telah ‘dilarikan’ suaminya, Firdaus@Frank Theodorus Van de Ven, seorang warga Belanda, ke Belgium berdasarkan rekod Jabatan Imigresen yang menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke negara berkenaan melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu. Bagaimanapun, Elis bingung bagaimana Ferris dapat mengikut bapanya sedangkan dokumen penting seperti pasport, MyKid serta surat beranak masih berada dalam tangannya.

Dalam sebuah akhbar, Elis pernah berkata, “Apabila Ferris berumur dua tahun, dia sudah petah bertutur dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Memandangkan hanya dia seorang anak saya, dia sangat manja dan pandai menghiburkan. Mertua mula tertarik kepadanya dan itu jugalah permulaan pada masalah yang saya hadapi sekarang“.

Menurut bekas pensyarah Falsafah Seni ini, ibu mertuanya sangat menyayangi cucunya itu tetapi berasa sakit hati apabila Ferris bijak mengucapkan kalimah-kalimah suci. Bukan itu sahaja, malahan Elis turut terkilan apabila Ferris sering diracuni dengan ajaran Islam sehinggakan anak beliau sering dijamu dengan hidangan daging babi dan makanan yang bercampur arak jika mereka berkunjung ke mertuanya. Beliau mendakwa, pernah cuba berdamai dengan Frank dan meyakinkan mereka bahawa, “Ferris is a MUSLIM”, tapi tidak berhasil.

Kerinduannya kepada Ferris tidak pernah terubat. Setiap malam, tidur Elis bertemankan baju terakhir yang dipakai anaknya. Rayuan demi rayuan untuk bertemu anaknya tidak pernah dilayan oleh Frank. Sebaliknya Frank memberitahu Ferris kini bahagia tinggal bersamanya dan tidak mahu lagi pulang ke Malaysia untuk bertemu ibunya.

Selepas apa yang terjadi dan terpisah dengan si anak selama sembilan bulan, Elis tidak patah semangat. “Walaupun hidup saya tak semewah dulu, saya takkan berhenti berusaha untuk dapatkan Ferris dan menyelamatkan akidahnya. Saya tahu dia sangat rindukan saya dan mahu kembali ke sini” rintih Elis.


Dan demi menuntut keadilan, Elis memerlukan dana sejumlah RM100,000 untuk melantik seorang peguam di Belgium (negara asal bekas suaminya) untuk mencabar keputusan hak penjagaa Ferris. Untuk mendapatkan dana tersebut, beliau berusaha menjual beberapa hasil lukisan beliau melalui beberapa pameran malah akan akan menghasilkan sebuah novel yang berkisar tentang keperitan kehidupannya mengahwini lelaki warga asing sehinggalah saat anaknya dilarikan bekas suaminya, yang kini sudah siap 80%.

Penderitaan beliau telah mendapat perhatian seorang komposer muda berbakat; Aesar Mustafa. Beliau telah menghasilkan sebuah lagu dedikasi khas buat Ferris dan Elis iaitu Lagu untuk Ferris – Buaian Rindu. Lagu nyanyian seorang pendatang baru bernama Arrora Salwa, telah dilancarkan dan boleh ditempah melalui Persatuan Alumni UiTM (03-5542 0091). Harga adalah RM15 (CD) dan RM16 (CD + poster Ferris), boleh diperolehi di Pejabat PAUiTM, beralamat 11B, Jln Nelayan 19/A, seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor. Setiap pembelian CD ini sebahagiannya akan disumbangkan kepada ibu malang ini dalam usaha beliau untuk mendapatkan semula anaknya yang tercinta, Ferris.


Sumber:

  1. http://www.facebook.com/home.php?#!/photo.php?pid=3356858&id=842319462&ref=nf
  2. http://www.facebook.com/photo.php?pid=3356858&id=842319462&ref=nf#!/photo.php?pid=723051&id=1634900002
  3. http://ferriswithlove.blogspot.com/
  4. http://elisdanferris.wordpress.com/
  5. Facebook: BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA

Perasaan ku kini tak tenang,
Menentang rindu kian mendatang..

Love,

6 Respons to “Kisah Ferris dan Kasihnya Ibu, Elis Mokhtar…”

  1. intanurulfateha (◡‿◡✿) Mac 23, 2010 pada 8:02 am #

    .ya allah comelnye budak neh.mtk3 dpt lah mak die jge die balik.aminnnn~

  2. ummie Ferris Mac 23, 2010 pada 8:11 am #

    thx pojie…deeply appreciated! to all pojie's blog readers, pls join and support me at BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA facebook group :)Allah memakbulkan doa seorang ibu, ya Allah, makbulkanlah doaku..Ferris, ummie loves u baby!

  3. Hazzy Ishak Mac 23, 2010 pada 8:36 am #

    hari tu bukan ke ada org nampak ferris kat bangkokhuhukesian dia

  4. joegrimjow Mac 23, 2010 pada 8:52 am #

    teharu gak baca kisah ni kat mana ntah duludlm berita pon ada keluar kan?smoga ibu dia tabah

  5. Natasha Mac 24, 2010 pada 4:18 am #

    kak tash pernah kehilangan dan ia sangat pahit…hingga saat ini masih berharap agar dapat menumui hafiy yang telah 2 tahun diculik oleh bekas suami kak tash

  6. Khairul Atikah @ Cik Yuki Januari 31, 2011 pada 6:56 am #

    kesian budak tu tak tahu apa2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: