Yeah, I’m going to AUSTRALIA!!!

26 Oct

Ehhh, maaf ada kesilapan teknikal di situ. Mungkin juga salah penggunaan grammar pada tajuk entri kali ini. oklah ini yang betul… Yeah, I want to go to AUSTRALIA, again??? Eh, betul la kan…

Salam semua,

Apa la pagi² Pojie dah berangan kan. Berangan tak salah kawan² jika diikuti dengan usaha untuk mencapai angan² tuh. Jangan berangan² tapi duk tang situ juga, tak bergerak, malas, maka jadilah Mat Jenin. Hujung² mati berangan. Haha. Okla, kali ini Pojie cuma nak berkongsi dengan kawan² tentang pengalaman Pojie berada di bumi Australia dulu. Eh, bukan baru² ni, lama dah tahun 2006. Masa Pojie belajar kat UMT (formerly known as KUSTEM). Masa tuh Pojie final year, gigih berjalan demi menjadi duta kecil kebudayaan yang dihantar dalam projek pertukaran budaya. 
Dah nama pun pertukaran budaya kan, kalau tak menari tak sah la kan. Macam mana lagi kalau nak menunjukkan kebudayaan kita kalau bukan melalui muzik dan tarian. Itu yang paling senang dan praktikal di mana saja, betul tak? Pada awalnya kami dijadualkan membuat persembahan di Sydney Opera House tetapi atas faktor keselamatan, kami hanya dibawa untuk membuat persembahan di Malaysian Hall dan juga beberapa buah universiti termasuklah di universiti yang hampir² Pojie melangkah dulu, News South Wales University (NSWU). Tersangat bangga apabila diri ini menjadi perhatian di sana, bertemu kenalan² dari luar negara, berbicara tentang Malaysia dan budaya²nya.
Tapi part paling best apabila bisa membelai haiwan native Australia iaitu kanggaru dan koala. Ohhhh, sangat comel ok. Kanggaru besar juga, jinak² semuanya yang dekat sana. Kalau dipikul beratlah juga. Pojie sangat geram sama itu koala. Hidupnya hanya untuk makan dan tidur saja. Geram! 

Bermacam² kejadian yang pahit, yang manis, yang masam semua ada masa kat sana. 1 pengalaman yang tidak akan Pojie lupakan sampai bila², lebih² lagi pengalaman tertinggal bas nak ke airport. Hahaha, sangat kelakar masa tuh. Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut silalah baca blog Myspace Pojie dan segala gambar boleh juga dilihat dalam album ini. Tapi apa yang Pojie nak kongsikan di sini bukanlah pasal pengalaman Pojie di negara kanggaru tuh, tetapi impian Pojie untuk ke sana sekali lagi. Wahhh, korang pun boleh juga kalau teringin nak pergi, dengan join contest nih. Pojie pun dah join, wish me luck!

Love,

16 Respons to “Yeah, I’m going to AUSTRALIA!!!”

  1. wénkt Oktober 26, 2010 pada 2:04 am #

    kurusnya

  2. mama tisya Oktober 26, 2010 pada 2:04 am #

    good luck..kurus dlu2 ye..skarng bila lg nk slim mcm dolu2

  3. iva saionji Oktober 26, 2010 pada 2:08 am #

    wah…..bestnya pojie…..peluk koala tu macam peluk pooh x?hehehehe…hope pojie menang…yiaaawww….

  4. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) Oktober 26, 2010 pada 2:50 am #

    haah la terperasan time ni kurus la pojie ek..hop impian pojie nk p ausie ni tercpai la ek..

  5. Hazzy Ishak Oktober 26, 2010 pada 3:31 am #

    lainnya muka pojie

  6. Hezesuze Oktober 26, 2010 pada 4:13 am #

    wah adik akak sgt kurus di kala itu…cute tau…huhu

  7. atty's Oktober 26, 2010 pada 4:58 am #

    salam pojie..merasa gak pojie dpt pergi australia..selim .pojie masa tuh

  8. beLalanG Oktober 26, 2010 pada 6:28 am #

    waaaa.. nk pergi gak!!!! heheh😛

  9. SYAFIQ BAKHARI Oktober 26, 2010 pada 9:23 am #

    nk ikot syg ! ^^

  10. AdiE Oktober 26, 2010 pada 1:04 pm #

    pojie…anada dh kurus..tahniah! ade tips x?~ DanieL AdiE ~

  11. eykameow Oktober 26, 2010 pada 8:36 pm #

    pojie dulu kurus ehh. msti keje kuat kan?? hihi jgn maraa :Pbtw, untung gila dpt jejak kaki kat sana.. *jeless

  12. Pejuang Kesenian Extreme Oktober 27, 2010 pada 8:31 am #

    Teringin gila nak jejak kaki kat Australia..Tak dapat jalan-jalan,jejak pun jadilah..hihi

  13. J.M.R Oktober 27, 2010 pada 1:37 pm #

    wow..pojie terer menari lah!

  14. epulafea Oktober 28, 2010 pada 1:40 am #

    ehh ehh akhirnya dapat tengok zaman ramping encik pojie! *terharu

  15. SyUhAdA Oktober 30, 2010 pada 6:37 am #

    besnye klau dpt gi jgk~

  16. j0j0_bdiN@ Oktober 31, 2010 pada 8:32 am #

    kurus ya amat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: