Mencari seorang WANITA untuk dijadikan ISTERI…

16 Jun
Salam kawan²…

Semenjak dua menjak ini Pojie rasakan bahawa pintu hati ini sudah berjaya diketuk oleh seorang insan bergelar wanita. Ohhh, terharu siot. Dah lama rasanya Pojie tak rasa perasaan ini. Lekas² Pojie khabarkan berita gembira nih kat kakak² kesayangan Pojie; KakHeze, KakWan dan KakTash. Betapa Pojie rasa bahagia tatkala bermesej² dengan si dia di FB. Walaupun beberapa hari kemudian secara tidak sengaja dia telah memberitahu Pojie bahawa dia baru saja dimiliki 5 hari sebelum itu, lalu membuatkan Pojie sedikit frust, tetapi itu tidak mematahkan semangat Pojie untuk teruskan misi mencari seorang wanita untuk menjadi isteri Pojie.

Cemburu rasanya apabila seorang demi seorang kawan² sekolah, kawan² kolej malahan kawan² online naik pelamin yang indah², bergambar fotoshot yang cantik². Di dalam hati ini terdetik; “Bilalah turn aku pulak”. Tapi soalan hanyalah tinggal soalan tanpa jawapan. Pojie pun tak tahu, hanya Dia sahaja yang maha mengetahui bilakah waktu bahagia itu akan tiba di dalam hidup yang kosong ini. Walaupun dalam hati ini ada rasa kegusaran, kurang sana sini, kewangan pun belum kukuh tetapi Pojie akan cuba kuatkan semangat, teruskan misi ini perlahan² tanpa terburu², kelak kecundang lagi. So far dalam hati ni dah ada sorang calon, pilihan ayahanda dan bonda tapi tak tahu lah macam mana. Memandangkan dia seorang yang berjawatan tinggi dan workaholic. Pojie masih lagi berkawan. Dalam masa yang sama cuba untuk berkawan seramai yang mungkin sebagai calon² dan akan membuat pilihan apabila tiba masanya.

Antara yang membuatkan Pojie teringinsangat untuk beristeri adalah kerana Pojie merasakan diri ini terlalu kosong. Puas Pojie bermohon kepada Allah dan tiba² dibukakan pintu hati ini untuk insan bergelar wanita. Mungkin inilah jawapannya. Selain itu, Pojie teringin melihat mak abah gembira apabila melihat anak sulungnya ini berkahwin sekaligus menutup mulut² sanak saudara yang tidak sudah² mengata. Selain itu, Pojie teringin sangat naik atas pelamin yang indah hasil idea bersama² dengan wedding planner macam Arma dan AdieAdlan, berdua berpakaian yang cantik², diiringi gelak tawa serta doa dari famili dan teman². Lepas tuh ada foto² serta video kenangan yang indah² macam yang telah diambil oleh TheLaki² ataupun ini.

Sekadar gambar hiasan.

Pojie teringin sangat menikahi seorang wanita yang solehah, yang muslimah, yang bertudung dalam masa yang sama bergaya dan dari keturunan yang baik². Memilih bakal isteri menurut Islam dengan ciri² yang diidamkan. Ia menepati ciri² yang pernah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)). Dan kemudian dikurniakan cahaya mata yang comel². Pergi mana² dengan famili sendiri, bahagia tersenyum di dalam potret macam kat atas tuh. Pasangan suami isteri yang sama cantik molek dengan anak yang comel.

Apa² pun setiap hari Pojie berdoa pada yang Esa agar dibukakan pintu ini sentiasa untuk seorang wanita, satu²nya untuk menjadi teman sehidup semati. Dijauhkan Pojie dari segala kemaksiatan dan kejahilan yang pernah dilakukan. Semoga wanita yang kelak bertakhta di hati ini memahami serta sudi menerima Pojie seadanya kerana Pojie bukanlah seorang lelaki yang sempurna, ada cacat sini dan sana. Semoga dia bisa menjadi permata hati hingga ke syurga…

Doa² kan Pojie tau!

Love,

22 Respons to “Mencari seorang WANITA untuk dijadikan ISTERI…”

  1. AlongAzrina Jun 16, 2010 pada 2:05 am #

    Saya doakan…Insyaallah.

  2. AlongAzrina Jun 16, 2010 pada 2:09 am #

    Ermm, saya pernah ikot blog pojie..lain sgt skrg. Cuba amalkan Al-Waqiah setiap malam kerana surah itu surah kekayaan dan kemudahan. Insyaallah segala apa yang kita lakukan akan dipermudahkan dan kita tidak akan idup dalam kemiskinan. Doa ini boleh juga lembutkan hati org, amalkanlah ye. Saya dah buat dan saya dah dpt apa yang saya nak di atas keizinan Allah. Saya doakan.

  3. Hazzy Ishak Jun 16, 2010 pada 2:14 am #

    insyaAllah doakan kamu akan diperkenankan

  4. frank lampard Jun 16, 2010 pada 2:16 am #

    ala :(*tibe2*

  5. Sharinginfoz Jun 16, 2010 pada 2:25 am #

    semoga dipertemukan dengan wanita yang memudahkan segala urusan hidup

  6. m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] Jun 16, 2010 pada 2:28 am #

    xpe lh…truskna usaha mencri calon isteri ekk..jgn mudah putus asa…

  7. balqis Jun 16, 2010 pada 3:03 am #

    inshaAllah 🙂

  8. QieFLy si Dolce Jun 16, 2010 pada 3:33 am #

    aku doakan yg terbaik untuk ko pojie…

  9. syaf Jun 16, 2010 pada 3:41 am #

    Wah tahniah…alhamdulillkah, maybe seru ko dah dekat2 dah 2,,,dah sampai agaknyer,.,. semoger ko dpt pe yg ko dpt…amin

  10. helena's Jun 16, 2010 pada 3:44 am #

    cikhel pon nak kawen~

  11. FarhanaDr Jun 16, 2010 pada 3:46 am #

    Pojie.. Memang best kan perasaan nak mendirikan rumahtangga.. Heehee.. Saye wish all the best untuk pojie in life.. Ketemu dengan insan yang menyayangi pojie as wut you are.. =)

  12. mawar_berduri Jun 16, 2010 pada 4:38 am #

    Semoga Poojie cepat2 bertemu si dia yang telah ditetapkan yang Esa ……..amin mawar pun tolong doa ek … 🙂

  13. mommyYen Jun 16, 2010 pada 6:01 am #

    hai poojie..selamat mencari cinta..hehe

  14. Sky Before Pinky Jun 16, 2010 pada 6:30 am #

    Salam..ramai gak dalam dilema nak mencari cinta and pasangan hidup..saya doakan awak berjaya.. nanti jgn lupe jemput saya..–>> hehe gurau..visit lah blog saya..http://arepizza220.blogspot.com

  15. luve hunter Jun 16, 2010 pada 7:36 am #

    moger ko dpt tmu gan pmpuan yg ko idm kan.smmemangnyer ko kan dpt tmu ngan dy,..doa n sabar jer k…..wa support lu….

  16. Frodo Baggins Jun 16, 2010 pada 8:06 am #

    >>___<<hye pojiewa doa lu dicepatkan jodohngan wanita yg baix2bila sampai masanya, insyaallah. :)berdoa. 🙂

  17. senandung semalam Jun 16, 2010 pada 8:45 am #

    di doakan…insyaAllah…jgn rsau,dpat pnye nnt…myb Allah kasi lmbat sbb itu adlh yg terbaek n myb gak sbb pojie blm bersedia spnuhnye nk pikul tggngjwab sbg suami n ayah… who knows…wallahhualam…

  18. Edy Ramanov Jun 16, 2010 pada 9:10 am #

    salam pojie. ada entri baru kt blog edy. tgklah ya. edy baca entri nih edy terus berlinang air mata…

  19. El-Zaffril Jun 16, 2010 pada 11:34 am #

    Nak el tolong carikan tak? Ciri2 yang anda mahu?

  20. makdara terdiva Jun 17, 2010 pada 2:23 am #

    salam poji..jgn bersedih2 pasal jodoh..akak pun ade adik perempuan yg masih belom ada boipren..masih blom kawin walaupun usia dah menginjak ke 30 tawun depan..ceh..tiba2 promot adik plak..haha!jdoh pertemuan tu dah ditentukan..so..cari pelan2..jgn terlalu mengharap tanpa berusaha..senyum selalu 🙂

  21. iva saionji Jun 17, 2010 pada 4:10 am #

    iva akan selalu doakan yg terbaik buat pojie,….ameeennnn

  22. dD Fabulous | sitekateki November 12, 2010 pada 8:46 am #

    sangat kenal ngan mamat yg kat "sekadar gambar hiasan" tu…he used to be my………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: