IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

16 Nov
Salam buat semua…

Mungkin agak kelewatan untuk Pojie share tentang impian Pojie berkenaan dengan rambut,tetapi masih berharap agar ia masih tetap dinilai untuk tontonan filem yang comel ini, ihsan dari Nuffnang..

Korang tau tak apa yang Pojie selalu impikan andai Pojie Pojie memili rambut yang panjang? Ohh, bukan setakat panjan paras bahu atau pun pinggul tetapi sepanjang 70 kaki macam Rapunzel. Wow, pastinya sukar untuk menjaga kan? Tetapi seandainya  Pojie memiliki rambut Rapunzel itu, pastinya Pojie dapat…

1) Membuat baju;
Seperti yang pernah dilakukan oleh Iona Cioanca dan Lady Gaga, pastinya peminat² fesyen tanah air akan berpusu² untuk mendapatkan koleksi pakaian dari rambut yang lembut berwana keemasan ini. Pastinya Pojie akan membuat koleksi baju panas dan gown. Apabila digayakan ke mana sahaja, pasti ia akan bersinar dan menambat hati setiap mata yang memandang. Tetapi tidak semudah itu kerana ianya akan menjadi koleksi peribadi sehingga mati. Kalau nak beli, lelongan akan dibuka dan duitnya akan disalurkan ke dana² kebajikan. Bagus bukan! Dengan rambut sehebat itu, bukan sahaja dapat berfesyen, malahan juga beramal.

2) Membuat buaian;
Kalau dah rambut panjang sangat, maka bolehlah menyangkutkan rambut itu pada pokok dan membuat buaian dan bsantai², lebih² lagi ketika bercuti di tepi pantai. Wah, nyaman sekali. Boleh la juga nyanyi feeling² Bawang Putih yang untuk mendapatkan putera raja…


Pohon beringin, daunnya rendang,
Akar menjalar jejak ke bumi…

3) Membuat bantal tidur dan selimut;
Oleh sebab rambut yang terlalu panjang pastinya akan menyebabkan ia akan bertaburan ketika tidur. Apa salahnya mempergunakan rambut itu untuk dibuat “bun” dan dijadikan bantal tidur. Ada lebih lagi kan? Buatlah selimut, tutup badan ketika kesejukan di malam hari. Jimat bukan? Selesa pun selesa…


4) Menakut² kan musuh dan penjahat juga senjata;
Ohhh, ini part yang paling best bila memiliki rambut yang panjang mengurai. Apabila merasakan diri terancam, cubalah buat rambut tuh ke depan semua, menutupi keseluruhan wajah dan tubuh sambil mengilai. Pastinya penjahat² itu tak cukup tanah untuk berlari. Selain itu, rambut yang basah boleh dilibas libasan kepada musuh dan pastinya kulit badan akan berasa pedih seperti dilibas rotan. Haha, smart kan!


5) Menjadi tali;
Rambut yang sepanjang 70 kaki bukan saja boleh dijadikan tali untuk turun daripada menara, tetapi juga boleh menarik kapal, memanjat gunung dan mengikat harta benda daripada hilang. Kalau rambut yang dianyam sebagai tali temali pastinya kukuh. Amacam? Cun tak???


So far itu antara kelebihan yang Pojie perolehi if I had Rapunzel’s hair. Tetapi itu hanyalah impian dan kahayalan semata². Sesungguhnya Pojie adalah seorang yang tidak suka membela rambut panjang. Hajat nak buat Korean style pun masih belum berkesempatan. Mana tidaknya, apabila rambut tuh mula panjang sikit melepas telinga, mulut dan kolar, maka bertambah rimaslah Pojie. Rimas dengan keadaan yang serabut, nak jaga pun payah, nak buat kerja pun rasa terganggu. Maka, potong kepada yang lebih pendek adalah penyelesaiannya…

See, walaupun rambut sebelum ini tidaklah sepanjang mana, tapi Pojie sudah mulai rimas. Maka macam biasa akan ke salon kegemaran dan meminta stylist Pojie untuk menatarias rambut Pojie kepada yang lebih pendek dan kemas. So far this is my best hairstyle n ever. Lebih simple dan mudah diuruskan dan dalam masa yang sama membuatkan wajah Pojie lebih runcing dan kurus. Yang pastinya, rambut seperti ini sudah memadai bagi Pojie rasa sangat selesa dan yang pasti Pojie kelihatan lebih comel, muda dan remaja walaupun usia hampir menjengah 30an.
Ok tak?!!
Hanya satu,
 

5 Respons to “IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

  1. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) November 16, 2010 pada 2:55 pm #

    nice rmbut baru…rambut rya aji ek???SALAM AIDIL ADHA pojie~~

  2. Aizul Azlan Azril November 16, 2010 pada 3:27 pm #

    good luck pojie!!!! hopefully i dapat juga. hehe..

  3. Cik Ila November 16, 2010 pada 3:31 pm #

    Hahahha..kalu PoJie ade rambut cmtu,time april fool,cik ila potong! hahahaha

  4. z o u l November 16, 2010 pada 5:24 pm #

    women sgt..hehehe

  5. J.M.R November 16, 2010 pada 8:23 pm #

    rambut raya ka bro!!!gud luck!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: