Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL

8 Oct
Wahhhh, Kak Ina and The Baruts??! Band baru ker uols? Meletop tak? Oiii Kiah, Tipah, kau jangan main², ketua dia seorang ibu tapi masih mantooop tau! Bukan mantooop melalak, tapi mantoooop berblogging. La nih nak bagi hadiah pula. Wow, kelas kau Marlia Kak Ina oi! Mencurah² lagi la rezeki akak and The Baruts geng hendaknya. Eh, lupa masuk² tak beri salam.

Salam semua….

Nih bukan apa, saja gedik² nak join contest Kak Ina KL [KLIK]. Dia kan bloggernita, yang dijangka sebaris dengan bloggernita RedMummy dan Hanis Zalikha tak lama lagi. Kaoo mampoo? Akak tak mampoo deknon, lebih² lagi pengunjung blog beliau sudah mencecah 400,000 orang. Kak Ina dengan geng² tali barutnya (yang kini saya gelarkan Kak Ina and The Baruts) sangat gigih ok. Sampai Pojie nak join the geng pun tershampak ke geng tali lain –TALIBAN! Hahaha!!!

Hah, melerts tak tagline dia? Kira kalau orang luar Kolumpo (KL) datang KL tak ingat Kak Ina, tak sembah ratu, harus trafik korang menjunam selama seminggu. Gittew! Tapi since Pojie kira dalam KL nih, hari² ingat kat dia sama jer trafik nan ado, apa cer? Sentap tau! Takpela, usah dikenang kisah sedih seorang blogger bernama PojiePooh nih. Huhu. Tapi kan mesti korang tertanya² apa la yang best sangat pasal blog Kak Ina ni yang “Tertunailah Hasrat di Hati” nih? Tah hasrat apa yang tertunai tuh tidak pulak dikongsi bersama. Hasrat nak bagi Pojie menang kannn? Sayang Kak Ina, mmuahhh! Dan² la ko Pojie!

Okla, actually blog pemilik seorang wanita tabah ini yang akan menyambut ulangtahun ke-2 blognya November ini, banyak berkisar tentang kehidupan beliau sebagai seorang isteri dan ibu. Kelebihan yang dilihat seperti masakan. Beliau sangatlah suka berkongsi resepi masakan yang sedap² macam Kak Nor, yang bisa buat Pojie meleleh air liur kelaparan, lebih² lagi di kala bulan puasa yang lalu. Siap pernah sekali beliau hadir di sebuah event dengan membawa kuih yang sedap. Tetapi, yang peliknya, dengan kebijaksanaan beliau masak memasak nih, tidak pula Pojie dengar beliau membuat open house untuk menunjukkan skill serta kehebatan beliau. Wahhh! Bila lagi kak? Takpe² kita tunggu Raya Haji, kalau tak sempat juga, tunngu Deepavali jelah ek ;p

Selain itu juga, beliau juga merupakan anak emas Nuffnang. Yelah, earning beliau beribu kot dengan company tuh. Ko gila tak sayang orang² hebat seperti Kak Ina ni, yang sering menjayakan iklan dan event² yang diadakan, walaupun bergelar seorang isteri dan ibu. So far Pojie pernah jumpa Kak Ina 3x jer kot memandangkan Pojie bukanlah seorang blogger gigih seperti beliau dan tali barutnya. Hehehe. Okla, cukup la carutan saya terhadap ketua kumpulan Kak Ina and The Baruts nih. Lebih² kang tak menang plak aku. Hahah, usah berharap yer Pojie, entri orang lain tu diaaa lagi grand dari kamu. Takpe², saya hanya nak support kawan² dan memeriahkan majlis walaupun POjie agak keliru di sini. Dia minta pic open house aidilfitri tapi minta story pasal blog dia plak, saya pening la kak. Help! Help!!! Apa² pun bagi memenuhi syarat, jom layan pic jejaka² pujaan Malaya berbaju Melayu di rumah terbuka seorang teman Facebook pada 25 Septermber yang lalu di Putrajaya.

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.

P/S: Tengah belek² pic raya ada tak bergambar dengan family dengan gaya yang paling cool, sebab nak join contest BeanMoreno pulak. Jom join!

Love,

9 Respons to “Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL”

  1. Pensel Kontot Oktober 8, 2010 pada 1:26 am #

    wah contest kah?adiah dia pun meriah…

  2. apezs shah Oktober 8, 2010 pada 2:28 am #

    hehe… thank you Pojie.. Tiba² terlihat pix dirumah saya,…:)

  3. kak ina kl Oktober 8, 2010 pada 2:29 am #

    aduhai pojie oiiiii..tergolak akak bila baca apa yang kamu tulis ni..kelakar siot…open house ..mana akak larat nak masak dik oiiiii..nanti akak buat majlis perkawinan anak akak ..akak jemput yer semua geng blogger..insyallah…tang tajuk tu kena tukarlah dik..nanti juri kata tak ikut syarat..http://www.kakinakl.com/2010/09/contest-gambar-kenangan-open-house.htmllepas dah tukar bagitau balik yer..tq..muahhhhh

  4. Sumijelly Oktober 8, 2010 pada 2:30 am #

    wah..kelas gituw entry mu……heheheSumijelly.com

  5. Hezesuze Oktober 8, 2010 pada 3:01 am #

    wah pojie pun gegeh join contest ye…gud luck!!

  6. Matjoe Oktober 8, 2010 pada 7:27 am #

    adoi, abis peluang aku nk menang

  7. d_tieah Oktober 8, 2010 pada 8:53 am #

    Gd luck..

  8. aktechpage.com Oktober 8, 2010 pada 5:10 pm #

    Blogger Wanita semakin mantap sekarang di Malaysia ni.Masih lagi belum terlambat utk mengucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kpd tuan punya blog🙂

  9. eyriqazz Oktober 10, 2010 pada 9:24 am #

    meriah nampak..dushh2..majuk3..pojiee tak join my raya moments contest..hik3..ada masa joini la ye..the more,the merrier..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: