Program Semarak Bangsawan kini kembali

18 Mar
Salam,

Buat teman² pembaca yang meminati seni dan kebudayaan pastinya tertanya² kenapa untuk tahun nih tiada sebarang update tentang sebarang teater untuk Program Semarak Bangsawan pada tahun ini. Sekarang penantian sudah berakhir. Ia kini kembali, dengan menampilkan 10 pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada 2011 ini ia akan dimulakan dengan Bangsawan Siti Zubaidah yang akan berlangsung 18-20 Mac 2011 ini pada pukul 8.30 malam. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah yang dikahwini oleh seorang Raja Muda Zainal Abidin dan sering dicerca dan dikeji kerana bukan berketurunan raja. Malangnya negara baginda diserang dan Raja Muda dijadikan tawanan. Jadi bermulalah pengembaraan Siti Zubaidah dalam menyelamatkan suaminya…


Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan Geliga Sakti Opera dengan dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Raja Azrey, Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin, Khaty Azean dan ramai lagi. Tiket berharga RM5 sahaja.

Kemudian program ini akan diteruskan lagi setiap bulan dengan pementasan yang hebat dari kumpulan kebudayaan yang berbeza. Antara pementasan yang sudah dijadualkan adalah;

  1. Tasik Dayang (22-24 April 2011)
  2. Mastika Bumi (20-22 Mei 2011)
  3. Alang Buana (10-12 Jun 2011)
  4. Opera Primadona (15-17 Julai 2011)
  5. Hikayat Malim Deman (23-25 September  2011)
  6. Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober  2011)
  7. Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober 2011)
  8. Dan 2 lagi pementasan akan dikemukakan kelak.

Jadi apa lagi, marilah datang beramai² memeriahkan program yang hebat ini, dalam memartabatkan seni budaya warisan kita. Terima kasih kepada Encik Nur Ibrahim Sabri, Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang sudi memberikan informasi tentang program ini. Diharapkan agar dapat bekerjasama lagi dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program ini.

Hanya satu,

9 Respons to “Program Semarak Bangsawan kini kembali”

  1. mohdikram Mac 18, 2011 pada 2:46 am #

    best2!! tq2 pojie.!~

  2. apezs shah Mac 18, 2011 pada 2:59 am #

    salamwow murahnya tiket diapojie.. g ke?

  3. Edy Ramanov Mac 18, 2011 pada 3:00 am #

    lama tak tengok bangsawan. teringin nak pegi.

  4. taufiq helios Mac 18, 2011 pada 3:20 am #

    TH curik artikel kamu ye :)http://bit.ly/gKgJ0J

  5. puteri rimba Mac 18, 2011 pada 3:20 am #

    salam…saya blogger baru nak minat seni kebudayaan ni..nak tanya mana nak beli tiket ni?…saya dok putrajaya…

  6. ::Budak Degil:: Mac 18, 2011 pada 3:32 am #

    woh..jadi ka buat teater ni..tgk aritu melodi mcm2 kontrovesi kate xjd buat..huhu

  7. Amir Rayyan Mac 18, 2011 pada 4:29 am #

    lama jugak tak tgk teater…..:) insyaAllah jika punya kelapangan waktu nanti….:)

  8. liyanaziz Mac 18, 2011 pada 8:02 am #

    saya pergi hari ahad ni, lecturer wajibkan… suka sangat kelas skrip bangsawan, sebab dari situ dapat tahu lebih dalam apa itu teater bangsawan.. x sabar nak tengok… heeeeeee

  9. Pegawai Khalwat Mac 31, 2011 pada 5:15 am #

    dah tengok hari tu. good effort oleh Khusairy n team.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: