Hikayat Merong Mahawangsa

17 Jun
Salam Khamis buat semua,

Pojie mahu membuat sedikit preview tentang filem yang dinanti² kan seantero dunia terbitan anak Malaysia yang berjaya iaitu KRU Studios, di bawah arahan Yusry Abdul Halim. Filem yang ber-genre epik aksi yang telah tamat penggambarannya pada Ogos 2009 dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010 ialah…

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem Hikayat Merong Mahawangsa’ (‘The Malay Chronicles – Bloodlines’) yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini sekali gus dinobatkan sebagai filem ke-2 termahal selepas Puteri Gunung Ledang di dalam industri perfileman tempatan, khabarnya telah pun dibeli tayangannya oleh pengedar filem antarabangsa dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah. Hebat bukan? Jangan main², belum ditayangkan sudah mencatat jualan jutaan ringgit. Sudah pasti kita boleh berbangga kerana ia bisa mengangkat filem ini sebagai filem terbaik Malaysia. Penggambaran yang berlokasi 90% di Terengganu ini menampilkan

Stephen Rahman Hudges sebagai tunjang utama filem ini dan dibarisi beberapa pelakon² dalam dan luar, juga penampilan khas dari Miss Malaysia 2007; Deborah Henry.Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem epik yang sarat dengan aksi dan watak² mitos dengan bantuan kesan khas visual (CGI) bertaraf dunia dan set, busana dan props dari kurun ke 2. Ia mengisahkan tentang seorang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain seperti yang tercatat di dalam sejarah Malaysia.


Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Prop yang dibina hanyalah pada set utama seperti 4 buah kapal, perkampungan Melayu (kurun ke-2), pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Yusry berkata bahawa kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan jika tiada kerjasama dan sokongan dari MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.


Apa² pun Pojie sangat tidak sabar untuk menyaksikan filem hebat ini. Tengok sajalah trailer filem ini pun sudah buat Pojie terkedu dengan kehebatannya. Jika diawal trailer tidak memamaparkan nama produksi, tentunya Pojie dah fikir ini dari produksi Hollywood, atau mungkin juga produksi yang sama dengan cerita epik Thailand iaitu Queen of Langkasuka. Jadi bagi sesiapa yang masih belum menyaksikan trailer ini, silalah saksikan di bawah dan beri sedikit pandangan anda.


Hebat kan!!!


P/S: Magika, bilakah kau akan muncul?

Love,

8 Respons to “Hikayat Merong Mahawangsa”

  1. ALYN_C3N1 Jun 17, 2010 pada 1:59 am #

    hikhikhik…..my bf ade blakon jgk dlam movie nie..tp part2 jdi org kmpung jer..hahahhaha

  2. mohdikram Jun 17, 2010 pada 2:21 am #

    wajib tgok. harap sehebat prince or persia.(tetibe kaitkn dgn filem luar)haha

  3. joegrimjow Jun 17, 2010 pada 3:49 am #

    lepas tu org kite sibuk nak beli cetak rompak;(

  4. iva saionji Jun 17, 2010 pada 4:08 am #

    hahaha..tapikan joe..kalau iva citer2 epik camni iva suka beli original….gila gempakkan…xkesah ar mahal pon..tgh dok cari filem 1957…yang maya karin berlakon tuh…dengar kata citer tu dah jadi hak kerajaan….sedey nieh…huhuhu

  5. m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] Jun 17, 2010 pada 4:38 am #

    wow..best weii..nati nak tgk ajak lh ekkk

  6. atty's Jun 17, 2010 pada 8:18 am #

    tgk trailer mmg mcm besh..mcm tak caya je kru yg buat.

  7. El-Zaffril Jun 17, 2010 pada 9:57 am #

    Tengok trailer dia best

  8. Mr.Homosapiensz Jun 18, 2010 pada 7:38 pm #

    mmmg best trailer….tahap international dah movie ni….suker2…lebih2 lagi bak kata pojie 90% wat di terengganu…heheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: