5 blog paling kerap dilawati 2011

7 Apr
Ehemmm.. Assalamualaikum,

Aicehceh, sopan jer arini yer dak. Yelah since dah ayah kepada dua anak merangkap duda anak dua, kenalah bersopan santun, tak gitu? Haha. Ok baiklah. Actually ada banyak idea nak blogging, nak update entri tetapi tak terluah pula bila dah banyak² nih so Pojie cuba untuk buat entri cetusan idea dari bro DenaiHati iaitu 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011. Di mulakan dengan..


Blog hijau milik seorang anak muda yang berusia 17 yang lebih dikenali dengan nama DausPozi nih dah lama Pojie ikuti since awal tahun lepas rasanya. Tak berapa ingat. Yang pasti blog nih adalah blog paling lama antara kelima-lima blog ni, since entri dia baru beberapa kerat jer dan warna hijau striking yang digunakan dahulu. Pojie kagum dengan kegigihan anak muda nih berblog secara matang. Setiap update dia akan tweet @Pojiepooh. Jadi tiada alasan untuk Pojie terlepas mana² entri beliau. Pengisian yang pelbagai dengan cara penyampaian yang bersahaja tetapi matang.


Blog milik Aimman (Pojie lebih suka panggil beliau Eman) Pojie kenali since last year. Tak ingat bila. Yang pasti bermula apabila beliau menegur Pojie di twitter dengan tweethandle @EmanCloud masa tuh. Jengah² juga blog dia, nama pelik “bila tergigit halia”? Tapi itulah keunikan beliau yang tersendiri. Bermacam² topik yang diutarakan dan cukup menarik minat Pojie untuk join sama lebih² lagi beliau mengambil pendekatan sama macam DausPozi iaitu tweet Pojie dengan entri terbaru. Walaupun tak semua, tapi adalah juga entri yang best² yang Pojie RT semula 🙂

Sebuah blog milik anak muda dari Subang Jaya, AriffShah masih menuntut di Moscow ini menarik minat Pojie kerana isinya yang sangat berguna kepada blogger² yang masih menunutu dalam ilmu blogging macam Pojie. Beliau banyak berbicara pasal SEO CEO Alexa lah whatever tapi Pojie tetap mengikutinya. Kerana penulisan yang kemas dan berhemah. Inputnya walaupun tidak dapat Pojie cernakan 100%, tetapi 30% sudah memadai buat blogger lampi seperti Pojie. Hebatkan!


Hidup Biar Sedap, itulah tagline pemilik blog ini yang lebih dikenali dengan nama Kak Jie. Pojie selalu menjadi silent readers kepada blog hebat ini, tetapi kerap RT di twitter memandangkan isinya yang berunsur nasihat. Bebelan beliau sangat mak-mak, mengingatkan kepada mak Pojie di kampung. Sering memebebel untuk kebaikan anak². Isinya padat dengan nasihat dan motivasi secara ikhlas. Sering membuka minda kepada diri ini. Oh yeah!


Last but not least! Blog milik Jian aka Miao, anak muda dari Sarawak yang bekerja di Melaka. Pojie blogwalking lalu terjumpa comical blog ini. Pada mulanya Pojie ingatkan blog ini milik blogger luar Malaysia atau Singapura. Tetapi bila baca² semua entri beliau, barulah Pojie tahu beliau adalah anak Malaysia. Cayalah! Bangga gila Pojie ada anak Malaysia mampu buat comical blog yang kemas macam nih dengan cerita² yang lucu. Penceritaan melalui seekor Kucing (Miao) bersama roh² hamster beliau Wafu & Pafu. Kisah hidup sehari-harian dilakarkan dengan cantik, kemas dan tersusun di dalam blog ini. Membacanya pasti tidak kering gusi.

Oklah itulah 5 blog yang Pojie kerap lawati pada tahun 2011 ini. Eh, since tahun 2010 lagi Pojie dah lawati blog² hebat ini. Chop²! Ada tak orang nak melawat blog Pojie? Takdekan?? Nak request blog ke-6 boleh tah bro Denai? Nak letak blog sendiri, POJIEPOOH! Hahaha! Oklah, bagi korang yang nak join buat review nih, bleh join sini.

Hanya satu,

18 Respons to “5 blog paling kerap dilawati 2011”

  1. Dauspozi April 7, 2011 pada 3:24 am #

    Assalamualaikum bro Pojie,Terharu sehh!… Thanks bro, ada jugak yang list'kan my blog kat projek Denaihati nih… Thanks sekali lagi.. =)

  2. Kujie April 7, 2011 pada 3:58 am #

    My heart just melted…cair seperti cokelat di ladang gandum..hehedengan mak sendiri pun kadang2 kita ni memberontak juga, apa lagi dgn mak cyber, ya daktapi kita ni dah besar bulat panjang, fikir2 lah apa yg kita nak tapis apa yg kita nak.kadang2 perkataan yg keluar bukan dpt mengambarkan keseluruhan apa yang nak disampaikan.kan…dah membebel lagi..stop lah!terimakasih. nampak cute je header blog kak jie kat sini

  3. EmanTheHalia April 7, 2011 pada 4:12 am #

    perghhh tercalon lagi!!! thx pojieee hehehe!

  4. MrCongeniality April 7, 2011 pada 4:18 am #

    hey..~!!! blog mak mana..???:P *lalalala*

  5. syahrilhafiz April 7, 2011 pada 5:59 am #

    kak jie sekali dia membebel, amikpenuh satu page…hehesebab tu kakjie terbaik~

  6. syaf April 7, 2011 pada 6:02 am #

    cool pojie…terus aku terjah blog2 hebat ni…not bad yg si miao tu,…like it

  7. kak ina kl (2) April 7, 2011 pada 7:10 am #

    alamak..blog akak tak adalah pulak..sabar ajerlah kan

  8. J.M.R April 7, 2011 pada 9:10 am #

    aku pon suka baca blog kak jie tu..cam dia ngah membebel di depan aku lak kalo baca…

  9. kucing dengan tikus April 7, 2011 pada 12:03 pm #

    wahhhhh tenkiu byk!!!! :Dtenkiu tenkiu~~~~

  10. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:39 am #

    @Dauspozi Walalaikumsalam, blog bagus haruslah ku terjah selalu 🙂

  11. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:40 am #

    @Kujie hatimu cair bak coklat di ladang gandum katanya. Hahaha.. Kann Kak Jie membebel jawabb!!

  12. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:41 am #

    @EmanTheHalia blog hebat haruslahs entiasa tercalon 🙂

  13. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:41 am #

    @MrCongeniality blog kamu nanti i review later ;p

  14. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:41 am #

    @syahrilhafiz yezzaa tau takpe 🙂

  15. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:42 am #

    @syaf best kan blog Miao tuh 🙂

  16. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:42 am #

    @kak ina kl (2) ehh blom lagi kak, nih baru part1, part 2 3 4 5 lom lagi mesti akak ada punya 🙂

  17. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:42 am #

    @J.M.R hahaha membebel macam mak mak kiter kannn!

  18. Pojiepooh Abdullah April 14, 2011 pada 3:43 am #

    @kucing dengan tikus u r welcome.. keep on posting good story yeah 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: