Keganasan Terhadap Wanita

23 Aug
Salam,

Mungkin entri ini agak berunsur 18SG. Tetapi dengan entri kali ini pada Pojie cukup untuk membuatkan kalian, terutamanya wanita panas hati. Yup, Pojie tidak terkecuali. Lebih² lagi yag sering melakukan keganasan terhadap kaun hawa yang lemah ini adalah golongan adam. Pojie rasa sangat malu dengan kelakuan manusia² seperti ini, menunjukkan hero kepada insan² yang lemah. Apa yang pojie boleh katakan, orang² seperti ini adalah DAYUS. Termasuk la kes baru² ini yang menyimbah anak bini dengan asid getah. Helloooo, mereka bukan anak patung yang boleh disakiti sewenang²nya.

Oklah, kita mulakan dengan Video 1. Tak pasti dari mana asalnya rakaman ini, tapi Pojie dapatnya dari Facebook. Tak tahu apakah salah wanita itu, diheret, ditampar, ditumbuk dan diterajang tanpa ada perasaan kasihan. Video 2 pula adalah difahamkan dari sebuah sekolah di Singapura. Yang melakukannya adalah seorang hadek² yang marah kepada seorang teman dan menggunakan kata² kesat. Oklah, yang ini sah² kita tahu dia sangat bukan lelaki. Bagaimana jika lawan mereka adalah lelaki juga? Berani mereka nak buat macam tuh? I don’t think so.

Jika memandang kepada situasi begini, dalam benak Pojie terfikir dua perkara;

  1. Siapakah orang yang merakamkan video ini? Kawan ke? Sampai hati tengok jer tak tolong?
  2. Kenapa mangsa tidak membalas balik?
Wallahualam. Cuma apa yang pasti, wanita² di luar sana anda sewajarnya mempertahankan diri. Tak kisah la dari suami yang bengis, teman lelaki yang panas baran, kawan yang pemarah, JANGAN BIARKAN DIRI DISAKITI. Kalau Pojie jadi mangsa dalam video tuh, jangan ditanya apa yang akan Pojie buat demi mempertahankan diri. ada 2 kemungkinan, samada cacat kekal atau mati. Oklah, maybe ada yang berkata yang Pojie berani sebab Pojie ada taekwondo dan memilii talipinggang hitam, tetapi pada Pojie anda semua perlu berani. Ada talipinggang hitam hatta rainbow color atau tidak bukan persoalan utama. Persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan ini.

Oleh itu Pojie ingin berkongsi kepada teman² semua bagaimana untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan. InsyAllah Pojie akan cuba compile untuk anda praktik kan sendiri di rumah dengan bantaun teman. Make sure ciri² keselamatan perlu diutamakan. Ini juga tidak bermaksud anda boleh gunakan ilmu untuk serang orang atau bergaduh sesuka hati. No no no. Ia ilmu yang sangat² bermanfaat ketika dalam kecemasan. Yang penting jangan panik. Dan kalau ada peluang utuk lari dan mencari pertolongan, itu yang sebaik²nya…

Mudah saja kan. Itu teknik yang paling simple, paling asas. Ada juga teknik yang di mana anda boleh menjatuhkan penyerang anda dan memberikan peluang untuk anda melarikan diri. InsyAllah Pojie akan kongsikan kemudian. Diharapkan dengan adanya ilmu macam ini, dapat mengelakkan diri anda, bukan untuk wanita saja, tetapi juga untuk kanak² dan lelaki² di luar sana. Jadi tidaklah menjadi mangsa ragut, rogol, pukul dan sebagainya. Oh ya, sebelum berundur, izinkan Pojie berkongsi sebuah lagi video yang merupakan parody kepada salah 1 video di atas tadi itu. Kelakar juga. Tapi Pojie suka tips anger management yang cuba disampaikan itu. Semoga sesiapa yang selalu marah² tu, dapat sejuk hati sempena bulan Ramadhan nih. Insyallah…

Wassalam,

12 Respons to “Keganasan Terhadap Wanita”

  1. joegrimjow Ogos 23, 2010 pada 1:37 am #

    pompuan2 kena baca entry ni

  2. Hazzy Ishak Ogos 23, 2010 pada 2:02 am #

    mak bapak pun belum pernah naik tangan kat muka. kalau jadi macam ni, confirm hazzy balas balik.

  3. Ckin Kembaq Ogos 23, 2010 pada 3:50 am #

    tiap org kna muhasabah diri balik baru akan sedar kesilapan diri…n_n…

  4. Hezesuze Ogos 23, 2010 pada 4:34 am #

    syukur xpernah lagik ada kes gaduh2 or kene pukul..huhu

  5. jullia jukogyu Ogos 23, 2010 pada 4:54 am #

    kadang2 pompuan ni bukan je lemah tenage,tetapi lemah hati jugek..huhu..kene sepak terajang still lg nk dgn bf or suami nyer..alasan syg katenyer..hmmm…taktau la nk ckp ape..die(pompuan tu) ade alasan sendiri walopon rase xmunasabah..huhu

  6. Amirul Faiz Abd. Razak Ogos 23, 2010 pada 4:54 am #

    Lelaki yang guna keganasan terhadap perempuan, lelaki yang dayus, lemah.

  7. Ckin Kembaq Ogos 23, 2010 pada 5:02 am #

    dayus?..hmm btul jugak tu..kesimpulannya, berbaliklah kepada agama.Islam itu kan indah dan tidak menyusahkan..Kalu pegang agama itu baik2,insyaAllah tak ada dayus-dayus ni kan?…

  8. Mr.Homosapiensz Ogos 23, 2010 pada 5:04 am #

    para lelaki yg budiman n kasih kepada wanita pun kena turut bagi support untk diorg pertahankan diri….jgn bg sepak trajang dah la…

  9. donnyien Ogos 23, 2010 pada 9:51 am #

    ya..bhati2 wahai ppuan

  10. BLOG PUTERA YUSOFF Ogos 23, 2010 pada 10:58 am #

    gilalah abg pojie ada black belt. ptt mcm penah nmpk masa kat SUKMA hari 2. hehehe

  11. etomyam Ogos 23, 2010 pada 5:05 pm #

    memang bagus sekali tips ni…lelaki pun boleh belajar jugak ni

  12. eykameow Ogos 25, 2010 pada 2:25 am #

    suka video last tuuuu!!! hehe nak share leh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: