Rahsia Khusyuk Dalam Solat

14 May
Salam teman²,

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat, penghulu segala hari, yang mempunyai keberkatan dan rahsia Illahi pada hari ini. Macam biasa, pada hari Jumaat Pojie akan cuba berkongsi beberapa tazkirah dan ilmu agama dengan kawan² semua. Walaupun Pojie bukanlah insan yang sempurna, maksom (terlepas dari dosa²) sebagaimana Rasulullah SAW, tetapi Pojie hanyalah insan biasa. Hidup bermasyarakat, saling hormat-menghormati, ingat-mengingati, tegur-menegur. Oleh itu apa yang baik kita kongsikan bersama dan yang buruk kita jadikan sempadan. Berusaha memberbaiki diri ke arah kebaikan.

Pojie selalu juga jalang² ke blog seorang teman; Joegrimjow. Ada isu yang panas, ada yang menarik, ada juga yang kurang ummph pada pemikiran Pojie. Kalau tatkala Pojie singgah ada entri yang menarik pandangan, sure Pojie akan share dan komen. Pojie ada perasan 1 video pada sidebar blog beliau tetapi tak pulak Pojie tergerak hati nak klik “play”. Dan apabila pada hari Rabu lepas Pojie berkenan pula nak mengetahui apakah yang ingin dikonsgikan di situ maka Pojie pun klik la “play”. Wahh, lihat senyuman jer dah rasa sejuk jer hati. Rupa²nya dia mahu kongsikan rahsia khusyuk dalam solat. Bagus la bro. Meh Pojie kongsikan dengan kalian di sini;

Menarik bukan. Pojie tahu akan hal ini tetapi biasalah manusia selalu alpa. Selain itu juga, menghayati solat kita dengan mengetahui maksud² bacaan dalam solat dan surah yang dibaca juga boleh meningkatkan level kekhusyukan kita ketika menghadap Illahi dalam mengejar syurgawi. Ini antara kelemahan Pojie, sukar khusyuk di dalam solat. Tetapi kalau sesekali khusyuk tuh, syahdu juga. Erm, selain itu bagi teman² yang kadangkala lupa dan liat dalam menunaikan tanggungjawab ini, bolehlah dapatkan panduan bagaimana untuk solat kembali. Semoga kita sama² mendapat manfaatnya, insyAllah…

Love,

5 Respons to “Rahsia Khusyuk Dalam Solat”

  1. Matjoe Mei 14, 2010 pada 2:51 am #

    Nice entry. sama2 kita kusyuk sembahyang

  2. CengkodokPolkadot Mei 14, 2010 pada 4:16 am #

    Ko nk jd ustazah ye?

  3. joegrimjow Mei 14, 2010 pada 5:23 am #

    hohothx ya poojiesmoga boleh kongsi2 lagi pasni;)

  4. kawie2020 Mei 14, 2010 pada 10:17 am #

    bagus n3 nih…:)

  5. kak ina kl Mei 14, 2010 pada 11:41 am #

    salam..bagus yer..semuga selepas ni solat kita bertambah kushyuk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: