Berenang untuk kesihatan! Wacha!!!

7 Nov
Salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada hujung minggu yang panas ini. Sepanas 4 orang jejaka kacak yang sudi menghadirkan diri mereka untuk sesi fotografi untuk terbitan majalah kita bulan ini yang mengambil lokasi kolam renang Putrajaya. Perkenalkan 4 orang jejaka penghias majalah pada kali ini; Zuley (21), Bean (21), Ariel (26) dan Pojie (18). Keempat2 sahabat baik yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam di ibu negara ini menjadikan aktiviti renang sebagai aktiviti mingguan mereka demi mendapatkan kesihatan yang sejahtera. Kata mereka lagi, dengan berenang dapat membina kekuatan dan ketahanan otot selain memperbaiki postur dan ketahanan tubuh dan banyak lagilah kebaikan berenang. Sedikit info tentang renang, ia merupakan aktiviti sukan yang tidak panas dan tidak mengeluarkan peluh dan ini diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ia merupakan aktiviti fizikal yang menyeluruh di mana ia melibatkan pergerakan kaki, tangan, kelenturan badan juga pernafasan,malah ia juga sesuai untuk orang2 yang sakit2 sendi kerana ia mengurangkan beban tekanan ke atas sendi2 yang lain. Sememangnya berenang itu best!

Salah seorang daripada mereka, Pojie yang merupakan anak kelahiran Muar, Johor ini menggemari sukan renang ini adalah kerana selain dapat meningkatkan stamina serta tubuh badan yang menarik, aktiviti ini juga dapat menghilangkan stres kerana dapat mencuci mata. Ariel pula berkata, beliau mula mengikuti kelas renang seawal usianya 3 tahun lagi dan kini beliau telah menjadikan pekerjaan sebagai jurulatih renang sebagai pekerjaan sambilan. Jejaka berketurunan Bidayuh dari Sarawak, Bean, mengatakan beliau meminati sukan renang ini setelah beliau hampir2 menjadi juadah hari raya si BujangSenang 10 tahun yang lalu.Zuley pula yang meminati ilmu persuratan berkata, beliau gemarkan kegiatan ini kerana dapat mandi dengan air yang percuma dengan banyaknya… Menarik bukan.  Beliau berpesan kepada teman2 di luar sana andai ada yang masih takut2 untuk belajar berenang, belum bersedia untuk masuk ke dalam kolam renang bolehlah mendapatkan panduan berenang ini dengan percuma.

Hahahaha, cam gampang penulisan kali nih kan. Dah ala2 majalah Mangga dah. Majalah kegemaran budak2 sekolah yang menggeletat nak tau dunia artis (girls terutamanya) dan berahi melihat aksi2 murahan artis Malaysia di dalam air, lagak seerti majalah Playboy! Bukan niat untuk mengutuk majalah picisan itu tetapi sekadar ingin berkongsi tentang aktiviti mingguan Pojie dan teman2 iaitu BERENANG! Siapa tak tahu berenang sila terjun dalam kolam dan pastinya 3 orang perenang hebat UPM ini bisa memberikan tunjuk ajar kepada anda semua. Huhu.Nak suruh Pojie ajar, boleh jer, Pojie ajar teknik menenggelamkan diri. Nak timbulkan diri, pepandailah sendiri yer. Wakakaka…
Kebiasaannya kami akan berenang di kolam renang Putrajaya yang dekat2 dengan Pullman Lakeside Hotel tuh. Tak ingat plak kat presint berapa, tapi yang pasti bayaran untuk masuk sana adalah serendah RM2 sahaja untuk dewasa. Kanak2 pula kurang periksa. Yang pasti kolamnya luas, airnya bersih, tandas dan bilik persalinan terjaga. Kesimpulannya semua baguslah di sini. Yang paling best ialah, ia kolam terbuka dan bercampur lelaki dan perempuan. Korang dapat tangkap apa yang sedang Pojie fikirkan? Yes, cuci mata! Aktiviti yang paling seronok selain berendam di kolam renang ;p

Jadi harapan kami dengan melakukan aktiviti ini setiap minggu dapatlah membentuk badan yang mantap persis model di pentas peragaan. Waachaaa! Sangat perasan!!!
Love,

13 Respons to “Berenang untuk kesihatan! Wacha!!!”

  1. Jey Yusuff November 7, 2010 pada 9:21 am #

    sudahlah berenang tak ajak. baru umur 18 tak bg tau pon

  2. joegrimjow November 7, 2010 pada 9:29 am #

    jangan lupa makan herbalifewahaa

  3. Oong-ong November 7, 2010 pada 10:11 am #

    hahaha…gmbr yg first tu mcm poster filem..kihkih

  4. Judiene November 7, 2010 pada 10:18 am #

    Wahh, happy korang berenang ehhuhuhu

  5. beLalanG November 7, 2010 pada 10:34 am #

    siyes… gmbr fisrt tu mcm gmbr2 artis yg bru nk meletop yg selalu di disiarkan dlm majalah mangga!cayalah pojie!!!

  6. apezs shah November 7, 2010 pada 10:55 am #

    keberenangan sangat uols pojie…;)

  7. hairul November 7, 2010 pada 11:32 am #

    wahhhh…. jadi daniel bego la dia!

  8. Epul Azimi November 7, 2010 pada 12:25 pm #

    mmg suka berennang tapi lama tak berenang,perut dh besar dh ni.hehe

  9. AdiE November 7, 2010 pada 1:49 pm #

    BEST OF LUCK POJIE dlm mendptkn bdn model tu..haha~ DanieL AdiE ~

  10. ~Taniea~ November 7, 2010 pada 4:14 pm #

    18?? oh tidak.. ok fine!

  11. Zuleyy Kazrin Nazarbayev November 8, 2010 pada 1:36 am #

    PENGSANNNN….🙂

  12. YobSumo November 8, 2010 pada 5:20 pm #

    pernah berenang 2-3 kali kat sini. tapi tak pernah pulak swimming malam…..

  13. kak ina kl November 9, 2010 pada 9:17 am #

    amboi seksi semua tu dalam..kamu pun sama..ahakss

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: