Kisah Food Testing Mo’men yang SEDAP!

17 Apr
Salam buat teman²,

Hari ini masing² sibuk dengan Gatsby Street Fair, amacam best tak? Mesti penat kan? Bila dah penat mesti lapar betul tak? Diharapkan agar entri Pojie kali ini tidak membuatkan kalian berasa seperti untuk menjilat skrin lappy anda. Dikhuatiri terkena renjatan elektrik lagi, dah susah. Sebab entri Pojie kali ini adalah berkenaan dengan makanan. Makanan segera dari Egypt yang akan beroperasi tidak lama lagi di Seksyen 7, Shah Alam. Makanan yang tiada tolok bandingannya daripada restoran² makanan segera yang lain. Inilah dia…

Mo’men!

Itu adalah gambaran di depan restoran baru yang akan beroperasi pada April ini, jangkanya. Pojie dengan beberapa orang blogger tegar yang kuat makan telah dijemput oleh oleh marketing manager restoran ini untuk menjalani food testing, iaitu…

En. Lee Azim

Seramai 20 orang blogger dan FaceBooker telah dijemput untuk merasai kehebatan makanan yang dijangka menjadi pujaan setiap rakyat Malaysia, yang tiada tolok bandingnya sama KFC dan McDonald. Yang pastinya HALAL! Tetapi untuk sesi ini hanya kami 5 orang blogger telah terlibat untuk menge”test” makanan baru ini bersama beberapa teman dan seterusnya membuat review.

Kami telah dihidangkan dengan pelbagai menu sajian yang akan dijual kepada orang ramai. Kami bertanggungjawab memberikan segala bentuk komen dan pandangan. Kira kamilah orang pertama yang merasai kesedapana makanan ini dan kiranya apa yang akan anda rasai tidak lama lagi, kesedapan, kerangupan semua itu datang dari komplen kami. Cewah!

Makanan yang mereka berikan walapun secebis tetapi banyak menunya sehingga 5 menu. Kenyang juga perut kami, save lunch. Hehehe. Kami dikehendaki merasai setiap rasa dan cebisan makanan itu lalu memberikan komen di dalam “survey form” yang telah mereka sediakan.

Ohhh, ini yang pojie lomah nih. Bab makan Pojie memang suka, bab nak tulis komen² Pojie failed sikit. Kalau komen mulut tuh Pojie suka la. Leh Pojie kutuk, masam la, masin la, pedas la, kecil la. Tetapi kene tulis, pening gak paler nih nak pikior!

Tak mengapalah, nak kene bagi komen sekali pun sebab semuanya senang untuk dikomen. Sebab apa? Sebab out of 10 I can give 8 to those foods. Sedap giler ok. Pojie ulang sekali dengan huruf besar, SEDAP GILER! Puas hati tau! Kalian bayangkanlah dengan motto mereka, “Real food, real fresh” memang mantaplah!

Pelbagai menu yang disajikan kepada kami sehingga tidak sempat kami mengambil dan mengingat keseluruhan makanan yang dihidangkan. Sebab apa? Sebab terpesona dengan presentation makanan Mo’men ini. Dengan besarnya, dengan sedapnya, wallah! Tidak dapat ku gambarkan dengan kata² (amboi puji lebih nampak! haha!). Korang tengok sajalah apa yang mereka hidangkan dibawah ini, itulah yang akan mereka hidangkan kepada anda kelak dengan harga yang boleh dikatakan sangat berpatutan!

Amacam? Sudah terliur? Pojie apatah lagi. Masih terbayang² bagaimana rasa moistnya Chicken Ala Greque dia, masih terkenang² saat mengigit setiap 1 udang dan ketam di dalam Seafood Plus itu. Memang sedap! Tengoklah, besar bukan sandwich yang dihidangkan. Kira konsep dia ala² Subway, tetapi lebih hebat daripada itu sebab kalau Subway daging dia slice² kan, tetapi di Mo’men, daging dia seketul² ok!

Kalau seafood pula tak payah Pojie cakap lebih, tengok jela dalam gambar tuh. Tersentil² udang dan ketam minta di telan. Kalau KFC ada? Nan adoo gitu rupa. Besar kelinging pun tidak Pojie rasa kan! Kalau nak compare dengan burger McDonald apatah lagi. Big Mac pun kalah tau! Kira berbaloi²lah kalau beli. Makan sebiji nih jer dah boleh kenyang, betul tak tipu. Cubalah nanti! Bak kata Kak Tash, “Tiada 1 beza pun Mo’men dengan fastfood² yang ada di pasaran sekarang, sebab Mo’men ada banyak sangat perbezaannya”. Anda cubalah sendiri nanti yer. Agak² tidak puas menatap makanan ini, anda boleh la menatapnya di sini sambil menantikan pembukaan Mo’men ini.

Restauran milik orang Melayu kita, anak Malaysia (En. Shauqi) ini Pojie jamin dapat menarik penggemar makanan segera dari Barat untuk beralih selera kepada makanan yang terjamin halal dan tiada menyumbang kepada Israel. Dan yang pasti kualitinya terjaga dengan adanya chef (Mr. Hamdy) yang hebat!

Selain itu, bagusnya Mo’men ini, mereka alert dengan keadaan semasa yang melanda bumi, maka dengan itu, packaging mereka juga adalah “environmental friendly”, menggunakan material kitar semula. Hebat bukan!

Untuk review yang lebih menarik dan hebat, kalian bolehlah membaca ulasan dari blog teman² Pojie yang turut menyertai sesi “food testing” ini iaitu Kak Tash, Kak Lily dan Fateha. Terima kasih buat bakal housemate Fateha; Hairi (dan teman) juga housemate Kak Tash; Abg Wan atas kesudian anda menjayakan sesi ini. Kredit juga buat mereka atas gambar² di atas.

Love,

3 Respons to “Kisah Food Testing Mo’men yang SEDAP!”

  1. Natasha April 17, 2010 pada 1:02 pm #

    Tahniah2…post yang menarik..thks 4 the backlinks

  2. cik eykameow :) April 18, 2010 pada 3:50 pm #

    wahhh2 …. !! ehehe. bestnyer makan free.. hehe

  3. Fauzzan Helmy Anuar April 19, 2010 pada 1:59 pm #

    Abang Lee pun nak enterparame eh… Heheheheh… Tapi macam best aje yang??? Mengiurkan… =D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: