MAGIKA sangat SUPERB!!!

29 Sep
Salam,

Berakhir juga penantian Pojie untuk menonton Magika semenjak hujung tahun lepas, kini dah pun menyaksikannya. Apa yang boleh Pojie katakan SUPERB! Filem muzikal pertama di Malaysia dan ia sangat membanggakan. Ia dibintangi oleh ramai pelakon² hebat Malaysia. Melalui laman FB Magika, berita mengatakan Magika tetap membanggakan kerana ia mampu mendapatkan kutipan 1.3 juta selepas 4 hari ditayangkan, dan diarahkan oleh seorang pengarah muda yang berbakat. Terharu sangat² ada filem Melayu yang hebat macam nih. Sesungguhnya adik beradik KRU ini sangat hebat. Tahniah Edry Abdul Halim dan KRU.

Antara penguat jalan cerita filem ini adalah lagu² soundtrack dia. Jojo Bdina pun setuju kerana ia tidak ditangkap muat, sebaliknya setiap bait² lagu itu menunjukkan kekuatan setiap karekter. Malah hampir 50% dialog adalah melalui lagu. Ada lagu nasihat, lagu lawak, lagu jiwang. Kira complete set la. Antara lagu yang Pojie minat dengar berulang² kali adalah lagu Asal Menjadi Cantik, nyanyian Ning Baizura yang membawakan watak sebagai Puteri Gunung Ledang yang mengalami krisis lanjut usia. Hahaha, tapi tetap vogue dengan rambut era victoria dan suara soprano. Kelakar la… Lagu Rahsia Awet Muda (Ziana Zain | Nenek Kebayan) pun best juga. Dengan gaya gedik auuww auwww auwww dia tuh. Lawaklah…

Pojie boleh bagi 4 bintang untuk filem ini. Kemana hilang 1 lagi bintang? Oklah, setengah bintang sebab perjalanan cerita tidak smooth demi untuk menonjolkan pelakon² mereka. Jadi dari 1 kemunculan 1 watak kepada watak seterusnya agak pelik dan tidak licin, seperti ada kekurangan. Setengah bintang lagi sebab ada beberapa watak sampingan yang rasanya tak perlu diwujudkan macam Mahsuri dan Awang. Marsha pula 1 line pun takde berbunyi, pose cantik² jer. Beberapa watak yang tidak dikembangkan lagi untuk menambah perisa di dalam cerita ni macam watak Orang Minyak (Nabil), dia sangat menjual minyak sama awek. Gatal gila! Haha. Adibah Noor yang berbakat pun cuma muncul 1 babak dalam beberapa saat saja. Sangat mengecewakan. Nasib baik Maya Karin sangat cantik dalam filem ini bak kata Jantan Keparat.

Kesan CGI pula tak perlu disangkal lagi, memang kelebihan mereka dan ia menjadi. Suka tengok Ogy ala² hologram gitu. Lokasi pula sangat mengujakan. Tertanya² di manakah dunia Magika nih, cantiknya… Apa² pun, buat yang belum tengok lagi, Pojie sarankan anda tengok. Memang tak rugi. Tapi tolong³ jangan bandingkan filem ini dengan filem² Hollywood macam Alice in Wonderland contohnya, sangat tak sesuai perbandingan itu ok. Edry sudah berjaya memecahkan kepompong perfileman Malaysia dan meletakkan bench mark yang tersendiri di persada filem tempatan. Tahniah diucapkan. Rasa macam nak tengok lagi la. Lebih² lagi dah download lagu² dia, best sangat, hari² dengar…

Love,

13 Respons to “MAGIKA sangat SUPERB!!!”

  1. Qarl September 29, 2010 pada 5:53 am #

    mlm td Qarl g tgk dgn family lagihahabest3x

  2. Hazzy Ishak September 29, 2010 pada 6:03 am #

    belum tgk lgi ni. jelesnye

  3. Hezesuze September 29, 2010 pada 6:22 am #

    nak kene pergi tgok nie..huhu

  4. intanurulfateha September 29, 2010 pada 6:38 am #

    nak tgk sgt sbb hairi ckp best gile!

  5. momguess September 29, 2010 pada 6:52 am #

    kalau superbnak g tgk lah

  6. mama tisya September 29, 2010 pada 7:09 am #

    wah pantas kamu dh tgk ye…rmi yg kata best..nk tgk jugak la nanti

  7. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) September 29, 2010 pada 9:45 am #

    x tgk lg la pojie…sob sob sob…nk tgk la pas ni…

  8. miss lolly a.k.a luvfareda September 29, 2010 pada 9:54 am #

    pojie, ajaklah l0lly. nak g gakkkkkk🙂

  9. Fimie Fansite September 29, 2010 pada 10:00 am #

    Hye, terima kasih atas review filem Magika ini. Memang rugi sape yg xtgk.. Jangan lupa join Fansite Fimie k,Fimie Fansite

  10. yuyu September 29, 2010 pada 10:20 am #

    nak tengokkkkkkkkkkkkk!

  11. ecah September 29, 2010 pada 12:59 pm #

    sokong!!me dah tgk..sgt2 seronok okeh..babak senario mmg mnjd betul ar..x kering gusi nengok..

  12. J.M.R September 29, 2010 pada 2:57 pm #

    terbaek kan..aku pon suka sgt ngn garapan KRU nih..tahniah!

  13. beLalanG Oktober 3, 2010 pada 2:42 pm #

    bru tgk with my sisters.. oklah … hehee…sian kan kt pelakon2 yg just interframe tp xde dialog… buat perabih boraih jah😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: