Kisah CD Cetak Rompak dan RM400…

20 Oct

Salam,

Agak terkejut juga Pojie apabila seorang teman menyatakan bahawa sesiapa didapati menyimpan CD cetak rompak (atau pirated CD dalam bahasa Inggerisnya) akan dikenakan denda sebanyak RM400/CD. Whattaafishhh!!! I heard about this thing before and thought a friend of mine just making some joke with me, till I heard it again today. Yes today yer kawan² baru Pojie tahu selepas dikatakan telah seminggu perkara ini dikuatkuasakan. Pojie try google sana sini maka menemui ini dan ini. Ala, cakap² mulut, tak cukup kukuh, tak sukalah nanti menyebarkan info yang tak tepat pula. Cuba la untuk mendapatkan maklumat yang lebih kukuh dan jitu seperti berita atau sebarang ucapan dari mana² kementerian pasal ni, nan ado. Kat sini pun takde uols! So, kalau sesiapa yang ada tuh mohon share yer. 
Pojie sangat tidak berpuas hati di pasal nih bukanlah sebab Pojie menyimpan CD cetak rompak (walaupun ada tak banyak, tetapi semua yang oversea punya, tak nak mengayakan orang kapir kan), tetapi sebab perlaksanaan itu sangatlah mengarut. Kenapa tidak dibanteras kegiatan cetak rompak nih sampai ke akar umbi? Kalau tak dijual takkanlah ada pembeli kan! Kenapa nak tahan orang semata² nak cek ada CD cetak rompak ker tidak lepas tuh denda RM400 per CD. Yer, per CD yer kawan². Ko tak terabur bijik kalau dalam kete ada 1 CD case. Dan setiap CD case ada 20 keping CD, siapa nak membayor RM8000 tuh? Bayor kete aku leh lepas 8 bulan tau! Denda langgar lampu isyarat RM300 baru, itu yang membahayakan nyawa, yang CD nih leh buat orang mampos ker? Ker sebab kerajaan/ polis dah takde duit lagi sampai buat mende² mengarut macam nih?
Hello, buka mata sikit. Kalau nak denda sebab CD haram, baik denda sekali sebab download lagu² secara haram. Kata orang make sense la juga. Yelah, kalau orang tak beli CD pun dia leh download, letak dalam pendrive, main kat modulator. Ada pula yang beli original dan rip di CD yang kosong sebab takut yang original hilang, atau senang bawa ke sana sini dan tak mudah rosak. Sama jer. Yang penting ia perlu dibanteras dari akar umbi. Pendek akal sangat. Nampak sangat yang menguatkuasakan mende² mengarut nih nak menangguk di air keruh. Kannn!
 

Fikir-fikirkan…


Info terbaru:
22 Oktober 2010 – Katanya cadangan untuk mendenda pembeli CD cetak rompak belum diputuskan lagi. Terima kasih buat Jumie atas informasi tersebut🙂


Love,
 

11 Respons to “Kisah CD Cetak Rompak dan RM400…”

  1. Hazzy Ishak Oktober 20, 2010 pada 3:05 am #

    pasni tak payah kuarkan segala macam CD, kalau nak dengar buka radio je…selamat gitu kan.very bad option huh?lalala

  2. Hezesuze Oktober 20, 2010 pada 3:26 am #

    kalo camtu suh jek kerajaan turunkan erge CD RM10 jek kan uols hehe

  3. merah_s Oktober 20, 2010 pada 3:39 am #

    berapa ramailah rakyat malaysia kan didenda kerana memiliki cd cetak rompak, termasuk aku heheheh! Dah tak cukup modal untuk kempen PR13 kut? hohoo…

  4. syaf Oktober 20, 2010 pada 3:46 am #

    dulu rajn gak beli centak rompak sebab x berduit kn beli mahal…skung ni copy and paste dri member2 lagi senang, tuh pown cetak rompak ke??? nk buat cam ne, teknology dah cangih…buat macam mane pown tetap ade

  5. Jumie Samsudin Oktober 20, 2010 pada 4:24 am #

    melepsss noks……..tak mau mengayakan orang barat kan? betui sangat…..

  6. blakepaghe Oktober 20, 2010 pada 4:36 am #

    kalu pakcik kena tangkap kantoi cd pirate dalam kereta…time tu jugak pakcik isytihar muflis dan telanjang bulat jalan kaki sbab smua kena gadai bayar saman.

  7. Puan aiNa Rahman Oktober 20, 2010 pada 5:37 am #

    a'aa..banyak lagi cara kerajaan bole buat selain denda sbb cd haram neh. kalo x beli cd haram pun, still bole donlod..kannn. x terpikir ke depa? ape daaaa.

  8. Affan Ruslan Oktober 20, 2010 pada 8:14 am #

    Nak banteras, perlu dari akar umbi.Aku pun tak pernah beli album lagu lagi rasanya. Tapi pernah beli album zikir Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis je. Lain2, dgr youtube atau download, rasa tak berbaloi beli kalau minat 1 3 lagu je.*Tapi bila dah macam ni, kesian jugak kat artis2. macam tabur pasir di periuk nasi diorg pulak

  9. beLalanG Oktober 20, 2010 pada 5:57 pm #

    bia betik!!!!

  10. epulafea Oktober 20, 2010 pada 6:24 pm #

    owh hai. saya iskandar mat kulop.saya tak suka hasil kerja asli saya diplagiat. oke fine saya tak kreatif tapi takkan tak boleh beri kredit kepada hasil kerja saya?saya harap ada pihak yang akan lindungi hasil kerja saya. harap pihak itu mengenakan hukuman setimpal terhadap pencuri-pencuri ini. contohnya siapa yang didapati mencuri hasil kerja saya patut dipaksa menelan julap.tapi itulah, kadang-kadang tak sampai hati. kadang-kadang oke fine cuma pesan jangan buat lagi atau jika buat juga denda ketuk-ketampi harap diingati.cuma berharap mereka sedar bahawa tak baik mencuri.sedar tak itu mencuri? ahh patut makan julap.marilah sama-sama berfikir. jauhilah julap.

  11. suraya hanis Oktober 26, 2010 pada 6:07 pm #

    jgn caya sgt la benda ni..aku lek je lepak kat area kl..kat kedai mkn lagi ramai je yg jua cd cetak rompak…bsepah jer..dkt lg ngn balai polis…kalo kene pun polis ke kastam ke jgn tipula kalo dorg tak amik separuh tuk tgk kat rumah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: