Keunikan 1 Malaysia

27 Nov
Salam kawan²,

Actually dari dulu Pojie nak share story ini dengan kawan² semua. Kisah mengenai 1 Malaysia. Bukan sebarangan ok. Pojie mengambil keunikan ini dari sudut kesenian dan tarian. Korang mesti biasa melihat kaum Cina, India atau bangsa bukan Melayu menarikan tarian joget dan zapin bukan? Tetapi korang pernah tak melihat orang bukan India menarikan tarian bharatanatyam, iaitu sejenis tarian India? Mungkin bagi yang pernah mendengar nama Ramli Ibrahim, ya beliau merupakan satu-satunya anak Melayu yang menyelami tarian klasikal India ini, dan beliau berseorangan. Berlainan pula dengan kumpulan tarian India dari UPM iaitu Putra Kalakshetra yang dibarisi oleh pelbagai kaum di Malaysia, bukan sahaja India, Melayu dan Cina, kaum Bidayuh pun ada tau! Hebat bukan!
Kumpulan ini diasaskan oleh Ravi Shanker, salah seorang penari klasikal India termasyhur di Malaysia dan organisasi tarian India yang dimiliki UPM ini sudah bertapak lebih 2 dekad lamanya. Kumpulan ini sudah banyak membuat persembahan di merata tempat di Malaysia dan agak terkenal juga di kalangan penggiat kesenian India. Mungkin tidak banyak yang boleh Pojie perkatakan di sini memandangkan Pojie agak baru mengenali kumpulan ini. Itu pun setelah teman² Pojie di UPM seperti Ariel, Bean dan Zuleyy mula menceburkan diri mereka di bidang tarian India ini, suatu pengalaman baru buat mereka yang sebelum ini merupakan penari zapin, joget dan kontemporari. Malah kehadiran bangsa Cina juga cukup membuat Pojie kagum kerana pada pendapat Pojie, selama Pojie bersekolah dan belajar sama² bangsa Cina, mereka agak kurang aktif dalam bidang tarian dan kesenian, apatah lagi tarian klasikal India. Kumpulan ini amat unik dan istimewa.

Harapan Pojie agar kumpulan ini akan terus berkembang maju dan dikenali di seantero dunia sebagai salah satu duta kecil 1 Malaysia. InsyAllah, Pojie pun nak join juga kalau berkesempatan. Macam best tau lebih² lagi apabila akhir² ini mereka telah membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota, dan di saksikan oleh VIP² dengan 1 pertanyaan; “Mana 1 yang India?”

 
Tiada 1 pun! 
Wow!!! 
 Hanya satu,

8 Respons to “Keunikan 1 Malaysia”

  1. Jey Yusuff November 27, 2010 pada 2:47 am #

    abg bila pulak. jey nk tgk.. huhu

  2. mr.syazwan November 27, 2010 pada 5:29 am #

    menari salah 1 cara utk kurus!tapi tidak ada peluang mau narinari pun enggak retipoji ajar boleh??hek3

  3. wazy November 27, 2010 pada 12:56 pm #

    ni yang dikatakan Semangat 1 Malaysia ,tq for sharing

  4. KiFli si Dolce November 27, 2010 pada 3:03 pm #

    ingt kan pooh yang kat tgh tu😛

  5. enyheartsdiamond November 28, 2010 pada 1:28 am #

    eny sukaaa menari! cuma tak ada peluang utk menonjolkan bakat.. huhu :')

  6. Mr.Ix Disember 1, 2010 pada 9:27 am #

    khelass! ingatkn pojie jadi penari….btolkah?

  7. ..hizamirahim.. Disember 1, 2010 pada 11:39 am #

    hehe.pojie x menari sekali ?XD

  8. En iLham Disember 1, 2010 pada 12:02 pm #

    betulputra kalashektra ni memang berbilang kaum yang masukmemang sangat mantappertandingan pun diorang selalu menangikhlas dari antara pelajar UPM. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: