One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

10 Jan
Salam,

Wahhhh, mesti ramai suka meyaksikan program best di AXN iaitu Amazing Race. Paling best kalau Amazing Race Asia sebab pastinya mereka akan menjelajah seluruh negara² Asia termasuklah Malaysia. Pojie teringin sangat nak join sebab Pojie sangatlah sukakan cabaran.. Jadi rasa sangat teruja apabila Maxis dan Nuffnang akan menganjurkan satu program menarik ala² Amazing Race cuma di sini apa yang bestnya ada versi makan². Wow, makan free tuh siapa tak mau.. Jadi Pojie pun berhajatlah nak join contest nih dengan berharap akan dapat join race nih! Race apa?? Ini dia…


The Maxis Om Nom Nom Race
**crossing fingers

Kenapa nama dia Om Nom Nom ek? Ntah la, kurang periksa hal itu. Mungkin makanan yang akan dihidangkan bercirikan Thai cuisine kot. Huhu. Tak kisahlah, yang pasti I am too eager to join for this race, lebih² lagi rakan² blogger yang lain dah siap entri nih since last week lagi, berkobar² mereka nak join. Ada yang sedang buat persiapan katanya, hari² makan 7 pinggan nasi tidak pernah kurang **kaoo mampoo??! Yang membuatkan Pojie sangat beriya² nak join nih apabila dipaksa oleh salah seorang Maxis Angel; ddFabulous selaku ketua Team Tempoyak! Gilalah, dah ada nama team lagi ok!

Kenapa Pojie beriya sangat nak join Om Nom Nom Race nih? Sebab? Pojie seorang yang gila makan. Sangat suka makan. Apa yang best, walaupun dalam kegilaan makan, lately Pojie telah berjaya menurunkan 2kg ok. So Nuffnang please take note, saya masih muat menyarungkan T-shirt bersize “M”. Muehhe.. Kira this time Pojie nak reward myself with something worth to eat, to my body, and at the same time I can challenge myself. Wahhh gittew kan! Kira makan banyak² pun nanti Pojie akan tetap menunjukkan pose dan figure yang menarik kerana berlari² untuk memenangi race ini juga memerlukan stamina yang tinggi juga wajah yang menarik untuk promosi makanan Malaysia seperti nasi lemak ini…

**bluekk

Selain itu, faktor yang menguatkan lagi kenapa Pojie nak sangat menyertai race ini, kerana Pojie adalah angel ok. Ko jangan memain. Jangan gila² bilang aku Victoria Secret Angel yer, aku tak mampu nak selit “jambak” yang nala tu ketika memakai lingerie, tetapi Pojie adalah Maxis Angel… Tetap angel, feeling tak???


Hey, bukan tuh saja. Pojie juga salah seorang pengguna Maxis Hotlink ok. Tak percaya sila cek no Pojie 012-355**** sudah 10 tahun Pojie gunakan since after SPM lagi ok. Gilalah, tak pernah tukar nombor tuh. Orang lain pergi lari ke service provider lain Pojie tetap setia bersama Maxis dan Hotlink. Saya juga penggemar kepada setiap plan dan offer yang diberikan kepada mereka kepada saya juga🙂


Faktor ke-4, mengapa Pojie ingin menyertai Om Nom Nom Race ini adalah Pojie peminat setia rancangan Amazing Race. Gilalah untuk Amazing Race Asia Pojie pernah pergi audition tapi tak terpilih. Takpe² diorang tak nampak lagi kemampuan Pojie beraksi menyelesaikan task² yang diberikan. So, Nuffnang sila ambil perhatia beri peluang kepada saya untuk menunjukkan kehebatan saya. Wahhh!

Dan faktor yang terakhir, Pojie memang sangat² mengimpikan untuk menjadi selebriti ala² Maria Tunku Sabri dan Serina Redzuan. Alah rancangan Jalan² Cari Makan tuh. Kenapa? Sebab Pojie bisa merasai segala jenis makanan yang ada di Malaysia ini terutamanya makanan masyarakat 1Malaysia. Banyak lagi yang Pojie belum berkesempatan rasa tau. Jadi dengan terpilihnya Pojie dalam race ini, dapatlah juga Pojie feeling² pengacara JJCM dengan memaparkan muka yang sedap makan makanan free. Hahaha..

Ohhh, nak join Om Nom Nom Race nih kenalah ada pasukan kan. Ada team sendiri. Oleh itu saya mahu menyertai Team Tempoyak bersama² DD, CheArm dan Hamzah kalau mereka sudi menerima saya di dalam team mereka. Muahahaha…

Maxis Om Nom Nom Race

Heyyy sedikit info menarik tentang Om Nom Nom Race ini, ia akan menggunakan applikasi iPhone4 iaitu Finder301 dan Wireless Broadband, hanya dari Maxis. Wow!! **clap.. clap.. clap.. So far Pojie takde iPhone4 sah² la Pojie tak familiar pasal applikasi nih, tapi takpe jom kita terjah..


Ohhh ini rupanya Maxis Finder301. Kelebihannya, kita boleh buat carian tempat makan, Bank (ATM), Klinik, Balai Polis, sekolah dan semua tempat yang berhampiran. Menarik bukan. Siap ada detail lagi ok dengan map dan info yang berkaitan. Tak percaya? Jom try sini; http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#


Bagi yang tercari² pula plan² broadband yang best, leh refer pada gambarajah di atas itu. Hebat bukan Maxis Broadband nih. Tertarik? Pojie pun nak melanggan Maxis Broadband gaklah macam nih. Lebih² lagi selepas survey² plan yang mereka tawarkan di sini; http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp

Apa² pun, Pojie berharaplah Pojie terpilih untuk ke Om Nom Nom Race ini pada 15 Januari 2011 (Sabtu) nanti di Modesto’s. Yelah, sebab selain dapat makan free, hadiah² yang ditawarkan bapak meletop ok! Tempat pertama jer boleh melancong ke Hong Kong 3 hari 2 malam di hotel 5 bintang ( 4 orang sepasukan) bernilai  rm10,000 dan percuma 1 smartphones untuk setiap ahli.Tempat kedua pula setiap ahli akan dapat Smartphone percuma setiap seorang. Goodie bag bagi kesemua ahli yang terpilih itu pun not bad ok! Menarik kan, so apa lagi jom join sama² Maxis Om Nom Nom Race ini!

Wish me all the best yah. 

Hanya satu,

9 Respons to “One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race”

  1. atty's Januari 10, 2011 pada 8:37 am #

    semoga team pojie berjaya ye

  2. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) Januari 10, 2011 pada 10:17 am #

    gud luck pojie…

  3. JAI Januari 10, 2011 pada 10:39 am #

    Wahhh..mantops team nie dengan si DD ado Chearm ado,Hamzah Ado…adeyyy..gud luck bro

  4. DanieL AdiE Januari 10, 2011 pada 3:30 pm #

    best of luck ya..Latest Entry:http://danieldeadie.blogspot.com/2011/01/ajl-25.html

  5. thezaila Januari 11, 2011 pada 8:25 am #

    pojie, u mmg join ek.. igt kan nk join skali.. tp memandang kan i ni, buah x makan, sayur x makan.. gerun jugak nk join.. anyhow.. all the best..!!!

  6. SayaAnonymous Januari 12, 2011 pada 3:25 am #

    goodluck!! hehe..

  7. mie Januari 12, 2011 pada 9:01 pm #

    tu dia..bertambah berat la nanti..ehheee

  8. My MiRa Januari 13, 2011 pada 3:32 am #

    goood luck taw……doakan yang terbaik untuk kamu…:)

  9. Ery Farieha Januari 13, 2011 pada 9:26 am #

    amacam, dapat tak pojie?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: