Blogging Dulu VS Blogging Sekarang.

21 Apr
Salam geng!
Terima kasih kepada teman² yang sudi mereply tweet² Pojie di Twitter, setiap hari. I love you guys! Tanda korang tak kekwat sama Pojie, best sangat. Semalam tengah borak² tetiba come out dengan satu topik menarik iaitu pasal menariknya blogging dulu berbanding sekarang;

Korang setuju tak dengan pernyataan di atas? Mesti ramai yang setuju kan. Lebih² lagi kalau blogger tuh yang dah berada lama di dalam industri nih lebih 2 tahun. Semua perbincangan ini timbul gara² soalan seorang blogger – @cikepal;

Yelah memandangkan Pojie baru realize Pojie dah 5 tahun bertapak dalam dunia blogging nih since Februari 2006 tetapi bukan dari dengan platform blogspot atau wordpress tetapi dari platform salah satu laman sosial yang popular pada waktu itu; MySpace. September 2008 baru officially menulis di blogspot. Kalau dibaca diteliti penulisan Pojie pada waktu tuh sangatlah telus, jujur dan ikhlas. Pojie menulis dari hati Pojie, selamba dan santai walaupun di zaman jahiliyyah masa tuh (maafkan Pojie). Jawapan Pojie kepada soalan beliau;

“Dunia blog dulu? Erm, for me penulisan setiap orang 
lebih ikhlas dan telus tanpa memikirkan 
populariti dan trafik.”

That’s true bebeh! Zaman² 5 years back mana ada nak kejar trafik, kejar earning, Alexa, SEO, BE, UV natang haram segala tuh. Nak kejar populariti? Lagilah takde. Ada yang mengenali pun ia datang dengan sendiri. Bak kata Fara Fauzana; “Biarkan populariti mengejar kita, jangan kita mengejar populariti“. So gitulah konsep blogger² di zaman Pojie. Malah jauh sekali nak tengok blogger² keluar majalah segala macam AdmiralHafiz. Bak kata @pijapijot; “Dulu blogging is about writting, now blogging is about earning moneyyy.”
Tak dinafikan, Pojie pun masa gelombang blogging menyerang sekitar tahun 2010, Pojie juga turut hanyut dengan Nuffnang dan syarikat pengiklanan yang lain. Kejarkan sangat trafik dan follower, kejarkan UV dan bila sampai 1 tahap Pojie rasa Pojie tak larat, target tak kesampaian, Pojie frust. Keriangan menulis semakin pudar. Maka timbullah penyakit M, maka jelaslah kelihatan ada sela masa yang terlalu lama Pojie tak update sebarang entri di dalam blog ini, berbulan-bulan lamanya. Sememangnya blogging hari nih dah tak best, dah kurang ummphh! Bak kata Lizarazak; “Pandangan peribadi saya tentang dunia blogging hari ini. Sudah tak best!”
@Qarl_HaiqalArtis baru kejar populariti, artis lama kekalkan kualiti & populariti. Merujuk pada bloggers la. Tp xsemua laa. Most of them.

@adiluqmanYa betolll! Kurang, those yg hypocrite nk nama je…

Hahaha, to be honest Pojie sangat tercabar dengan blogger² yang meningkat naik sekarang nih. Sudah pasti kene overshadow all the time. Yang Pojie perhatikan paling mendadak kenaikan itu adalah Yuyu Zulaikha. Kaooo mampoo dulu jumpa gadis genit nih dulu takde blog masa mula² jumpa kat Sahabat Blogger Gathering, ada blog dah tutup, la nih mencanak² orang komen blog dia, follow blog dia, ingat Pojie lagi ntah idak, demi selepas diturunkan ilmu dari sifu abang sayang beliau si Ben Ashaari tuh. Aku tak mampoo deknon! Bukan beliau seorang jer, Eman dan Daus yang tiba² melonjak naik nama mereka, sering menjadi sebutan. Ada ramai lagi tapi tak cukup ruang Pojie nak senaraikan nanti blogger² muda bergetah yang hebat!
Boleh dikatakan Pojie antara blogger kertu yang tak survive dan tenggelam timbul dek arus pembangunan blogging masa kini. Gittew! Apa² pun Pojie salute gila babi sama blogger² kertu yang boleh dikira otai, yang masih mampu berdiri teguh di hentam dengan gelombang raksasa seperti Kujie, Broframestone, Jai, Eyriqazz, Redmummy, DD dan ramai lagilah (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka bukan setakat masih teguh berdiri malahan mampu mendapat income ribuan ringgit lantas menjadi pujaan blogger² di luar sana untuk menjadi seperti mereka. Maka terhasillah lambakan blogger masa kini… 
Memetik kata² NukeRude;
“Zaman-zaman aku berblogging; kuasa ‘alternative media’ itu sangat terasa dan berkesan. Dan oh, bukan sahaja dari segi politik negara, tetapi juga environment dan pengaruh di kalangan sahabat2 belajar. Blog memang menjadi medan perang dan perdebatan berkenaan sesuatu isu.But now; since everyone seems to be a ‘blogger’, keistimewaan tu dah makin malap.”
Apa² pun, walaupun Pojie cuba untuk menjadi blogger yang berjaya dan membuka mata blogger² yang lain seperti blogger² yang hebat lakukan, Pojie masih tidak tercapai, Pojie berjanji akan meneruskan coretan, bebelan dan penulisan di sini. Menulis kerana minat, kalau rasa nak datang baca silah baca, kalau tidak tak mengapa. Nak belanja makan pun tak sudi nak buat macam mana…
@TheCeddyWell said, I used to worry what my readers will think but now, if u wanna read just read, if u don’t, it’s okay.
Adios!!!
P/S: Dah officially remove IntenseDebate since memasing komen tak dapat nak komen entri Pojie. Kata @moimori takde back up komen, betul gak. @jumiejumie pun hangat. Thanks for the feedback. So happy commenting uols!!!

Hanya satu,

35 Respons to “Blogging Dulu VS Blogging Sekarang.”

  1. mcm ni lah April 21, 2011 pada 2:48 am #

    follow you dan tinggal jejak utk dijejaki

  2. DDFABULOUS.COM April 21, 2011 pada 2:49 am #

    DD pun dah kertu dek non oiii…but your point memang betul pun…dah berlambakkkkk blogger skang…persaingan sana sini…ko ader rupa, sure jadi satu bonus…but, masing2 ader cerita dan kesah dorg sendiri kan…so terpulang masing2 nak letak nilai blog diaorg tu kat mana…

  3. mr.syazwan April 21, 2011 pada 2:56 am #

    SETUJUSANGAT!POJI biar kita ni da masuk 3 tahun ke 5 tahun kejanji tetap MAINTAIN!yang penting kita bukan BLOGGER MEE SEGERA!hahahai da masuk 3 tahun pun still follower 500++ ada tu BARUUUUUUUU je berblog ni x sampai setahun da beribu2temanya buat contest suruh follow katanya.. ahh mls nak cite la lantka pi lajanji kitaFUUUYOOOpoji!hahahaTERUSKAN BERBLOG.. tanpa TOK PAH, DATO SITI, ZIANA ZAIN, ANUAR ZAIN, AWIE takkan ada SHAHIR, STACY, JACperumpamaan

  4. yanmie April 21, 2011 pada 3:16 am #

    Salam,masing2 ada matlamat dlm berblogging yang pnting tidak menyentuh sensitivi org lain sdh ler, sbb tak berapa gemar bila ada blogger yang main hentam kt blog :(dulu thn 2005 blogging sangat indah, pusing2 jumpa blog yg sama, skrg nie pusing2 blog mmg selalu sesat, itu maknanya blogging semakin luas dan mencabar dan macam2 ragam orang kita jumpa.www.yanmieonline.com

  5. sYazY_dZaiMa April 21, 2011 pada 3:18 am #

    Wow,lamanya dah pujie berblog ye. Sebenarnya cik lalat pun start 2009.Itu pun sebab suka2 & tempat nak luahkan perasaan,later kebanyakan post tu cik lalat delete sebab terlalu emotional & bahasa yg teruk.So,after 2010 baru perjalanan blog tu agak baik.Itu pun cik lalat ni bkn rajin sgt update.Cik lalat pun tak pandang sgt semua followers & nuffnang bagai.Itu yg kdg2 mls nk bw kt blog org,hik2. Eh,pjg pulak komen. Anyway,goodluck for you pojie! Jgn sedeh2🙂

  6. Eyriqazz April 21, 2011 pada 3:25 am #

    Life's change….Sayapun baru almost 2 tahun aktif berblogging walaupun dah start blogging sejak zaman universiti lagi.tahun 2002 rasanya…yup…honestly,mula2 blogging memang duit yg dikejari…but along the way…..saya sudah semakin menemui jawapan berblogging…enough said, siapa yang taknak duit kan?but it must go hand in hand….tepuk dada,tanya selera…lain padang lain belalang..gelombang tsumawi blogging adakah sementara ataupun akan terus berkekalan?masa akan menentukan…

  7. enyheartsdiamond April 21, 2011 pada 3:32 am #

    terbaiklah pojie! pojie dah suarakan apa yang eny mahu suarakan.. eny pun dah 3 tahun blogging tp steady je🙂

  8. enyheartsdiamond April 21, 2011 pada 3:37 am #

    @mr.syazwansetuju! tak pelu nak kejar populariti dgn menganjurkan contest :p

  9. Pojiepooh Abdullah April 21, 2011 pada 3:42 am #

    Oleh sebab ada masalah teknikal dengan intense debate, Pojie dah pun remove. lMalangnya ada a few blogger komen tak dapat dipaparkan di sini secara biasa so POjie akan copy paste komen2 mereka.. (^___^)V

  10. Pojiepooh Abdullah April 21, 2011 pada 3:44 am #

    Apa pun siapa yg masih lagi bertahan berblogging satu kejayaan jugaklah kan. sebab ramai blogger dh lari ke facebook. miss u so much pojie. =) http://edyramanov.blogspot.com/Pojie: Ye betul tuh. Thanks Edy. Miss u too!

  11. ztie April 21, 2011 pada 3:45 am #

    dah lama tak update dulu. letak nuffang pun saja2. tak pnh dpt pun. kalau dpt kira advantage. entry pasal sendiri dan pasal sekeliling. org nak baca ble baca. tak nak baca takpe. blog ni dh mcm reminder utk sendiri. mula bila ek.. lama dah. 2, 3 tahun kot. tak hingaattt

  12. Pojiepooh Abdullah April 21, 2011 pada 3:46 am #

    setuju,bro. walaupun follower sikit,tp boleh jer survive.. haha http://cathenclox.blogspot.comPojie: Yesszaa, itu yang kita mahu semangat, bukan hangat2 tahi ayam🙂

  13. Pojiepooh Abdullah April 21, 2011 pada 3:46 am #

    blogger yg dulu anyak dh tua. blogger sekrang.. muda2 lagi. hehehe http://www.blogputerayusoff.blogspot.com/Pojie: Blogger dulu tetap evergreen hokey ;p

  14. Pojiepooh Abdullah April 21, 2011 pada 3:48 am #

    Macam post yg dah lama kamu nak tulis je pojiee! heheBagi eyka plak, blog eyka tetap macam dulu.Taknak terikut sangat dengan apa org nak cakap pasal dunia blogging skrg.Smua org ada hak kot nak berblogging.Takkan nak blogging pasal isu2 semasa je kan? Itu utk org yg minat okay la.. yg tak minat??Yg minat nya more kepada penulisan macam diari peribadi nya macam mana pulak?Huhu… so, pada semua blogger2 lama ataupun baru… kita semua sama je kat arena ni.Yg membezakan… pemikiran kita dan penulisan. Asalkan reader korang suka baca :)So nanti, takde lah feeling2 macam syok sendiri bila menulis kan… HAHABiar tak banyak komen punn.. asalkan korang tahu berapa ramai yg baca / view blog korang dlm sehari.Honestly lah, takde sape yg tak pandang duit masa skrg ni..so, sebab tu lah dunia blogging skrg byk keja traffik & populariti. Ini dari prespektif eyka je k… huhu adioss! ^___^p/s : keep on posting pojieee!!! http://eykameow.blogspot.comPojie: Hahah memang dah lama pendam nak buat post camni now baru berlambak idea untuk diluahkan.. Xpelah yang penting tak boleh tiru each other semua blogger berbeza ada kesitimewaan tersendiri kann kann. Thanks babe🙂

  15. lionteen April 21, 2011 pada 4:20 am #

    setuju sgt. lionteen dah 3 tahun lebih. mmg nmpk bezanya.. dulu lg best. tenang, aman damai

  16. Misshy Innz April 21, 2011 pada 4:44 am #

    ai setuju je lahh ;)sebab sume pun benar belaka ;D

  17. Cik Dara April 21, 2011 pada 5:14 am #

    hehe,dulu suci je dunia blogging. xde nk keji pelbagai,xde yg nak kejar traffik bebagai. Semua nk ekspresikan penulisan yg suci dlm debu kedlm blog tnpa mndpt apa2 income pun. ape2pun setujulh dgn ape yg pojie cuba sampaikan ni.

  18. ParkAir April 21, 2011 pada 5:22 am #

    Itu lah, sepatutnya menulis kerana hati betul2 nk menulis. Kalau betul2 nk buat duit, buat la belog bisnes.

  19. Kujie April 21, 2011 pada 6:13 am #

    Susah nak bersandar pada kenangan saja… dulu kisah dulu, skrg ni kita tempuh jekehidupan mmg akan berubah, kita tak de kuasa nk control benda ni… yang utama – jauh di sudut hati, niat dan halatuju atau prinsip kita tak berubah.Kak Jie agak konservatif mengenai blogging – cukup sekadar biasa² je..agak malu untuk menonjolkan diri dan berlebihan.Selagi blogging itu memberi kepuasan kepada diri sendiri dan sedikit menceriakan kawan2 yg persahabatan terbina bertahun2, itu sudah cukupBab earning juta2 lemon tu…mitos semata2…itu bukan priority dlm berblog, jadi apa yg dpt adalah berkadar dgn apa yg diusahakan.

  20. @rep April 21, 2011 pada 7:07 am #

    blogger yang dah berada tak pandang traffic2 tu nok. ekonomi yang mendesak mereka mengejar traffics and earning. kesian. dapat la beberapa ringgit terus kompang satu dunia. sedih.you ring the alarm and wait for IRB to ring your bell.sekian, terima kasih.

  21. joegrimjow April 21, 2011 pada 7:57 am #

    hidup berubah poojie:(

  22. miSs Zie April 21, 2011 pada 8:14 am #

    da nak dekat 3tahun blogging tp xde follower sgt pn..huhu:(

  23. Cikgu Fikri April 21, 2011 pada 8:19 am #

    wah..dah lamer rupanya pojiepooh berada di dunia blog ni yer..mesti byk pengalaman…🙂

  24. ♕ Mr.IX ♂ April 21, 2011 pada 10:01 am #

    btol2! setuju sesangat dah sampai speechless nak komen..hahap/s: ix x brapa nak main tweet2 ni…huhu~

  25. nurr April 21, 2011 pada 12:46 pm #

    Nice entry! sangat setuju dgn pojie..dulu2 mn ade nak kejar2 earning mahupun trafik..yang penting nak menulis..Sy pun sejak jg blogger 2008 tak penah nak kejar earning…says,nuffnang? masa tu x taw ape benda ntah..langsung x amek port.. skang ni byk blog yg citer psl earning,BE,trafik..pastu beberapa bln lepas sy pun try2 la sign up gak..kui3x..nk try test..haha…sama2 la kita trus b'blogging tanpa fikir psl benda tu sume..yg penting niat utk menulis ^_^i follow~~

  26. Amoi April 21, 2011 pada 3:01 pm #

    people changes according to the timeline changes.dulu pendedahan terhadap nuffnang dan iklan berbayar kurang. tak ada yang bagi tahu. sebab tu dulu bloggers tak ada yang nak kejar traffik.:)p/s: jom tengok cool design rak buku kat blog ai😀

  27. DanieL AdiE April 22, 2011 pada 9:14 am #

    I LOVE THIS ENTRY SO MUCH!!!!!!!!!!!!POJIE, WELL WRITTEN!!! GOOD JOB!!!!!Adie dh 2 tahun berblogging..suam-suam kuku juga.. tp x kesah, sbb adie berblogging sbb nak share je..Earning? adie x pernah dpt pon.. seriously, x check pon…! Bloggers MEE SEGERE? Mcm bintang realiti juga.. Time panas, sedap la.. cube dh sejuk…fhm2 saje la…TERBAEK ENTRY NIE!!

  28. Izz Latif April 22, 2011 pada 9:28 am #

    ~hurmm~suka all da points dalam entry nih(^^)mmg duit tu penting n perlutp kdg2 janganlah nmpak sgt mata duitan kan??…lagi besh kalo populariti dtg hasil blogging yg ikhlaswww.izzlatif.blogspot.com

  29. Fitrihadi April 22, 2011 pada 10:16 am #

    dulu takde gaduh-gaduh sebab semuaa yang guna tenet dan blog budak baik je.. yang nakal-nakal main MiRC je.. sekarang ni semua ada..siap berperang mengalahkan perang di iraq.. aduiiisemakin hari aku rasa kosong.matlamat blogging aku masih tak tercapai.. dah dekat 3 tahun berblogging, aku masih takde geng dari alam maya ke alam realiti.. gathering pun tak 'mampu' nak gi.. makin hari aku makin sunyi..

  30. Admiral Hafiz April 22, 2011 pada 12:14 pm #

    la….apsal x gtaw awal2?hehenway mmg pelik sgt2 dgn dunia blogging skrgsumer sibuk nk kejar traffik n duit jentahlabab kluar majalah tu?anggaplah tu sbagai penghargaan media masa skrg terhadap peranan yg dimainkan bloggerEntry Terkini: Aksi Panas Blogger Mendapat Bantahan di Facebook!

  31. EmanTheHalia April 22, 2011 pada 1:36 pm #

    tak tau ape nak cakap pojie. EMAN sendiri tu ramai ke yang nak sebut? kalau daus maybe la. yang paling nampak ketara keyrull hehe tgk la bape lame blog bulan kot dah seribu lebih da follower heheh =)

  32. nuriz April 23, 2011 pada 6:58 am #

    saya masih ok, saya tidak kejar trafik walaupun ada yang kata dan tuduh saya mcm tu..terpulang le pada pndgn depa.

  33. Uncle Syaf April 23, 2011 pada 9:19 am #

    terbaek…setuju….aku mase mule2 masuk blog ni pun tak tau menau pasal duit ke ape ke, yg pikir time tu rase appy bile kesah hidup kite orang lain bace and cari kawan2 baru…nuffnang aku pun dri dulu sampai skung RM 1.50 je sebab maleh nk klik2 and amik port…zaman skung blog, orang kejar rangking and duit, bace separuh entry je, 2,3 baris lepas tu comment…ntah ler…depend dengan individu gak ape purpose dieorang berblogging ni

  34. Bro Framestone April 25, 2011 pada 8:29 am #

    eh.. kenapa nama bro ade kat sinie ek..???

  35. miss Fyqa April 25, 2011 pada 2:31 pm #

    setuju sgt. dulu mmg lain , sekarang lain .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: