Raya.. Apa yang best? [Edisi LAMPI]

21 Sep
Salam…

Mesti ramai yang rindukan Pojie, betul tak? Sila muntah angguk ramai²… Hahaha.. Tau sekarang nih Pojie semakin slow dalam blog, Twitter pun dah suam² kuku big foot. Ada follower and reader pun klo dikira itu nyawa, dah leh cakap sudah nyawa² ikan bilis tau! Kekwat dah memasing dengan Pojie. Takpe² cukup haribulan Pojie kasi delete itu manusia² kekwattt!! Facebook jela nyawa hari². Wahh gittew katanya.. Masuk² meroyan kann! Hahaha. Sorry la geng emo sat. Lagipun mood raya lom abes lagi walaupun orang dah berbakul² entri dan bguni² gambar kat FB tuh. Biasalah bila dah jadi lampi (lambat pikap). Hahaha.

Saja jer short entri sebelum mengembangkan kembali sayap yang terkuncup berbulan² nih. Sementara menunggu pic² dari camera adik Pojie. Hehe.. So, apa agak² korang yang best time raya? Opkosssss selain ketupat, pastinya beraya 1 famili dengan baju raya. Tak kisah la lama ataupun baru. Hatta tema baju Citrawarna 1 Malaysia sekalipun. Hahaha!

Ohhh ya mana abah saya? Beliaulah yang menjadi fotografer sebab dia agak penyegan. Boleh dibilang dengan jari wajah beliau diabadikan dalam bentuk gambar termasuklah gambar kahwin dan hari raya. Kenapa tak ambil gambar guna self-timer? Oh, harap maklum, mak saya seorang yang agak superstitious. Katanya bergambar dalam bilangan yang ganjil akan membuatkan salah seorang di dalam gambar itu akan mati dulu. Err, saya no komen. Ikut nasihat ibu bapa tanpa banyak bertanya sudah! Dulu ada 8 ahli, sekarang sudah 7, so sampai bila² saya tidak akan ada gambar family yang lengkap dalam 1 frame yer kawan²… Dan pada masa raya inilah saya akan dapat mengambil gambar abah saya, lebih² lagi gambar berdua bersama awek dia. Hahaha…

Amacam? Cun tak? Sorang macam hero Tamil, sorang lagi cam amoi kannn! Ehhh, betul apa.. Mak kata dia suka abah sebab abah ada misai cam hero Tamil. Abah suka mak sebab dia kata mata sepet cam amoi. Whattta perfect couple. Phewwwiiittttt!!!! Oklah, nanti Pojie sambung melalut lagi yer… Nak sambung buat keje dulu weii.. Almost 2 minggu cuti, kerja pun berlambak.

Adiossss!

P/S: Ntah bila la aku nak tengok pic family aku sekeluarga dalam 1 frame besor² kat hall rumah cam orang² kaya dalam TV tuh ek???

Love,

9 Respons to “Raya.. Apa yang best? [Edisi LAMPI]”

  1. Hazzy Ishak September 21, 2010 pada 2:41 am #

    misai lebat macam abah hazzy lah.adik beradik kothehe

  2. cik helena September 21, 2010 pada 3:06 am #

    cantik mama pojie 🙂

  3. Ieda Al-Habsyi September 21, 2010 pada 3:16 am #

    loving couple tu poojie 🙂

  4. kak ina kl September 21, 2010 pada 3:44 am #

    salam dan selamat hari raya pojie..memang cun dan handsome ibubapa kamu..agaknya muka kamu ikut sape ek

  5. Hezesuze September 21, 2010 pada 5:38 am #

    eh eh pojie ikut muka emak ler…sweet jek…huhu

  6. J.M.R September 21, 2010 pada 1:38 pm #

    takde la lampi sgt..hahahha

  7. yuyu September 21, 2010 pada 1:47 pm #

    haha..mak yuyu pon ckp klaw amek gambar ganjil,org tgh2 akan mati dulu…kah3..rase nak cari jer sape yg mule2 istiharkan pantang larang tuh..hehe

  8. x-po September 21, 2010 pada 2:16 pm #

    raya adalah hari untuk tido heheMalu Ke Untuk Mengunci Motor Depan Orang Ramai?

  9. BLOG PUTERA YUSOFF September 24, 2010 pada 12:24 pm #

    muka mak sejibik mcm muka abg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: