Inginku ber-TAEKWONDO semula…

18 Oct

Salam,

Puasa dah lepas, raya dah lepas, potongan badan yang ramping yang telah ku capai kini hancur dalam sekelip mata. Selama dekat 4 bulan sebelum ini aku mengikat perut, menjamah nasi seminggu sekali, berjogging dan berenang 2 kali seminggu tetapi dengan kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu telah membuatkan aku terlalu malas untuk beraktiviti fizikal malah banyak pula makan itu ini. Hasilnya, badanku membulat seperti sediakala dengan kehadiran beberapa “spare-tyre” di sana sini.
Argghhhh, tak leh blah siot apabila menyaksikan seorang budak bulat berbogel di hadapan cermin besarnya di setiap pagi. Rasa cam nak bagi penyepak jer. Nak bagi flying kick pun ada jugak! Ohhh,bercakap pasal flying kcik segala, telah timbul idea di dalam benak fikiran ni untuk kembali mengaktifkan diri dalam sukan taekwondo yang telah Pojie sertai seawal Pojie di bangku sekolah lagi sehinggalah kini memiliki talipinggang hitam. Itu dulu ok, badan slim, mantap, boleh buat split 180 darjah, break papan dengan tangan dan kali, tapi kini kalau ada orang rompak aku pun, aku hanya mampu menyerah diri dan jerit jika berani. Huhu. Tapi itulah antara memori yang aku ada. Aku ingin mengembalikan bentuk badan aku seperti dulu dan dalam masa yang sama aku mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri. Andai diperlukan, aku bisa membantu.

Hari tu puas juga la cari sana sini kat area PJ/ Subang/ Shah Alam, akhirnya ketemu. Insyallah aku akan join group teakwondo di UiTM Shah Alam. Katanya dibuka kepada public dan kebetulan pula seorang teman adalah pengajar di sana. Kira ada kawan la juga lepas ni. Taklah malu sangat kan. Akan join pada next sem, tak tahu lah bila next sem tuh. Huhu. Takpela, bagi kesempatan untuk Pojie pulang ke kampung dulu, mengorek almari pakaian Pojie kot² masih ada uniform dan talipinggang, jadi tak payah la berhabis duit beli uniform lagi. Lepas tuh nak kena cari balik sijil pentauliahan terakhir. Kalau takde tuh mati aku kena start dari putih balik. Tak larat woo, lama gila. Tapi apa² pun kena la juga belajar dari 0 semula sebab memang dah lupa. Haha.
Ada yang bertanya kenapa memilih suka taekwondo dan bukan sukan lain. Erm, entah. Maybe sebab Pojie tak berapa meminati sukan bolasepak kot. Jadi tak boleh la join member² gi main bola kat padang atau futsal kat mana² port. Tennis dan badminton Pojie minat juga, cuma Pojie merasakan dengan sukan taekwondo nih Pojie dapat 2 dalam 1; sihat dan ilmu. Tak sabar rasanya nak memulakan pemelajaran. Gian rasanya nak melepaskan geram dengan menumbuk puching bag. Yelah, nak tumbuk orang boleh jadi gaduh, cedera silap² mati, tumbuk punching bag habis² kuat terburai jer isi perut dia tuh. Haha.

So, harapnnya agar bisa mendapatkan semula ptongan baan yang menarik selepas ini selain memiliki stamina yang tiptop. Mahu swimming balik n jog. Ohhh, i love swimming too. Selain boleh toning, boleh juga cuci mata. Hahaha… Jadi, lepas nih siapa rasa nak kena flying kick dari Pojie, silalah cari pasal yerr

Hiyarrkkhhhh!!!
Love,

6 Respons to “Inginku ber-TAEKWONDO semula…”

  1. ☺[ai][sUmi]☺Chan Oktober 18, 2010 pada 6:06 am #

    hehee.. sama la dgn sumi.. before puasa ritu bukan main diet lagi.. skrg nih dah mengembang kembali..

  2. lizz Oktober 18, 2010 pada 12:49 pm #

    sad!!!!aku tak reti swim n takut yek pun yek gak.hahahaha!!!taekwando lak rase cam ganas nyer..takmo nanti aku nanges sakit2 badan.hahahaha.sebab tu badan bulat camni.tengssss…..

  3. kak ina kl Oktober 18, 2010 pada 3:55 pm #

    elok gak pojie masuk ni..mantap sikit otot tu.pasal jodoh tu..serahkan kepadanya tapi Poojie kena gak berusaha ke arah kebaikan.nanti kamu tolong edit tang sponsor tu..darkbatman nak sponsorlah pulak

  4. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) Oktober 19, 2010 pada 1:19 am #

    pojie sila la kembali kn potongan yg dulu yee..aktifkan diri anda dengan tekwando!!!

  5. dD Fabulous | sitekateki Oktober 20, 2010 pada 12:02 pm #

    wahhh…charlies angle sangat…

  6. iva saionji Oktober 21, 2010 pada 1:38 am #

    iva pon nak refresh balik ilmu silat yg dah belajar sampai bengkak-bengkak satu badan..hehehe…tapi kanda kata takpelah kandakan ade,….ceh…hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: