1st time masuk Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

17 Nov
Salam buat semua..

Mula² sekali pojie nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua teman² pembaca sekalian. Selamat bercuti. Pojie tak dapat pulang ke Johor memandangkan hanya dibenarkan ercuti 1 hari jer, so malas la nak balik. Hope mak n abah mengerti. Jadi sesiapa yang ada buat sambutan, nak bagi daging tuh, jangan lupa ya, Pojie masih di Lembah Klang🙂

Okla, kita teruskan dengan misi utama, iaitu berkongsi pengalaman pertama Pojie memasuki Dewan Filharmonik Petronas untuk menyaksikan persembahan The Magical Show dari Malaysian Philharmonic Orchestra di bawah bimbingan Carl Davis. Pojie bersama teman2 sepejabat mengambil peluang ini memandangkan kami punya projek pun dah 80% selesai. Kira treat untuk kami jugalah.


Di saat kami melangkah masuk, kami sudah mula terpegun dan terpesona dengan keindahan di dalam DFP nih. Yela ini merupakan pengalaman pertama kami. Korang mesti dah berkali2 kan. Jadi bila 1st time tu kira teruja jugalah. Selepas kami mengambil tiket di Box Office, kami di bawa ke Upper Circle di aras 3, di mana kami akan ditempatkan di Rebana Suite yang dikhaskan buat VIP di kalangan pemilik BMW seperti kami sahaja. Hebat bukan!



Bukan itu sahaja, tatkala kami dijemput masuk ke dalam Rebana Suite itu, kami dihidangkan dengan canapes (makanan yang kecil2) dan minuman. Wahhh, kami merasakan ibarat keluarga di raja kerana diberikan layanan sedemian rupa. Rasa sangat berpuas hati dengan layanan di dalam suite itu dengan harga RM218/suite sahaja. 1 suite untuk 6 orang, kira seorang tak sampai pun RM50 tau. Affordable apa. Siapa cakap show kat DFP  mahal? Berbaloi-baloi apa!

Selepas menggalas perut dengan hidangan yang telah disediakan, kamu cuma hanya perlu ke pintu 1 lagi untuk mengambil tempat di dalam dewan persembahan. Sesungguhnya tempat kami memang sangat istimewa, berada di kawasan golongan2 atasan dan kami dapat melihat persembahan orkestra yang diselangselikan dengan persembahan silap mata dengan jelas sekali. Persembahan yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih sangat menghiburkan dengan alunan muzik dari filem2 terhebat Hollywood dan luar negara seperti Aladdin, Pirates of Carribena dan sebagainya. Cuma maaf, tiada gambar ketika persembahan kerana segala bentuk rakaman adalah dilarang. Apa yang boleh dikatakan di sini, kami sangat berpuas hati dengan keseluruhan layanan dan persembahan. Insyallah ada rezeki mesti nak menyaksikan lagi persembahan2 di DFP nih. Sila layari laman web Dewan Filharmonik Petronas dan Malaysian Philharmonic Orchestra untuk mengetahui maklumat lanjut.


WE LOVE IT!

P/S: Pojie masih lagi berhutang vlog sama korang semua. Nanti yer, berikan Pojie sedikit masa untuk upload video ke dalam Youtube kerana durasi yang agak panjang, hampir setengah jam. Insyallah, tak by end of this week, Pojie akan cuba post on Monday next week ok🙂

Hanya satu,

4 Respons to “1st time masuk Dewan Filharmonik Petronas (DFP)”

  1. Admiral Hafiz November 17, 2010 pada 6:19 am #

    penah pergi gak stummg gempak la dewannyeAdmiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

  2. AdiE November 17, 2010 pada 8:28 am #

    SALAM AIDILADHA pojie..latest entry:http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/hanya-padamu.html

  3. KiFli si Dolce November 17, 2010 pada 12:58 pm #

    dia memang elok…eh! tetiba plk :Pkalau ko 1st time lepas ni aku plk yang 1st time akan g hahahah

  4. blog-tips-kurus Disember 23, 2010 pada 8:11 pm #

    belum ade rejeki nak join 'KiFli si Dolce' tu.. Setakat ni, pi IB je..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: