Dilema mencari seorang ISTERI

15 Oct
Salam,

Tatkala menulis entry ini, aku merasakan getaran yang sangat kuat, kemudian mengendur, kembali kuat dan kemudian mengendur lagi dan begitulah sehingga kini. Entry yang agak peribadi buat seorang Pojiepooh. Entry gembira untuk ramai kawan² dan pembaca, tetapi tidak semuanya gembira pada diri ini. Rasa sayu, gembira, panas, sejuk, sedih, suka semua ada dalam satu rasa. Bercampur baur tanpa dipaksa². Tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara, tapi tetapku cuba. Maaf andai tulisan kali ini berbaur serius dan tidak tersusun. Kerana meluahkannya terus dari hati, tidak bisa berbicara dengan teliti. Berbicara mengenai cinta, antara yang hak dan batil, jiwa dan naluri, kasih dan tanggungjawab. Sesungguhnya cinta sangatlah rumit


Tau tak dalam hati nih tengah berbunga² teringat kat seorang gadis yang sikit² membuka hati ini untuk kembali menyintai seorang insan, seorang wanita. Kali ini aku agak berhati², sebab aku sangat takut dikecewakan lagi dengan insan bergelar wanita ni. Yang ini pula so far macam ok, macam tak ok. Try la hint² sama si dia yang aku gelarkan Miss Q, tetapi jawapan dia agak mengelirukan. Sedikit kecewa bukan kerana setiap permintaan ditolak, tetapi diberikan jawapan yang kabur. Agak kurang jelas di situ menyebabkan hatiku berbolak-balik. Mungkin si dia terlalu memikirkan status usia kami berdua. Ya saya akui dia wanita pertama yang saya cintai berusia lebih sikit dari saya, tetapi pada saya itu bukan masalahnya. Andai dia juga merasai perasaan ini, kelak ku lamar sebagai permaisuri hatiku.


So far mak abah dah bagi greenlight, cuma nak suruh aku drive to the next level. Kalau dapat greenlight dari si dia, mak abah terus nak merisik dan masuk meminang. Malah akan terus menetapkan hari berbahagia kami kurang dari masa setahun. Yela tak nak lama² katanya, bahaya! Mak dah terlalu beriya² inginkan menantu, begitu juga dengan diriku. Walaupun jika ku ukur tahap keinginan mak melebihi 30% dari tahap keinginanku. Kadang² terfikir di benak akalku, “Siapa yang nak kahwin sebenarnya nih?“, walaupun aku tahu jawapan dia tentulah aku, tetapi mak sangat teruja, abah pun lebih kurang sama. Mungkin kerana saudara mara yang memiliki anak sebaya aku sudah pun melangkah ke jinjang pelamin, ada yang sudah beranak pinak, sedangkan anak bujangnya 26 tahun masih belum bertemu cinta. Anak yang sulung pula. Nak harapkan yang lain² bilalah impian akan menjelma.


Aku bersyukur pada Allah kerana masih ada secebis perasaan cinta ini walaupun dalam masa yang sama aku sedang berperang dengan perasaan dan keinginan dalam diri yang tiada berpenghujungnya. Aku tahu, perasaan itu masih menebal dalam diri ini, tetapi aku berjanji andai aku dapatkannya, akan ku tinggalkan segala²nya, akan ku jaga dia sepenuh hati. Cuma aku terlalu takut dengan masa depan andai aku bersama dia. Andai tidak bisa ku tinggalkan ia dari dalam diriku. Aku takut kelak mengecewakan hati seorang wanita yang berhak disentuh oleh lelaki yang lebih baik dari aku. Dan dalam masa yang sama, mengecewakan hati ini buat kesekian kalinya…


Sebenarnya terlalu banyak yang membebani fikiran ini bila masuk hal² berumah tangga. Banyak yang aku perlu fikirkan. Fikirkan tentang hutang², kewangan, further study. Belum masuk lagi tanggungjawab sejak azali lagi, tanggungjawab dengan mak abah, nak bahagiakan mereka, senangkan hidup mereka, hantar mereka menunaikan haji, nak tengok adik² berjaya masuk universiti dan tamat pengajian, barulah boleh aku fikirkan pasal diri aku. Sebab sehingga kini aku rasakan aku belum berpeluang membalas jasa² mak abah. Tak nak ditambah lagi tanggungjawab nak jaga isteri, anak² pula lepas tuh, ibu bapanya tanggungjawab kita juga. Pojie rasa Pojie tak mampu, Pojie belum bersedia. Lebih² lagi apabila memikirkan “kecacatan” pada diri ini, kelak mengecewakan si dia, dan seterusnya diri ini. Pojie tak mahu mahligai cinta yang dibina, ranap kemudian hari. Cukuplah pengalaman teman² dan berita kini buat Pojie kecut perut mencari isteri. Pojie lebih rela hidup berseorang diri dari kecewa dikemudian hari.


Mak mungkin kurang mengerti akan hal ini. Betapa peritnya menjadi anak sulung, tanggungjawab terpikul di bahu, berat untuk dikendong. Orang dulu mungkin lebih senang, tiada banyak soal bicara. Hantaran juga sedikit cuma, tidak seperti kini. Ya, anak orang lain hidupnya tidak serumit anakmu. Along tau, mak kecewa anak mak tak nampak bayang² nak naik pelamin pun kan. Mak tentu risau andai tidak berkesempatan menerima menantu dan menimang cucu kan. Along tak nak mak berkecil hati, cuma doakan yang terbaik buat diri ini. Along tak bisa menggembirakan mak dengan jalan ini, kerana risau mengecewakan hati yang lain kemudian hari. InsyAllah, semua rezeki sudah ditentukan Illahi, mak doalah agar dipercepatkan rezeki itu. Along pun dalam hati melonjak ingin membelai seorang isteri, seorang teman untuk mak juga dan andai sudah bersedia akan ku jerit, “Alah emaik kahwinkan aku“. Tapi apakan daya, terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Terlalu berat tanggungjawab yang dipikul kini. Kawan² pun doakan ok.


Alangkah eloknya dapat menyanyikan lagu ini bersama² Miss Q andai impian jadi kenyataan. Sweet kan. Lirik dia macam kena jer dengan kami. Kisah suami isteri yang busy dengan tugasan masing² tetapi at the same time cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk bersama tanpa sebarang sengketa. Huhuhu…


Love,

17 Respons to “Dilema mencari seorang ISTERI”

  1. Hazzy Ishak Oktober 15, 2010 pada 1:29 am #

    sayu baca enty pojie ni, straight from your heart. kadang2 kita tak tahu dengan siapa kita dijodohkan, ah mungkin juga org yang kita tak sangka jadi pasangan kita juga akhirnya.hazzy doakan yang terbaik buat pojie dan pada sesiapa pun jua pasangan pojie nanti

  2. Pensel Kontot Oktober 15, 2010 pada 1:38 am #

    huhuhu sweetnyewpojie kite sebaya arr…aku pun nk kawen gak tp xtahu bile…yang penting aku kena dahulukan akak aku..if dia xkawen…makna kata aku pn same la xkawen…aku xsanggup nk langkah bendul….

  3. ☺[ai][sUmi]☺Chan Oktober 15, 2010 pada 2:10 am #

    i can feel it pojie🙂 terus masuk ke hati.. sabar jelah.. ade jodoh t ade la nanti.. yang sulung memang tertekan sikit.. sumi pun sulung now dah jadi ank tunggal.. lagi la fening..

  4. Cheq Tun Oktober 15, 2010 pada 2:28 am #

    kalau perempuan pulak..dilema mencari suami.lelaki ni macam kelapa..lg tua lag bgus lgi byk santan..klu perempuan ..lg tua lg mcm jeruk kecut..

  5. Anonymous Oktober 15, 2010 pada 2:40 am #

    its time for you to move on

  6. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) Oktober 15, 2010 pada 3:08 am #

    sangat sayu pojie..besa la umur meningkat so sume mnda cm ni akan muncul tetibe kan..pikir mas depan sume..neway as a fren sy tetap sokong u wat eva u do..doa kan yg terbaik utuk kmu..

  7. Natasha Oktober 15, 2010 pada 4:09 am #

    first entry dari pojie yang berjaya…………………………………………………………………. argh i guess i won comment here..let me call u better!!

  8. syaf Oktober 15, 2010 pada 4:25 am #

    O My Dear, so sweet…tersentuh diri ini tatkala membaca entry ini…sungguh ikhlas dan banyk persoalan & dugaan…apa2 pown, pilih lah jalan yg ko rasa terbaik, pilihlah waktu yang kaw rasa tepat, dan pastikan waktu itu kaw mampu menjalankan tangungjawab ko dengan sempurna dan menjauhkan kekeliruan jiwa itu dengan jauh nya. aku doakan yg terbaik untuk ko,,,susah kan bila jadik anak sulong, nak membahagiakan banyka pihak….kadang2 nk bahagiakan diri, orang lain tak bahagia, nk membahgiakan orang lain, diri sendiri derita…semoga diredhaiNya

  9. yuyu Oktober 15, 2010 pada 4:43 am #

    pojie,kalau ade jodoh tak kemana..doa mohon DIA permudahkan yang terbaik utk pojie okeh…:)26 muda lagi la bg llaki..jgn risau..

  10. BLOG PUTERA YUSOFF Oktober 15, 2010 pada 5:11 am #

    persoalan jodoh ni bukan satu perkara boleh main2… jai doakan abg… bahagia

  11. lyn sery Oktober 15, 2010 pada 6:05 am #

    pojie..serahkan pada Tuhanmintak petunjuk dr ALLAH..Dia lebih mengetahui~*excited nk tggu pojie kawen.hohley!

  12. momguess Oktober 16, 2010 pada 3:00 am #

    dear,dulu waktu akk bertunang mmg memasang impian untuk berkahwintapi bila putus tunang betapa hancur nya hati iniakk doa kan yg terbaik untuk ko

  13. Mr.Ix Oktober 16, 2010 pada 3:38 am #

    moga2 mendapat jodoh yang berkekalan ke akhir hayat..amin

  14. miss lolly a.k.a luvfareda Oktober 16, 2010 pada 8:35 am #

    mgkin j0d0h kite tu dpn mata kite je kan.semua itu rahsia Allah🙂

  15. Encik Psychopath Oktober 17, 2010 pada 5:00 am #

    awal lg kot.

  16. nurayunni Oktober 17, 2010 pada 3:26 pm #

    ade jdoh xkemana…yang penting hati ikhlas….setia paling utama..

  17. iva saionji Oktober 21, 2010 pada 1:49 am #

    helo dear..baru dapat baca entry u yang ni…erm…pojie..iva dah penah lalui ape yg pojie rasa tuh…bezanya pojie still got father..iva sendiri membantu my mom…banyak yang iva impikan tak dapat nak capai sebab nak utamakan keluarga…kawen ngan kanda pon memang dah tertulis jodoh kami…tak siapa sangka….dah kawen pon banyak delima dalam memikirkan keluarga…skrg lagilah…mak dah ade dua…dua² kena jaga……sabar yea sayang….mohon yang terbaik dariNya..InsyaAllah….Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: