Facebook dan Manusia² yang MENJENGKELKAN!

15 Jun
Salam kawan²..

Buat kalian yang ada FB, selalu layan FB, pernah tak terlintas di fikiran kalian bahawa kadangkala ada masanya ia menjengkelkan. Anda rasa cam rimas, annoying dengan beberapa perkara. Termasuklah kepada orang²nya, iaitu teman anda sendiri. Pasti ada bukan. Kalau takde tuh sah² la anda orang yang tergolong di dalam golongan manusia yang menjengkelkan itu. Hehehe..

Pojie agak tertarik dengan entry dari EncikSedap dan EdanCoba yang berjaya menyenaraikan beberapa ciri manusia yang menjengkelkan di FB nih. Bagus sekali. Pojie di sini akan cuba membicarakan serba sedikit jenis² makhluk bergelar manusia yang ada di dalam friendlist FB Pojie yang membuatkan Pojie rasa terjengkel. Andai ada yang terasa tu maaf saja deh. Pojie hanya bercakap apa yang ada di dalam hati ini. Mungkin tak salah apa yang anda lakukan itu tetapi kadangkala Pojie rasa too much till make feel annoyed.

1. Tag;
Pojie tak kisah kalau kawan² mahu tag tentang info, atau gambar² yang pernah diambil bersama. Tak mengapa, Pojie bertanggungjawab tentang lambakan notification itu. Tetapi ini tah siapa² tah suka² ati tag FB Pojie. Lepas tuh tag pic dia baru buat facial la, baru lepas berak la, baru bangun tidur la dan macam² lagi la. Annoying pulak rasa tau!

2. Status;
Kadang² rasa rimas orang update status selang 5 minit. Masa dulu² time² jakun dulu ada la juga Pojie buat macam tuh, tapi hujung² rasa cam semak pulak. Nak korek hidung pun kasi tau orang, bf cium pipi pun nak kecoh, hek elehhh simpan² la lu punya hal² peribadi bai. Tak ingin kawan² korang nak membacanya. Orang macam ini Pojie sarankan mereka membuat akaun twitter ya!

3. Add Friends;
Ini memang tak boleh blah. Pojie dari dulu lagi sakit hati, sakit jiwa dengan orang² macam nih. Dah kalau nak add lepas tuh nak buat kawan batul² takpe. Komen pic kita ker, sekali sekala tegur kita kat wall ker, ini idak. Kita pula yang terhegeh² tegur dia, the worst part is bila komen kita haram dia nak reply. Wahhh, ini menaikkan point untuk Pojie bermain game delete² di kala kebosanan nanti. Haha! Ada juga pembaca yang add Pojie tapi tak reti² nak bagitahu siapa anda? Sah² la kalau orang Pojie tak kenal Pojie tak akan approve, kirim salam!

4. Profile Pic;
Ini pastinya menimbulkan kemarahan kepada sebilangan mak² dan mama² yang membaca entri Pojie nih. Ah, dulik apa. Ni boleh Pojie tanya? Apa motif kalian meletakkan wajah anak² kalian, baby² kalian sebagai profile pic? Depa dah pandai main FB dah ker? Lepas tuh yang pelik letak nama mak. Aduhai.. Tak faham tau, kadang² nak add kiter letak gambar baby dia, nama dah la kadang² tak ingat siapa dia, dah la terkial² kita nih nak bukak album dia baru la nampak ohh si polan rupanya. Kan ada album dalam FB kan? Sumbat ler gambar anak² segala anak hatta anak kucing sekali pun dalam album tuh. Tak payah nak tayang, macam kamu sorang jer ada anak. Paling tak boleh blah bila profile pic gambar mengarut. Pendek kata, bukan gambar sendiri, memang Pojie rasa cam nak lempang jer empunya FB tuh. Sebab kalau segan nak letak muka sendiri tak payah buat FB. Orang nak berkawan dengan orang, bukan dengan “hantu”. Faham! Ada juga yang faker, letak pic orang lain, artis, celebrity. Adoiiiii!

5. Kuiz;
Ini pun Pojie dah start menyampah. Perlu ker nak buat kuiz lepas tuh kecoh 1 dunia? Ada aku kisah? Lepas tuh siap invite pula kawan² untuk join. Kalau Pojie ignore jer, do I care??! Dan paling Pojie tak leh blah bila ada kuiz soalan p***mak sebab ada pula dia akan autopost kat kat wall orang sesuka hati dengan soalan; “Do you think Pojiepooh Abdullah is a virgin?”. WTF! Perlu ker? Agak kurang ajar di situ.

6. Game;
Haaa ini pun lebih kurang macam kat point no 4 tuh juga. Naik 1 level dah publish, kompang 1 tanjung na. Lepas tuh siap invite² join game la, jadi neighbour la. Tak kuasa la deknon. Orang banyak lagi kerja yang perlu dilakukan daripada main game yang bukan², silap² hang PC sebab loading game agak berat.

Itu sebahagian saja ya kawan². Kalau Pojie nak share berderet list dia. Cukuplah setakat ini. Oh, by the way, maaf kalau entri kali ini agak kasar sehingga ada yang tersentap. Mungkin kalian memerlukan sedikit bimbingan bahawa ketagihan FB ini juga boleh menimbulkan dosa. Mungkin anda juga boleh menghentikan beberapa perbuatan di FB anda, kerana mungkin akan meninggalkan kesan yang tidak anda ketahui kelak…

Love,

11 Respons to “Facebook dan Manusia² yang MENJENGKELKAN!”

  1. incik mumu Jun 15, 2010 pada 2:13 am #

    setuju sangat2 uncik pojie.. saaaaangaatt setuju.. tuh xmasok yang sibuk nak promot bende2 yang ala2 skim cepat kaya tuh.. tertekan betol saya dengan situasi2 yang seperti dinyatakan.. profile pic pon same.. kerete la, buah epal laa, kan kan kan.. jom kite berkawan dengan buah dan kereta nak incik pojie..?? keh keh keh..

  2. Hazzy Ishak Jun 15, 2010 pada 2:32 am #

    i suka semua point. tak de makna nak approve 'kawan' yang tak kenal, tak ada makna nak main game sesame, tak ada makna nak main kuiz, tak ada masa lah nak buat semua tu…HAHAHAHAI LOIKEEE

  3. - zuriey - Jun 15, 2010 pada 2:35 am #

    kita kena bijak menggunakan fb supaya tak terpalit dengan sebarang dosa

  4. Farid MOFASAD Jun 15, 2010 pada 2:45 am #

    kalau game fb memang aku tak layan.. kalau benda lain kau layan. ahahaha😛

  5. senandung semalam Jun 15, 2010 pada 3:05 am #

    stju ngat dgn semue ketidak puasan hati ko pojiee… n kgkdang ade yg add smate2 bk blmbe spe lg rmai kawan… ntah pape je…

  6. fndrocka Jun 15, 2010 pada 3:38 am #

    ni sekaranag trend buh gambr player world cup lak..kau rasa jengkel tak Pojie?jengkel tak?huhu..aku pun bubuh gambar steven gerrard ni..huuuLatest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

  7. momguess Jun 15, 2010 pada 5:38 am #

    aku setuju semue perkara di atas!!!i lap u lah laling

  8. El-Zaffril Jun 15, 2010 pada 8:57 am #

    Fb pun menjengkelkan ke

  9. Bro Framestone Jun 15, 2010 pada 7:27 pm #

    pojie ade add bro dalam facebook x..???bro ingat2 lupa dah nie huhuhuFeel free to visitBroFramestone Blog

  10. epulafea Disember 22, 2010 pada 8:44 am #

    bwahaha sayalah kategori individu ke-enam! wahh semangat baru bermain cityville.marah kew? V_Vmaafkan saya kerana membawa kebinasaan kepada facebook ini. sesiapa sudi-sudilah berikan energy kepada cityville saya oke. cengs!

  11. Sayer Best Januari 24, 2011 pada 3:40 pm #

    Nice entry~kalau sayer lak menyampah dengan pasangan yang bermesra secara keterlaluan di FB(terutama yang tidak Halal lagi a.k.a belum kawen).macam la x boleh privte mesej ke,ym ke kan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: