Pojie Kembali & Salam Ramadhan

10 Aug
Salam buat teman,

Sudah sekian lama Pojie menyepikan diri dari arena blog ini atas kekangan masa dan beberapa lagi masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Tetapi Pojie amat menghargai beberapa teman yang kerap bertanya khabar berita PoJiePooH ini dan bertanyakan bilakah akan ada update di sini. Malah tidak jemu² menjengah blog ini demi memastikan ada entri terbaru. Terima kasih Pojie ucapkan. Dan sekarang, atas permintaan ramai (cewah), kini Pojie kembali. Kembali dengan imej yang lebih segar dan bersih. Sedaya upaya Pojie akan cuba berkongsi kepada kalian seperti sediakala, cuba untuk tidak meninggalkan kalian di dalam seribu persoalan.

Sepeninggalan Pojie lebih kurang sebulan, terlalu banyak perkara yang menarik yang tidak sabar Pojie ingin kongsikan bersama pembaca sekalian. Ya, kamulah pengarang jantung hatiku. Tanpa kamu, tiadalah daya diri ini untuk terus bertarung menghadapai onak badai di dunia blogging ini. InsyAllah, akan Pojie cuba untuk kongsikan satu persatu biarpun ceritanya agak layu. Biarlah apapun ingin yang dikatakan, Pojie percaya ada yang masih sudi mendengar cerita diri ini.

Oh ya, memandangkan bermula hari esok, sekalian umat Islam seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka Pojie dengan kerendahan hati ingin memohon ampun dan maaf, demi mendapat keberkatan Ramadhan bersama².

Dan oleh sebab berpuasa nih setahun sekali, meh Pojie kongsikan kepada kalian niat berpuasa. Dinasihatkan untuk pasang niat puasa sebulan malam nanti selepas maghrib just in case la kan. Especially bujang² terlajak macam Pojie nih kadang² terlupa nak niat hari², tak pun tak bangun sahur. Hehehe…



Ohh ya, jangan lupa juga yer kawan² andai benar dan sahih esok kita berpuasa, malam nih jangan lupa bersolat terawih tau. Azam Pojie macam tahun lepas nak khatam al-Quran dan tak mau miss solat terawih. Hope Allah permudahkan perjalan Pojie dalam menuju keberkatan di bulan Ramadhan nih. Dan bagi sesiapa mau refresh semula ibadat puasa nih, kelebihan, niat dan macam² lagi boleh la baca Ramadhan Handbook di sini dan sini. Nak jadual berbuka puasa dan imsak? Boleh gak dapat kat sini dan sini. Semoga kita sama² mendapat keberkatan dan hidayah dari yang Esa.

Kelebihan Solat Tarawih – Malam Pertama;
“Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan”.

Wassalam,

8 Respons to “Pojie Kembali & Salam Ramadhan”

  1. diraja22 Ogos 10, 2010 pada 11:03 am #

    sama2 lah kita mengimarahkan bulan ramadhan dengan amalan..

  2. x-po Ogos 10, 2010 pada 11:59 am #

    selamat berpuasa ye bro..pastikan penuh tahun ni..heheRasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

  3. xuhaily Ogos 10, 2010 pada 12:19 pm #

    selamat ramadhan fauzi (:

  4. Afzainizam Ogos 10, 2010 pada 5:51 pm #

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار… ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°Salam ramadan Al Mubarak.. buat pembaca blog kamihttp://firestartingautomobil.blogspot.com/http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/Ramadan bulan yg mulia..Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.yup baru lah nampak entri si pojie ni… haiiii lama sangat tak nampak kelibat ni

  5. Hazzy Ishak Ogos 10, 2010 pada 11:59 pm #

    moga semua urusan dimudahkan. salam ramadhan pojie

  6. Mawar_berduri Ogos 11, 2010 pada 12:36 am #

    Salam, Selamat berpuase pojie , Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna ……….

  7. boyoteen Ogos 11, 2010 pada 6:29 am #

    selamat beposa ye pojie

  8. eykameow Ogos 16, 2010 pada 5:23 pm #

    apeapepun, pojie dah berblogging balik! YEY!!! btw selamat berpuasa pojie pooh! aww..comel! hee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: