Kisah Bujang Bersepah!

16 Apr
Salam buat pembaca PoJiePooH,

Last week kan Pojie balik kampung untuk meraikan anniversary Mak dan Abah, juga birthday Pojie. Selain itu juga, dalam perancangan Pojie adalah untuk menghadiri majlis persandingan Kak Mas, iaitu sepupu kepada Anis di Pulau Gadong, Melaka. Seperti yang dirancang, Pojie pulang ke Muar bersama² teman sekentut yang tercinta iaitu Fir dan Aizoul. Dan oleh sebab tiada gambar berkenaan dengan majlis perkahwinan itu, maka Pojie akan skip cerita itu dan terus ker kisah 3 bujang bersepah. Bukan Bujang Sepah yer tetapi bersepah!

Sebab apa bersepah? Sebab berjalan² di Bandar Melaka secara bersepah² tanpa apa² planning. Walaupun kami bersepah dan muka seperti pecah tanah, kami tetap pandai posing ala² model tak jadi..

Amacam ada berani? Yang pasti kami blogger (except Fir) pose meletop, blog kami yang comel bukanlah blog sampah. Oleh kerana kami bersepah² tanpa hala tuju, maka kami hanya berharapkan seorang tourist guide yang gebu dan jelita itu membawa kami berjalan²… Siapakah dia? Inilah si gadis manja itu…

Sakura!

Comel bukan? Yer Sakura ini sangat comel sehingga mengatasi kecomelan Pojie ini. Oh, tidak! Seorang tourist guide yang gebu dan jelita. Amacam? Agak² pic itu leh jadi cover single untuk lagu Zapin Cinta SMS tak? Cute kan pic nih! Dan paling cute pastilah empunya blog ini…

**pitam!

Amacam, ada nampak lebih cute dan sedikit kurus tak di situ? Ngeh³.. So far banyak gak tempat yang kami lawati, berjalan sana sini sampai hampir patah kaki. Sakura pun gigih berjalan² serata Melaka dengan baju kurung beliau. Kamu sangat gegeh! Apa² pun sangat syok apabila Sakura dengan rela hati, paksa rela membelanja kami dengan “Klebang Coconut Shake”, siap ada letak aiskrim vanilla lagi, memang layan terutama di hari yang panas. Lepas tuh dia belanja juga makan buah celup² coklat dan madu di Jonker Street.

Walaupun jarak antara Muar dan bandar Melaka hanyalah 45minit, dan walaupun Pojie pernah ke Melaka ini berkali², tetapi inilah kali pertama Pojie menjejakkan kaki ke Jonker Street. Best wooo ala² Petaling Street, tapi lagi syok. Ish, tak kan la duit tinggal sikit sampai hujung bulan, kalau tidak for sure Pojie belanja itu ini especially mende yang bukan², sebab cute sangat, menarik hati sangat, geram! Apa² pun kami sangat enjoy lalu akan melaung kan lagu, “Kalau kami gembira kami MELOMPAT! HOreayyy!”.

Apa² pun terima kasih banyak² buat Sakura. Credit pic buat beliau dan Aizoul. Kalau nak layan lebi banyak gambar dan melihat kegirangan kami, sila klik di sini dan sini.

Adios!!!

Love,

5 Respons to “Kisah Bujang Bersepah!”

  1. Hazzy Ishak April 16, 2010 pada 7:41 am #

    wallah…tetap ada sesi bergambar bersepah sepah…hehehe

  2. AZIZUL HASIMIE OSMAN April 16, 2010 pada 8:02 am #

    len kali kite p tmpt len plak..photoshoot pasti meletop yer

  3. momguess April 16, 2010 pada 9:22 am #

    mak nak pitam noksyer ko npk sedikit kurus yermak teringin nk g muo tunak p bentayan erk???

  4. Watie April 16, 2010 pada 10:56 am #

    salam pojie,memang meletop gambo2 bersepah nie.. betul2 nampak kurus laaa.. nak kena pitam x nie hihihi

  5. Rinie April 16, 2010 pada 11:57 am #

    Kalau kak mek ada lg meletup posing tu u allz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: