Majlis Pembukaan Mo’men Malaysia & Pelancaran Kelab Usahawan UiTM (UiTMXLINK)

15 May
Salam Sabtu,

Pada minggu lepas, Khamis, 6 May 2010, Pojie dan Zull telah dijemput oleh Lee Azim untuk menjadi tetamu dalam perasmian Mo’men Malaysia di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis pembukaan restoran dari Egypt yang pertama di Malaysia ini turut diselitkan sekali dengan pelancaran Kelab Usahawan UiTM XLink. Dah alang² dijemput menjadi tetamu, Pojie buatlah liputan sekali, walaupun dah seminggu lebih baru nak update kan.

Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa orang kenamaan dan VIP yang kebanyakkannya orang kuat Mo’men Group dan UiTM XLink, telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM; Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Mr Muslim Mo’men (founder Mo’men) dari Mo’men Group turut hadir memeriahkan majlis. Majlis yang berlangsung pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang dengan hidangan makanan dari Mo’men, yang merupakan menu² terbaik dari mo’men.

Walaupun pengurusan majlis yang agak kelam kabut, tiada penyambut tetamu dan kaunter pendaftaran pada mulanya, akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Dari segi hidangan, maybe boleh dipertingkatkan lagi. Hidangan yang tidak seragam dan tidak mencukupi membuatkan tetamu terpinga² dan berasa tidak selesa.

Walau apa pun, selesai sudah pelancaran ini bukan bermakna mereka boleh senang hati. Diharapkan mereka dapat memperbaiki mutu servis dan kualiti makanan. Agak sedikit terkejut di sini apabila management bersikap tidak professional, dengan menegur dan bergaduh sesama staf di luar restoran. Ini memberikan imej yang tidak baik kepada Mo’men itu sendiri. Di harapkan agar mereka dapat belajar dari kesilapan. Andai orang luar tidak tahu budaya kita, silalah tunjuk ajar. Jangan sehingga telunjuk mencucuk mata.

Sumber: World Dynamic Venture Sdn. Bhd. [KLIK]

P/S I: Rindu kat Mak, Abah dan adik². Nak hangout dengan mereka di KL. Heaven!

P/S: II: Ohh ya, temporary close my chatbox for a few days. Got work to do . Will be back soon🙂

Love,

4 Respons to “Majlis Pembukaan Mo’men Malaysia & Pelancaran Kelab Usahawan UiTM (UiTMXLINK)”

  1. joegrimjow Mei 15, 2010 pada 2:09 am #

    rindukan uitmurmmmerkdah balas pojie;)

  2. Roronoa Zoro Mei 15, 2010 pada 2:43 am #

    makanan mesir tue sedap x?

  3. intanurulfateha (◡‿◡✿) Mei 15, 2010 pada 5:19 am #

    .bro.sape yg gado?.eii x pro lgsung lahh.huu nk makan lg kt sini.tatau bile T___T

  4. hencikvirus Mei 15, 2010 pada 5:33 pm #

    Salam Singgah..Jemput ke blog kalau ada mase🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: