Maaf, Pojie BUKAN BLOGGER SOMBONG!

12 May
Salam kawan²,

Apa khabar semua? Hope masing² sihat la hendaknya. Pojie? Macam inilah juga, sibuk sana sini. Entri pun semua autopost. Blogwalking pun lebih kurang. Kalau sempat pun 2 3 blog jer, itu pun tak sempat tinggalkan jejak. Kalau ada tu, alhamdulillah. Ceh, macam la ada orang yang hiraukan pasal Pojie ni kan. By the way, Pojie ada terlintas blog sorang minah kecik molek hitam manis ni pasal blogger yang sombong. Uiks, terasa siot! Tertampar dek entri itu. Walaupun bukan ditujukan untuk Pojie, tetapi Pojie terasa. Pojie kan berjiwa sensitif. Lagi pun orang cakap siapa makan cili dia terasa pedasnya, so tengah kepedasan la nih.

Pojie dapat merasakan bahawa ada sesetengah blogger dan pembaca² merasakan bahawa Pojie merupakan seorang blogger yang sombong. Maaf yer teman², perlu diingatkan di sini, Pojie bukanlah seorang blogger yang sombong. Hatta nak buat teman sekali pun Pojie tak kisah. Cuma Pojie akan terserlah kesombongan kalau seseorang itu sombong sama Pojie. Kalau di alam maya bukan main baik, kat luar berlaga bahu pun tak tegur, memang Pojie akan cop dia sombong. Atau dengan perkataan lain; KEKWAT! Yeah, Pojie suka gunakan perkataan kekwat itu yer.

Pojie minta maaf andai ada yang terasa Pojie tak pernah nak menjengah blog kalian, bukan tak sudi tetapi Pojie tiada masa. Kadang² Pojie jengah², klik² nuff then blah. Baca entri pun lebih kurang, tak tinggalkan komen dan jejak. Ada pula yang meninggalkan komen Pojie tak reply komen, ohhh maaf sangat². Pojie tak sempat nak reply juga. Kalau ada soalan pun Pojie akan jawab di chatbox. Bukankah itu lebih efektif? Sebab pada Pojie once orang dah baca entri kita, tinggalkan komen, dia tak kan nak menjengah komen kita lagi, percayalah. Tapi jangan risau kawan², Pojie bukanlah sombong seperti yang kalian fikirkan. Sebab Pojie berpegang kepada pesan cikgu masa kecik² dulu…

Walaupun mungkin ada yang melihat Pojie seperti sombong di luar apabila berjumpa, maafkan Pojie. Memang wajah Pojie di luar kelihatan sedikit kekwat dan sombong. Ada juga yang cakap garang. Tapi jangan risau, once orang tegur dan bawa berborak, tersenyum lebar Pojie sepanjang masa. Kadangkala, bila datang period segan Pojie, masa tuh Pojie hanya akan duduk² samil tersenyum jer. Berangan sendiri, baca novel atau main SMS jer. Itu apabila Pojie rasa Pojie di kalangan orang² yang lebih hebat dan meletop. Pojie terasa diri di”overshadow”, so senyap jela penyelesaiannya. Hehe.

Tak mengapalah, insyAllah andai Pojie dah ada banyak masa macam dulu, Pojie akan cuba bersikap lebih friendly macam dulu ok. Terima kasih buat yang menegur Pojie secara baik. Terima kasih buat teman² yang tak jemu² menjengah PoJiePooH, membaca entri dan meninggalkan komen, walaupun Pojie tak berkesempatan menjengah blog kalian, Pojie sangat² menghargainya. Itu bermaksud, kalian memberikan komen sebab kalian sukakan entri Pojie, bukan sebab ingin membalas komen. Tak ikhlas namanya tuh🙂 Apa² pun Pojie ingin mengucapkan…

TERIMA KASIH

Love,

15 Respons to “Maaf, Pojie BUKAN BLOGGER SOMBONG!”

  1. iva saionji Mei 12, 2010 pada 2:26 am #

    mane ade pojie sombong…muka je kot..eh..yeke..hahaha…xde maknanya..pojie sangat ok…thankz pojie kita jadi kawan…hehehe

  2. Hazzy Ishak Mei 12, 2010 pada 2:28 am #

    pojie tak sombong pun,havoc lagi ada lah…

  3. Matjoe Mei 12, 2010 pada 3:03 am #

    pojie xde sombong punya. dai pemurah coz tolong votePojie, tq vote matjoe. hope bleh blanjer makan nasik kandar nnti.

  4. H.R PuTeRa YuSoFF Mei 12, 2010 pada 4:09 am #

    jai berani kerat leher.. abg pojie x sombong. leher itik la

  5. @juera Mei 12, 2010 pada 4:25 am #

    ehh x de la sombong mna pojie ni..pnh jgk pojie tgl jejak dkt my shoutbox..skrg2 nya ada jgk pojie menziarah blog sy..hehe..thanks ya!

  6. kak ina kl Mei 12, 2010 pada 4:42 am #

    sombong tak lah..tapi gedik ajer kan..dan juga sawan kamera..ahaksss

  7. intanurulfateha (◡‿◡✿) Mei 12, 2010 pada 5:05 am #

    .ekekkekke u x sombong lah bro! ;p

  8. nabilah_2908 Mei 12, 2010 pada 5:49 am #

    bila sy dh tinggalkan komen..sy suka dtg n baca balik… :)hmm…tgk..ramai ckp pojie tk sombong..itu mkna nya pojie mmg tk sombong.. :)jom ke APA KATA HATI pulak,IKHLAS KE – PART 2

  9. Roronoa Zoro Mei 12, 2010 pada 5:53 am #

    isk3.. bukan sombong kot.. juz mmg xde masa.. maklumlah ade kerja lain nak buat.. hehe

  10. atty's Mei 12, 2010 pada 6:54 am #

    bagi kty pojie mana ada sombong..okeh ..very nice person..

  11. enyheartsdiamond Mei 12, 2010 pada 7:04 am #

    eny tawu pojie friendly😀

  12. iyllienaz Mei 12, 2010 pada 3:58 pm #

    alamak..klau illi jumpa blogger kat luar, belum tentu ley cam..habis la kena cop sombong ngan pojie kalau teserempak ngan pojie tapi illi xtegur..hehe

  13. shrek.ijo Mei 13, 2010 pada 1:57 am #

    ala…tu mungkin pandangan dia.so, pojie x perlu la terasa..shrek.ijo tetap ada utk pojie..hikhikhik

  14. Mr X iS CuTe Mei 14, 2010 pada 2:02 am #

    Pojie Sombong ke? hehehehe…. Dgn Me je kot… :p

  15. Mr.Homosapiensz Mei 15, 2010 pada 12:21 pm #

    1st impression org jer tu…lelama kenal ok la…mal pn jarang teramat sgt blogwalking n comment-back…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: