Gadget Review: Samsung Galaxy S

29 Mar
Salam 1 Malaysia,

Rasanya dah lama juga Pojie tak buat review kan. Banyak review pasal filem dan teater yang masih tertangguh di dalam draft tuh. Dan pada hari ini pula buat pertama kalinya Pojie ingin membuat review berkenaan dengan gadget. Aneh bukan? Tiada apa yang aneh di dalam blog PoJiePooH nih. Pojie telah diberi peluang untuk membuat review berkenaan dengan sebuah android yang menjadi pesaing kepada iPhone iaitu…


Samsung Galaxy S

Android pintar ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pesaing² yang lain dari segi perisian juga rekabentuk. Jika dilihat pada rekabentuk Samsung Galaxy S, ia lebih mempunyai saiz yang sama dengan iPhone. Perasaan Pojie tatkala memegang Samsung Galaxy S Pojie dapat rasakan ianya lebih nipis, lebih mudah digenggam dan lebih ringan berbanding dengan iPhone. Paparannya skrin pula adalah 4-inch, 480×800 pixel super-AMOLED color screen, kira lebih kurang 85% dari saiz keseluruhan permukaan gadget ini.

Samsung galaxy S memiliki 1 GHz ARM Cortex-A8 processor, PowerVR SGX540 GPU, Hummingbird chipset dengan sistem pengoperasian OS Android OS, v2.1 (Eclair). Skrin sesentuhnya juga adalah jenis capacitive touch screen di mana sentuhan lembut saja untuk memilih aplikasi. Ia juga berupaya membesarkan gambar melalui Multitouch Inputnya.
Android hebat ini dilengkapi dengan kamera 5-megapixel (AF, Self Shot, Action Shot, Add me, Cartoon Shot, Smile Shot). Ia juga mempunyai kamera kedua di bahagian hadapan untuk memudahkan pengguna membuat video call. Android ini juga boleh merakamkan video dalam format HD dengan resolusi 720p dan 30 frame per second. Hebat bukan.


Kelebihan yang paling best pada Samsung Galaxy S pada Pojie berbanding dengan iPhone dan model² android yang lain adalah aplikasi androidnya yang tidak terhad. Ia boleh dimuat turun secara percuma di Android Market. PoJie juga berkesempatan mendownload aplikasi Twitter dan Facebook for android. Dengan connection secara Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot (Android 2.2), anda boleh berhubung di mana sahaja dengan pelbagai medium dan cara. Anda juga boleh memainkan video, mp3 juga radio.

Pojie yang bukan seorang penggemar gadget lebih² lagi jenis touchscreen sangat teruja dengan kemampuan android Samsung Galaxy S yang telah dilancarkan pada Julai tahun lalu di US. Untuk maklumat lebih lengkap anda boleh melayarinya di laman web Samsung. Untuk membuatkan ada lebih teruja, jom kita dengar apa kata Kim Titus – Director of Public Relations untuk Samsung Mobile USA ini.

P/S: Teruja dan berdebar apabila ditawarkan membuat review gadget buat pertama kalinya. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi kepercayaan. Andai lama sikit bak kata Phreak-Id pastinya Pojie boleh explore android ini dengan lebih mendalam.

Hanya satu,
 

7 Respons to “Gadget Review: Samsung Galaxy S”

  1. Mra Mastura Mac 30, 2011 pada 12:27 am #

    best nyeeeee!! yg best kalau nk download free tuu!! >__<ni yg pojie ckp kt twitter en..>_____< waaaaa.. best best…

  2. Luth Textile Mac 30, 2011 pada 2:21 am #

    pergh! pojie hebat dowh!~

  3. Anonymous Mac 30, 2011 pada 5:06 am #

    Gud job bro. Well explained. Boleh sambar satu kalo camni..hehe

  4. dD Fabulous | sitekateki Mac 30, 2011 pada 9:02 am #

    perghhh…dah dpat buat product review from nuff…fabulous siotttt…

  5. Encik Psychopath Mac 30, 2011 pada 7:47 pm #

    da pulang belom ?

  6. Dinda Iva Mac 31, 2011 pada 4:23 am #

    memang ada impian tahun 2011 ni harus dapat satu samsung galaxy tablet nie…wah baguslah review u ni pijie…i likee…..

  7. phreak-id Mac 31, 2011 pada 4:26 am #

    Ntah kan kan kan? ada ke 4 hari setengah je kasi pinjam. Macam mana nak review best.. (ayat coverline). kehkehkehTerbaru >Kecoh Fenomena Simbol Pelik >KFC Famous Bowl >Review : Samsung Galaxy S

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: