Big Fish Moment with Pizza Hut

29 May
Al-kisah, tersebutlah seorang insan yang bernama Pooh (nama separuh sebenar), yang telah ditugaskan untuk berkerja di hari Sabtu, menggantikan teman sepejabatnya yang mengambil cuti kecemasan akibat tertelan kapur barus. Sepanjang hari dia duduk termenung kebosanan sehinggalah waktu makan tengahari pun tiba…

Dia berfikir tentang menu makanan tengaharinya. Memandangkan dia tidak dapat meninggalkan ofis kerana dikhuatiri di masuki Ali Baba dan penyamun²nya, maka dia termenung sendirian sambil berfikir apakah yang ingin dimakannya pada tengahari itu memandangkan dia seorang penggemar ikan…

Dia berfikir dan berfikir sehinggalah ideanya muncul!

Dengan sepantas kelajuan cahaya, dia telah mencapai gagang telefon ofis nya lalu menekan punat² di telefon itu. Dan…

“Uiks, kenapa tiada dialing tone ni?”, dia bertanya kepada diri sendiri. Rupa²nya telefon di syarikatnya sudah dipotong sehari sebelumnya kerana boss dia terlupa nak bayar bil telefon akibat terlalu teruja mahu menyambut Hari Wesak. Lalu dia mendapat, membuka pelayar internet dan ditaipnya URL,

Maka dia pun duduk menunggu dengan sabar… 10 minit, 20 minit, 30 minit dan…

Hidangan tengaharinya sudah pun tibaaa. Dari Pizza Hut tuh. Wahhh, agak² apa yang di orderkan menerusi online tadi ek?

Ohhhhh, Fish King Pizza rupa²nya. Wahhh, dia sangat bijak dan bercitarasa tinggi. Memilih menu combo Fish King berserta 2 minuman Pepsi dan juga 4 ketul kepak ayam madu BBQ dengan cuma berharga RM 36.13 (termasuk cukai dan cas penghantaran), memang berbaloi!

Tanpa segan silu, dia mengambil pizza itu setelah membayarnya dengan jumpa yang tepat lalu menghalau penghantar pizza yang bernama Fayzal itu dan menutup pintunya ofisnya rapat². Dikhuatiri dicuri oleh penyamun² dan lanun² yang mengidamkan hidangan istimewa nih. Dia sungguh berbangga kerana cintanya pada hidangan berasaskan ikan ini telah pun berjaya dimiliki.

Dengan melihat tekstur pizza yang lembut dan menyelerakan…

Berserta aroma ikan serta lemon, sangat membangkitkan nafsu makannya.

Dan oleh kerana nafsunya tidak tertahan², maka tanpa melengah²kan masa lagi, dia pun ngapp potongan pertama…

Dia merasai kesedapan yang tidak terhingga. Mulutnya yang tidak sudah² berkata sedap, tetap mengunyah setiap cebisan pizza smbil menghayati kenikmatannya…

Keghairahannya jelas kelihatan di sana sini. Betapa sedapnya Fish King Pizza sehingga tiada perkataan lain yang dapat digambarkan olehnya selain dari perkataan SEDAP.

Menghayati setiap potongan dan cebisan pizza dengan penuh perasaan ghairah dan menggoda…

Lalu keenam² potongan pizza bersaiz regular pun habis dan dia menjilat² jarinya menunjukkan betapa sedapnya pizza itu dan pastinya akan merasainya lagi selepas ini…

Akhirnya beliau ketawa girang setelah perut kenyang. Terlalu gembira dan berpuas hati dengan hidangan tengahari nya yang hebat sekali…

Tamat…
Terima kasih Pizza Hut!!!

Love,

8 Respons to “Big Fish Moment with Pizza Hut”

  1. BLOG PUTERA YUSOFF Mei 29, 2010 pada 2:09 pm #

    PERSOALAN :1 : XDE KEJE KE BT CERITA MCM KOMIK..2 : SAPE YG RAJIN AMEK GAMBAR?3 : APE PENGHANTAR PIZZA TU CKP MASA ABG AMEK GMBR

  2. Eazy Izzuddin Mei 29, 2010 pada 3:09 pm #

    wah sedap tuhpojie leh wat komik la…heheble nak lepak?xD

  3. Pensel Kontot Mei 29, 2010 pada 4:08 pm #

    giler jeles tgk dia mkn piza

  4. Afzainizam Mei 29, 2010 pada 7:49 pm #

    ┌─┐ ─┐│▒│ /▒/│▒│/▒/│▒ /▒/─┬─┐│▒│▒|▒│▒│┌┴─┴─┐-┘─┘│▒┌──┘▒▒▒│└┐▒▒▒▒▒▒└┐▒▒▒▒┌Peace no war…Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan … Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..Misi KeAmanan dari kami… http://firestartingautomobil.blogspot.comhttp://bukandoktorveterinar.blogspot.com/Weehhh sorry beb lama betul gua tak datang ziarah… Bussy sikit lah…beb sedappppnya ko makan pizza jejari ikan tu…. aku nak gak… oder pakai phone ape ye 999 boleh tak oder pizza tu…

  5. El-Zaffril Mei 30, 2010 pada 4:01 am #

    Pojie… tak bleh blah masuk jari dalam mulut itu… wakakakakkakaka

  6. pawaka19 Mei 31, 2010 pada 3:21 pm #

    wah ko ni mmg kelakar la hahaha..mmg nampak sedap bile ko promoteNew Entry Pawaka19 Dot Com "Imam Muda VS Program Realiti Hiburan "

  7. wanita mustanir Mei 31, 2010 pada 8:32 pm #

    comey.. =)

  8. F U N F A B U L O S I T Y Jun 1, 2010 pada 1:23 am #

    omaigot-pojie…dex sihat je..pojie?ok?hehesangat kreatif ini entry..suka3!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: