Movie Review; AKU TAK BODOH

25 Nov
Salam,

Oklah straight to the point, last 2 nights Pojie dijemput untuk menyaksikan preview filem baru berjudul Aku Tak Bodoh. Filem adaptasi dari sebuah filem Jack Neo “I Not Stupid Too” yang pernah popular suatu ketika dulu di Singapura, dan kali ini diberikan garapan baru di Malaysia dengan menampilkan pelakon² baru dan lama yang berbakat. Seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Adibah Noor, Namron dan ramai lagilah.



Filem yang bergenre family comedy ini mengisahkan tentang bagaimana ibubapa tidak cuba untuk memahami masalah anak² yang sedang meningkat dewasa. Tanpa kawalan dan perhatian dari ibubapa, mereka mudah untuk rapuh dan merosakkan diri sendiri. Apabila seseuatu kebrukan yang berlaku, maka anak² juga yang akan dipersalahkan tanpa mereka memikirkan dari mana kesilapan itu berakar umbi. Untuk sinopsis filem ini boleh refer kat Budiey.

Pada Pojie, filem ini bagus sekali dengan garapan dan acuan Malaysia. Unsur² humor dan emosi di dalam filem ini agak seimbang dan sekata. Kiranya dalam gelak, membuatkan kita banyak berfikir untuk memperbaiki diri sendiri, terutamanya ibubapa dalam membentuk anak². Anak² perlu dilihat dan dinilai selayaknya, diberi peluang untuk bersuara tanpa diskrimisi. Orang tua sering memikirkan bahawa anak² muda tidak cukup ilmu atau bodoh, maka anak² ini akan cuba membukatikan bahawa mereka tidak bodoh. Apa² pun Pojie terhibur sangat² dengan cerita ini, dan tak mustahil pojie akan mengajak famili Pojie untuk menyaksikan filem ini bersama², memandangkan ia berat mengenai kisah kekeluargaan. So far Pojie beri 4 bintang untuk filem ini. Mana pergi lagi 1 bintang? Sebab kurang originaliti. Apa² pun jom layan kedua² trailer filem Aku Tak Bodoh dan I Not Stupid Too…

Fun kan! Ingat nak cari pula filem I Not Stupid Too la pulak. Apa² pun terima kasih banyak² kepada CikHel, kerana sudi menjemput Pojie dan Jojo meyaksikan filem yang best ini. Kalau ada jemputlah lagi yer. Yang paling best siap dapat makan² percuma lagi. Hahah, biasalah blogger jakun 1st time dijemput buat movie review. Kira Qarl dah biasa dah dia. Apa² pun bangga sempat bertemu dengan KakInaKL, RedLinda, AusMelankolik, AnakPerak, Sumijelly dan Khaizarien. Maaflah ya, Pojie nak juga join korang berbual² tapi since Pojie nih penyegan, Pojie hanya mampu senyum² jer. Segan berada di kalangan blogger² hebat. Lain kali kita jumpa lagi ok. Oh ya, citer nih pun ada berkaitan dengan blogger juga tau! Kalau rasa² nak tengok wajah² mereka beramah mesra dengan artis² yang hadir, boleh la terjah ke blog mereka ok… Apa² pun filem nih paling meninggalkan kesan buat Pojie lebih² lagi dengan maksud…

F.A.M.I.L.Y
Father And Mother I Love You

Hanya satu,

10 Respons to “Movie Review; AKU TAK BODOH”

  1. Hazzy Ishak November 25, 2010 pada 1:44 am #

    belum tgk lagi, kalau best nak juga tgk movie ni

  2. kak ina kl November 25, 2010 pada 2:36 am #

    alahai kamu ni ..nak segan apa pasal..kan dah selalu jumpa.lain kali jumpa kita pot pet lagi yer

  3. Qarl November 25, 2010 pada 2:58 am #

    hahahabintang yg sama kita berikan!haks!

  4. Jey Yusuff November 25, 2010 pada 5:06 am #

    jom tgk crite ni

  5. Hasrol Nizam November 25, 2010 pada 7:46 am #

    aku tengok trailer dia mcm best. review pun org ckp cerita dia best. nnt nk tengok😀

  6. mr.syazwan November 25, 2010 pada 11:16 am #

    4 bintang manyak tu mst best la ni kan..ermmmm

  7. mie November 25, 2010 pada 9:17 pm #

    best ke??kena pergi tgk ni…

  8. atty's November 26, 2010 pada 2:12 am #

    besh ye citer nie pojie ..

  9. cik helena November 26, 2010 pada 11:45 am #

    memang best!

  10. Khaizarien November 27, 2010 pada 6:38 am #

    yeyy cite tu memng best kannnnnRegard,Khaizarien Blog@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: