Lagenda Budak Setan the Movie!

15 Apr
Salam…

Jika disebut tentang Ahadiat Akasha pasti rata² pembaca PoJiePooH mengenali insan yang hebat dalam penulisan novel ini kan. Malah karya beliau Lagenda Budak Setan boleh dianggap sebagai mahakarya dari beliau. Walaupun Pojie kurang menggemari novel genre cinta dan romantik ini, tetapi Pojie mengetahui juga akan kewujudan novel hebat ini. Malah Pojie mendapat sedikit info dari pembaca² novel ini bahawa novel ini memang best giler!

Jangan ditanya Pojie pernah baca novel ini atau tidak, jawapan Pojie tidak! Membacakan sahaja sinopsisnya bisa membuatkan Pojie tertidur. Sememangnya Pojie dasar jantan tak romantik! Hoi, mana ada wei! Pojie romantik tau, cuma tak boleh layan novel romantik nanti tertidur. Pojie suka novel genre thriller macam karya Ramlee Awang Mursyid. Filem romantik ok lagi. Dan apabila Pojie mendapat tahu akan ada filem yang tercipta dari novel, maka Pojie berusaha mencari info dan nah, 2 orang pelakon yang secocok; Farid Kamil dan Lisa Surihani akan menjadi tunjang utama.

Apa² pun Pojie yakin filem ini boleh meletop lebih² lagi dengan penceritaan cinta yang hebat karya Ahadiat Akasha, dan apabila diangkat ke filem oleh Khabir Bhatia, anda boleh bayangkan sendiri betapa hebatnya filem ini nanti dengan sinematografinya yang menarik. Lihat sahajalah promo di bawah ini.

Amacam? Teruja bukan? Pojie lagilah teruja since Pojie tidak dapat mengagahkan diri untuk membaca novel yang hebat ini tetapi Pojie pasti akan mengagahkan diri untuk menyaksikan filem ini. Lebih² lagi apabila bekas awek Pojie berlakon sama.. Oh Lisa, abang merindui mu sayang. Cehhh! Apa² pun, mari kita saksikan bersama² filem ini apabila ditayangkan dipawagam kelak!

P/S: Pernah baca novel Ahadiat Akasha yang Balak Cun jer. Itu pun dekat sebulan juga Pojie nak habiskan. Takkan la adik angkat Pojie yang beriya² suruh baca demi untuk Pojie mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi kerana ceritanya berkait rapat dengan novel itu. Ntah betul ntah tidak, wallahualam…

Love,

17 Respons to “Lagenda Budak Setan the Movie!”

  1. Hazzy Ishak April 15, 2010 pada 2:12 am #

    haz tak penah baca buku diahe hetapi tak sabar nak skodeng movie nisebab pengarah MANTAP!!

  2. Jogger April 15, 2010 pada 2:41 am #

    huhuhuh penah bacer… time tu mmg besh giler laa kot citer tu… rasa2 ada lg novel tu kat umah…. nnt carik

  3. momguess April 15, 2010 pada 2:49 am #

    akk xtau pulak lisa tu ex gf ko dikhahahahahakk ader novel budak setan nitapi lasung TAK ku bcmalas

  4. Nadri April 15, 2010 pada 3:01 am #

    novel2 tulisan ahadiat akashah mmg best..salam,

  5. syaf April 15, 2010 pada 3:10 am #

    aku paling teruje sekali…asalnyer aku x minat langsung bace novel, pas2 member ku introduce aku ngan lagenda budak setan, memang best citer die, then ade sambungan die, x salah aku katrina kot, itu pon ku bace gak…x sabar nk tengok kat movie nie….mesti best,

  6. AZIZUL HASIMIE OSMAN April 15, 2010 pada 3:20 am #

    double thumb up..best la trailer tu

  7. Hezesuze April 15, 2010 pada 3:24 am #

    xmnat baca novel arr…tp time dak skolah dulu byk gak baca novel ahadiat akshah nie…huhu

  8. ❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ April 15, 2010 pada 4:33 am #

    ahadiat aqasha mmg penulis novel yang bagus…sye suke bace novel2 die…sesuai ngan jiwa remaja macam sye ni…lagenda budak setan tu citenye best,,,sangat tebal novel tu

  9. darkbatman April 15, 2010 pada 5:12 am #

    novel ahadiat akashah biasenye best.. xsbr weh..tq tuk info ne sebab ak xtau pun nk wat muvie.hehe

  10. QieFLy si Dolce April 15, 2010 pada 5:36 am #

    ayoooo carutnyer…..hahahahtak suka taw statement ko tu…sangt mencucuk kalbu….jom ahad ni dtg wangsawalk kita orang ader bowling tour….kol 2pm start jom r pooh kita lepaking sesama2….

  11. cik EPAL April 15, 2010 pada 6:44 am #

    lagenda budak setan? pelakon macam best🙂

  12. Fauzzan Helmy Anuar April 15, 2010 pada 8:03 am #

    GOD!!!Tak sabar nak tunggu. Nak tengok ceita ni sehebat novel ke macam mana…

  13. Admin April 15, 2010 pada 2:16 pm #

    mcm best..pelakon dia pn best..nak kena layan nt..

  14. ♥♥relyza♥♥ April 15, 2010 pada 4:12 pm #

    yeahnak tgk!!! aku tak sabar nak tunggu ni3/6 kan? aku pasti pegi!!! keluar b4 jd bini org hahahap/s: ko ada novel tu tak?

  15. akuvision April 19, 2010 pada 11:49 am #

    novel dia bagus, tebal boleh tahan, story dari zaman dia sekolah hingga dia dewasa.Orang yang penah baca novel, mesti expect sesuatu yang bagus. Tunggu dan lihat, satu kekurangan aku rasa Lisa tu riak dia macam tak kena dengan watak utama filem. Dia bagus tapi untuk Legenda Budak Setan pada aku macam tak kena je.

  16. a n a b e l l a Mei 2, 2010 pada 11:14 am #

    bukan ke pengarah nyew sharad sharan?

  17. Anonymous September 27, 2010 pada 2:07 am #

    ha, I am going to try out my thought, your post get me some good ideas, it's truly amazing, thanks.- Norman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: