I need a NEW HAIRSTYLE!!!

23 Jun
Salam,

Agak lama juga Pojie tak tak berbicara pasal fesyen dan gaya rambut. Hoh, pernah ke? Hahaha, pernah la dengan gaya macam ini siap Pojie share lagi salon kegemaran Pojie dan berkongsi tentang produk penjagaan rambut pilihan Pojie untuk jejaka perasan kacak tampil menawan. Aisehman… Oklah kali ini Pojie mahukan pendapat kawan² untuk gaya rambut Pojie yang terbaru. Erm, mungkin bukan untuk raya, tetapi buat masa yang terdekat nih memandangkan Pojie dah naik rimas dengan rambut sekarang nih, tebal dan panjang berjurai² sampaikan sepit (dan skaf) rambut menjadi teman setiap hari.

Tengoklah, betapa lebat, hitam dan tebalnya rambut Pojie sekarang nih. Dengan rambut rambut ikal mayang Pojie tuh, sikit lagi dah boleh buat fesyen rambut Erra Fazira masa dia bertunang dengan Yusri dulu. Huhuhu..

So far kali ini Pojie mengimpikan kelainan pada gaya rambut Pojie yang terbaru ini. Plan nak buat Sabtu nanti lepas dapat gaji, hopefully. So far Pojie sering bergaya dengan rambut spiky² atau pun ala² Becham yang spiky di tengah² tuh. Pernah menggunakan gambar² ini sebagai sumber rujukan pada hairstylist Pojie tuh. Cun kan!

Memandangkan Pojie pernah buat style macam tuh dulu dengan sedikit hightlight yang “loud” untuk mendapatkan kesan terbaik, jadi kali ini Pojie menginginkan rambut yang agak tengah in sekarang nih yang dinamakan “bang” style. Ala² macam Zac Efron dan Justin Bieber tuh..

Cuma mungkin Pojie akan membuatkannya sedikit pendek dan kemas la memandangkan Pojie memiliki rambut yang lebat dan cepat panjang, so pastinya 2 minggu lepas tuh dah rasa rimas pergi salon balik perabis duit. Hahaha. Pojie amat berminat dengan rambut mereka berdua nih, cool tak?

Maybe agak serabut buat bagi yang 1st tuh tetapi Pojie mengidamkan rambut depan sepanjang itu, tapi tak pernahnya panjang gitu rupa unless kalau Pojie letak hair extension untuk dapatkan kesan yang lebih dramatik. Untuk yang 2nd tuh just nice kan, cuma color dia agak kekampungan di situ, lol. Apa pun yang pasti, mengikut pembacaan dan penelitian Pojie dengan bang hairstyle ini boleh menimbulkan sedikit drama pada si seseorang dan menyerlahkan character yang tersendiri. Yang pasti gaya ini boleh diubah kepada gaya yang berlainan memandangkan kebiasaan untuk membuat gaya ini, rambut akan diluruskan dan senang untuk dibentuk.

Mungkin kali ini gaya Joe Jonas (Jonas Brothers) akan menjadi inspirasi buat Pojie mendapatkan gaya yang lebih segar dan menarik. Yang pasti, ia bakal menyerlahkan tulang pipi dan menjadikan wajah lebih kecil dan tirus.

Wahhhh! Tak menahan beb, hahaha. Cool apa? So, apa pendapat kalian? Agak² sesuai tak dengan bentuk wajah Pojie yang semakin menirus nih (baca: semakin kurus), hahaha! Kalau kalian tak bersetuju, Pojie nak buat yang lebih daring macam nih kasi kalian makan hati…

Kaooo mampoo?? Dengan color² blonde gitu rupa? Paling² tidak Pojie akan buat seperti mana rambut model idola sepanjang zaman pilihan Pojie nih…

Naema Mora!!!**matilaaa

Jadi, sila²lah rajinkan jari jemari anda memberikan komen serta pandangan. Pojie akan membuat lebih analisa dan study lagi untuk fesyen rambut menjelang raya nanti. Cettt, puasa belum lagi mau fikir raya. Hahaha. Okla, nantikan kemunculan Pojie berwajah baru pada minggu hadapan…

Tunggu…

Love,

19 Respons to “I need a NEW HAIRSTYLE!!!”

  1. CengkodokPolkadot Jun 23, 2010 pada 2:36 am #

    Pooh,cube la ko botaktry la

  2. syaf Jun 23, 2010 pada 2:38 am #

    aku suke yg spiky2 n joe jonas 2

  3. flyz Jun 23, 2010 pada 3:06 am #

    hu..hu..tumpang gelak jab…boleh bayangkan ko ngn fesyen2 rambut d'atas…comel gamaknya…

  4. etomyam Jun 23, 2010 pada 3:15 am #

    gambar yg first tu paling segak n steady hehehe

  5. AniS GalaXy Jun 23, 2010 pada 5:41 am #

    joe jonas…wow..suke2…hehehexpun smpn pjg jer la….leh la feeling2 artis giteww..hehe

  6. Amy Syaquena Jun 23, 2010 pada 6:03 am #

    happy wednesday..i am following your please follow my blog too. godbless.

  7. Rinie Jun 23, 2010 pada 6:18 am #

    tak tahulah hak mana se lawa ngan kau, tp kau mmg sesuai rambut spiky ni, kak mek juga yg masih rambut curls ala2 messy, bagai ditiup angin ribut

  8. Matjoe Jun 23, 2010 pada 7:11 am #

    haha mari tunggu camner rupanyer

  9. Edy Ramanov Jun 23, 2010 pada 7:35 am #

    harus nak tengok penampilan baru pojie.Aiz Batu Campur – Tips Nak Tahu Anda Seorang Paranormal

  10. senandung semalam Jun 23, 2010 pada 8:37 am #

    cbe consult ngan hair stylist…hehehee

  11. encikSEDAP.com Jun 23, 2010 pada 9:01 am #

    let's.😉

  12. Hazzy Ishak Jun 23, 2010 pada 9:01 am #

    potong rambut cam mawi, senang tak yah sikat

  13. kak ina kl Jun 24, 2010 pada 3:31 am #

    bagus jugak tu..sekali sekali tukar penampilan…tentu ada yang terpikat

  14. Afzainizam Jun 24, 2010 pada 4:40 am #

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ WELCOME—WELCOME– WELCOME ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~WELCOME– WELCOME– WELCOME~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~http://firestartingautomobil.blogspot.com/http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/uhhh lama tak ziarah pojiee ni kalau ko buat gondol botak aje ape rupa muka ko ye mesti hensom … sekarang musim bola jadi rambut pun macam padang bola pendek.. macam zanadin zidan.. atau backam ahahhh teringin nak tengok rupa ko kalau botak..

  15. Sesumpah Jun 24, 2010 pada 11:10 am #

    cool dah tukar style upload okeh:D

  16. Frodo Baggins Jun 24, 2010 pada 12:40 pm #

    rambut shin chan pon coolzz.>>__<<

  17. nanie (✿◠‿◠✿) Jun 25, 2010 pada 4:54 am #

    cool la buat rmbut cm2..😉

  18. Anonymous November 12, 2010 pada 9:19 pm #

    Naima Mora Juara ANTM cycle 4 .. I LOIKEEEEEEEEEEEE

  19. dAiEnG Mei 20, 2011 pada 10:26 am #

    smart bro pic2 yang u buh kat cinie..minaaaatttt sangat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: