Teater Bangsawan Tasik Dayang

22 Apr
Salam kawan²…

Seperti mana yang pernah Pojie warwarkan, program Semarak Bangsawan kini kembali dan pada bulan, pada minggu ini akan berlangsung sebuah lagi pementasan di Panggung Bandaraya. Pementasan dari Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur Kuala Lumpur ini bertajuk…


Tarikh: 22 – 24 April 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Bandaraya, KL
Tiket: RM5/orang
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi 
03-26176303/6289/6305 (DBKL) / 03-20523600 (JKKN)

Sinopsis:
Datuk Kumajaya dititah ke Langkapuri bersama isterinya, Cik Mahura dan anaknya, Dayang untuk menjadi ketua di sana. Dalam perjalanan Dayang berkenalan dengan juragan kapal, Nakhoda Malim yang tinggi ilmu agama.

Di Langkapuri, Dayang belajar agama dengan Nakhoda Malim. Suatu hari mereka pergi berkelah di tepi tasik di Pantai Kerang. Sewaktu berkelah Dayang hanya duduk menyendiri untuk beramal di sebuah dangau. Putera Raja Bunian yang lalu di situ telah jatuh hati kepada Dayang.

Sejak pulang dari tasik, Dayang suka mandi malam. Putera Raja Bunian datang dan berlaku perkara yang tidak diketahui ketika Dayang mandi. Sejak itu juga berlaku perubahan terhadap Dayang yang kelihatan seolah-olah telah berbadan dua sehingga merisaukan kedua ibu bapanya. Datuk Kumajaya menuduh Nakhoda Malim punya angkara kerana Dayang rapat dengannya. Nakhoda Malim yang tidak mengaku salah telah dihukum pasung.

Suatu malam Dayang hilang dari biliknya walaupun dikawal rapi. Putera Raja Bunian datang memberitahu bahawa Dayang boleh ditemui di tepi tasik tetapi Dayang hanya boleh dipandang kerana telah bersama-sama dengan orang bunian di Tasik Dayang.

Insyallah Pojie mungkin akan menyaksikan pementasan ini pada malam ini atau hari Ahad nanti memandangkan hari Sabtu esok Pojie ada pementasan makyong. Jadi kalau sesiapa yang pergi terjumpa² Pojie, say hi to me ok. See ya!!!

Sumber;

Hanya satu,

6 Respons to “Teater Bangsawan Tasik Dayang”

  1. Jey Yusuff April 22, 2011 pada 6:57 am #

    mcam nak join.. tp keje byk maa

  2. LORD ZARA 札拉 April 22, 2011 pada 2:16 pm #

    Walalala~Comel je. Nanti ambillah gambar kamu di makyong~;)

  3. Khuzrin Kamarudin April 22, 2011 pada 5:36 pm #

    Pergh.. terbaik..

  4. kak ina kl April 24, 2011 pada 10:19 am #

    murahnya harga tiket ek..akak setuju dengan N3 kamu pasal blogging..dulu giler nak kejar trafik dan income dek kerna mengikut nafsu..lelama tak leh ikut sangat..penat dibuatnya..akhirnya tulis blog bila ada cerita.

  5. GAPURA ILMU April 25, 2011 pada 1:54 am #

    mcm best jer… mesti cita ada perang2 gak

  6. syaf April 25, 2011 pada 2:27 am #

    pojie nih memang penggemar teater yg terbaek lah :)so far dah brape banyak teater ko g?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: