Time to RELEASE TENSION!

21 May

Salam kawan².

Apa yang akan anda lakukan bila stres? Bila tension? There’s a lot of ways to release your tension. Selalunya Pojie akan buat terapi jeritan ataupun konsert. Itu untuk yang jangkamasa singkat punya stres. Tapi bila masalah dah accumulate, stres semakin teruk, Pojie akan melarikan diri ke mana² jer. Dan selalunya Pojie suka tepi pantai. Dan kali ini Pojie ke sebuah lagi pulau. Di mana? Ada lah.. Pojie pernah inform pasal nih earlier, tapi bagi yang tak tahu, Pojie akan reveal later…

Kiranya tatkala entri ini dipost secara auto, Pojie telah pun tiba di sana, bersama someone untuk Pojie hilangkan kegalauan di hati. Bersantai² di tepi pantai ini sambil mendengar deruan ombak. Ataupun Pojie sedang bersantai² sambil membuat sun tanning naked macam nih;

Oppps!


Ataupun Pojie akan cuba membuat sun tanning lagi seperti di trip Chagar Hutang dulu macam nih. Di mana plan sun tanning ini langsung tidak dijangka kerana kelupaan membawa sunblock, tetapi mendapat feedback yang positif dari teman². Mentang² la trend tan tengah in. This time sudah ada sunblock ok. Pojie sudah sedia tan sawo matang, udah la tan lagi yer jadi Negro nanti.

Dan yang pasti kalau “ter” tan juga di sana, Pojie akan pastikan ia sekata. Tak mau tan hanya di muka saja macam budak nih, macam kurang cahaya keimanan jer. Hahaha…

Ampunnnn Shin!


Tak kisah la apa pun yang akan Pojie lakukan di sana, Pojie hanya berharap agar percutian kali ini memberikan Pojie idea dan jalan penyelesaian dalam menangani masalah² ini, dari teman², akibat terlalu memberi muka sehingga dipijak kepala… Tak sabar rasanya mahu berehat di tepi pantai sambil membaca novel, mendengar MP3 dan mendengar deruan ombak memukul pantai. Dan yang pasti sesi fotografi sambil melompat pastinya tidak akan ketinggalan.

Aktiviti yang tidak akan Pojie lepaskan adalah, SNORKELING! Memandangkan si dia pun sudah pandai berenang so boleh la ajak si dia menemui kawan² lama Pojie di sana sambil beramah mesra dan memberi mereka makan. Bestttt!

Si dia pun terlalu ingin berjumpa dengan Nemo dan bapanya. Ohhh, nanti yer wak! U must be like it sampai tak mau naik darat nanti, percayalah. Pojie tak pernah jemu dengan pantai dan aktiviti di bawah laut nih..

Saat malam pula pastinya indah. Terlalu ingin berdua di tepi pantai bertemankan rembulan di remang malam. Sambil meluahkan kesedihan dan kemarahan di hati.

Agar percutian ini, dan kehadirannya di sisi membuatkan Pojie lebih kuat dan bersemangat lepas ini dalam menangani pelbagai masalah yang melanda. Semoga orang tuh merindui Pojie, mencari² Pojie semasa ketiadaan Pojie dan menjaga Vienna dan Prada seadanya. Hopefully dia menyedari perbuatan dia sangat menyakitkan hati ini. Tapi rasanya dia hati kering, usahlah berharap. Buat kalian yang merindui Pojie, jangan risau boleh la mengubat kerinduan kalian pada Pojie dengan membaca entri² yang telah Pojie sediakan untuk kalian, akan dipublish secara auto sehingga Isnin ini. Jaga diri tau.

Sehingga berjumpa lagi!

P/S: Masih menantikan idea untuk menceriterakan kisah di Chagar Hutang. Pojie masih berhutang. Sabar ya🙂

Love,

7 Respons to “Time to RELEASE TENSION!”

  1. matadiarihariku Mei 21, 2010 pada 5:30 am #

    bestnyer, sekali sekala bercuti..

  2. ~ Sall Mei 21, 2010 pada 6:08 am #

    wooooo…bestnye..

  3. redfingger Mei 21, 2010 pada 6:38 am #

    bestnyer dapat g bercuti..aku lame da x bercuti ! ! sadis ! !

  4. Roronoa Zoro Mei 21, 2010 pada 7:54 am #

    hepi holiday bro..anyway, entri nie ada gmbar nmpak "urat".. wahaha… =)

  5. m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] Mei 21, 2010 pada 8:32 am #

    kesian pojiepooh ni..sabar je lh..jgn lh amik hati sgt yew…kenapa lh owg zaman skrg ni kejam sgt kn..kita senasib lh pojiepooh

  6. kak ina kl Mei 21, 2010 pada 2:11 pm #

    pergilah tenangkan fikiran yang tengah kusut…nanti bila jumpa kat panggung wayang..akak nak tgk camner warna kulit mu..sekata ataupun idak ek.

  7. El-Zaffril Mei 22, 2010 pada 1:05 pm #

    Wah… bestnye berjalan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: