Dapat kad raya. Yeahhhh!!!

1 Sep
Salam buat semua,

Pejam celip, pejam celik dah masuk hari ke 22 kita berpuasa tahun nih. Ini bermakna tinggal 8 hari saja lagi untuk kita bersama² meraikan kemenangan di bulan Syawal kelak. Ya Allah, sangat pantas masa berlalu. 2 hari lepas Pojie dikejutkan dengan 1 kiriman kad raya dari seorang teman maya; Shin Inesen. Thanks dear. Pojie tak sangka, masih ada lagi insan yang menggunakan kaedah klasik ini untuk memberikan ucapan kepada teman² sempena hari raya nih. Tahniah diucapkan.

Kira ini adalah kad raya pertama (dan mungkin juga terakhir) untuk Pojie bagi tahun ini. Semenjak Pojie meninggalkan bangku sekolah lagi, kiriman kad raya tak kisah la yang dihantar ataupun diterima semakin berkurangan. Kalau zaman² sekolah dulu gigih duk spend duit berpuluh² beli kad raya dan pos kepada teman² dan saudara mara. Sangat suka membuat pekerjaan itu. Sangat gembira apabila menerima balasan. Tapi lepas Pojie rasa macam useless berhabis duit hantar kad raya sana sini, orang bukan balas pun, hatta say thank pun tidak, terus Pojie sentap. Akhirnya e-kad juga jadi jalan mudah. Untuk tahun ini, Pojie agak terkilan kerana tidak mempunyai masa untuk membuat photoshoot puasa dan raya seperti tahun² sudah. So alamatnya tiadalah kad raya macam teman Pojie yang sorang nih. Tapi insyAllah Pojie akan usahakan juga walaupun cikai². Biasalah, feeling artis kan. Huhuhu…

So, dah dekat² raya nih kawan² dah banyak ke terima kad raya? Hantar pula dah banyak ker? Errr, i mean kad raya klasik macam nih? Mesti boleh dikira dengan jari kan. Huhuhu…

Wassalam,

2 Respons to “Dapat kad raya. Yeahhhh!!!”

  1. Hazzy Ishak September 1, 2010 pada 2:09 am #

    hazzy pun baru je dapat satu.hehe

  2. Qarl September 1, 2010 pada 4:17 am #

    1 pun i xantar pojieyg dpt xtau la.. xcheck kat umah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: