Pose Oh Puasa (Day 3); Aktiviti ketika lunch break

13 Aug
Salam buat teman²..

Apa khabar semua? Bagaimana dengan puasa hari ke-3 hari ini? Ada yang sudah terkucil? Kalau ada memang nak kene cubit dengan Pojie. Klo pompuan tak mengapa ada valid reason, kalau lelaki memang la nak kene. Hehe. So, hari nih hari Jumaat kan, kepada yang berjantina lelaki, silalah jangan buat² lupa solat Jumaat di masjid² yang berhampiran. Dan buat wanita² di luar sana, kalau time² lunch break nih tak tahu nak buat apa selain tidur kat surau atau store room, lebih baik kalian menambahkan pahala dengan membaca al-Quran. Kalau rasa² al-Quran itu besar macam dictionary, payah nak dibawa ke sana sini, anda boleh dapatkannya secara online di QuranFlash.

Kelebihan QuranFlash ini anda boleh membacanya di PC, kalau agak² tak jelas boleh guna kanta pembesar yang disediakan. Interface dia pun rupa macam senaskah al-Quran, siap dengan tanda tajwid segala. di sini juga kalian boleh download maksud ayat, juga al-Quran ke dalam iPhone anda, bukankah itu menakjubkan? Agak² kebosanan tunggu LRT, tersekat dalam jam, boleh buka² dan baca. Kalau tak dapat sejuzuk dua setiap hari, dapat sebaris dua pun dah memadai. Tambah pahala di bulan yang mulia nih. Betul tak. Ada 1 lagi website al-Quran, siap dengan suara dan sebutan yang betul tetapi Pojie lupa pula di mana. Kalau teman² ada info, kongsi²kanlah di sini yer.

By the way, informasi ini bukan untuk wanita saja, untu lelaki juga. Kalau dah siap solat Zuhur, masa² lunch yang terbuang, sambil² melayan FB, boleh juga baca. InsyAllah azam Pojie untuk Ramadhan kali ini, nak khatam al-Quran sekali lagi. Lama tak khatam, baca pun dah lama. Buat malu jer kan, bekas qari wakil sekolah pun dah merangkak² baca kalamullah nih. Tak mengapalah, apa² pun amalan dan kebaikan yang kita lakukan pada bulan ini adalah berganda pahalanya…

Kelebihan Solat Tarawih – Malam Ke-4;
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Wassalam,

18 Respons to “Pose Oh Puasa (Day 3); Aktiviti ketika lunch break”

  1. atty's Ogos 13, 2010 pada 3:26 am #

    selamat berpuasa pojie..thanks sharing.info .mmg tgh mencari2

  2. Hezesuze Ogos 13, 2010 pada 3:28 am #

    wah gud infor lorr…selamat berpuasa & berbuka pose tuk adik manja ku ini..hehe

  3. Matjoe Ogos 13, 2010 pada 3:52 am #

    slmt berpuasa bro pojie

  4. Oong-ong Ogos 13, 2010 pada 4:01 am #

    nice info~

  5. Hamzah Ian Ogos 13, 2010 pada 2:16 pm #

    hehe.. pose pose ni jom la cari baju raye ke..

  6. J.M.R Ogos 13, 2010 pada 2:31 pm #

    peringatan yg bagus..teruskn beribadat bro..;-)

  7. joegrimjow Ogos 13, 2010 pada 3:33 pm #

    jom baca quran!

  8. Eazy Izzuddin Ogos 16, 2010 pada 10:18 am #

    selamat berpuasa…;)

  9. cengkodok Ogos 16, 2010 pada 10:41 am #

    Pooh,dah bc Quran skangtakooot la camni

  10. Encik Psychopath Ogos 16, 2010 pada 1:37 pm #

    sejuk hati saya pojie bace quranflash🙂

  11. eykameow Ogos 16, 2010 pada 5:19 pm #

    paling best masuk blog pojie sbb pojie byk share ilmu duniawi ngan akhirat🙂 thnks 4 sharing!

  12. kak ina kl Ogos 18, 2010 pada 10:40 am #

    salam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia..ooo lama gak ek menyepikan diri.kecian tenguk makanan kamu berbuka tu..tapi bagus jugak kan ..untuk kesihatan

  13. Natasha Ogos 19, 2010 pada 12:30 am #

    salam…Jom tinggalkan link kat cni http://www.onetasha.com/p/links-exchanged_13.html

  14. Nurulbadiah Lai Ogos 20, 2010 pada 9:48 am #

    happy fasting pojie..thanks 4 de info..yup..have to agree ur blog is superb like blog2 yang dah otai..i selalu gak singgah sini but just as silent reader je la..btw..i do folo u..keep post interesting entry yearegardnurul..happy fasting dari sahabat kepada sahabat

  15. Amirul Faiz Abd. Razak Ogos 21, 2010 pada 4:52 am #

    Alhamdulillah, boleh jugak jenguk-jenguk baca Quran kat internet ni kan.

  16. NJ Ogos 21, 2010 pada 7:34 am #

    Salam kenal dan ziarah dari kak N dtg lalu umah kak ina KL..komen pasal loghat org johor tu…kak N dah follow pojie yer..

  17. Mr.Homosapiensz Ogos 22, 2010 pada 7:39 am #

    mal baca dalam Majalah Al-Islam edisi ogos bgtau hadis pasal hikmat solat terawih ni palsu belaka……

  18. kak ina kl Ogos 22, 2010 pada 9:57 am #

    oo pojie..apasal tak update ni..zzzz ker?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: