Tutorial subscribe Twitter SMS (Maxis)

28 Apr
Salam geng!

Dah lama rasanya Pojie tak keluarkan tutorial kan kan. Yela ko kenapa dah sah² la blog aku nih blog banyak mencarut dan more to personal, motif la nak bagi tutorial sokmo. **matila angin gila dah mai carut readers lagi. Hahah. Actually Pojie nih bukan banyak sangat ilmunya kalau nak compare dengan korang semua. Tapi ada sikit² nih kata orang meh la kita kongsikan bersama. Selepas Tutorial Membuat Facebook Fanpage yang mendapat sambutan ramai dengan kaedah tutorial video ala² TV pendidikan tuh, itu di Facebook dan kali ini timbul pula idea khas buat anda yang ada Twitter dan #tahitwitter macam @pojiepooh tuh.

Maafkan Pojie kerana kali ini tutorial versi back to nature, menggunakan ayat² dan gambar untuk pemahaman anda memandangkan perisian webcam video capture Pojie tuh ada masalah sikit. Trial jer kan, dah abes trial tak mampulah nak membayornya. Haha. Oklah, jadi buat kalian yang takde hanfon canggih manggih, takde blackberry, iphone segala, entri ini khas buat kalian semua. Applicable to all kind of phone janji boleh SMS, jangan korang nak try kat telefon rumah, aku tampo licin muka korang kang. Huhu. Oh, by the way Pojie tekankan ini untuk pengguna Maxis sahaja. Yang Celcom, Digi dan lain² korang boleh tanya provider korang macam mana yer. So let’s go (Perhatian: Sila klik untuk tumbesaran yang lebih jelas)!


Mula² sekali pi tengok penjuru atas kanan Twitter tuh ada letak avatar comel korang kan? Cecuba klik kasi keluar dropdown list tuh, sila klik pada Settings.


Ate dah keluar page kaler biru rupa ini, korang klik pada submenu Mobile dan sila;

1. Pilih Country/region: Malaysia. Kalau duduk Melesia ler, kalau duduk Monggolia, letak ler Monggolia.

2. Masukkan no henfon korang. Jangan letak no telefon rumah aku bantai korang kang!

3. Choose your carrier, ini kira pilih provider. Yang ada dalam list ni Maxis dan Tunetalk jer. Pojie pilih Maxis. Kalau dah sudah klik Start.

4. Akan ada tertera no henfon korang di atas tuh. Pada henfon korang cuba hantar SMS dengan menaip “GO”.

5. Hantar ker 28933

6. Korang akan terima SMS berupa “verification code“dan masukkan kod itu di ruangan yang disediakan.Dan tadaaa!

7. Sekarang korang sudah berjaya subscribe Twitter SMS, cuma sekarang korang boleh pilih notification/ tweet mana yang kurang nak terima kat henfon nanti.

8. Ini boleh setting bila masa korang nak receive notification/ tweet nanti.

9. Save! Dah selamat… 

Amacam? Taklah susah mana kan, senang sangat. Ikut jer instruction dalam tuh. So, bagi korang yang pakai henfon zaman purba macam Pojie, korang juga boleh berkicau tanpa sempadan sampai nak kene limit seploh kali sehari pun boleh gara² dapat title #tahitwitter ataupun matsaleh cakap #twitterholic. Tweetlah sepuas hati jiwa dan raga. Tapi perlu diingat, twitter nih bisa membuatkan korang addicted, dah subscribe Twitter SMS nih lagi bertambah addicted, Pojie tak bertanggungjawab ek, dah pesan. 


Bagi yang tiada twitter, atau tak reti lagi guna twitter, korang sangat kerugian kerana banyak kelebihan twitter nih sebenarnya. Paling best lebih² lagi buat korang yang subscribe Twitter SMS macam Pojie, korang leh mesej kawan² korang dengan hanya RM1/week. Ko taiplah, mesej la sebanyak mana pun RM1/week adalah kadar rata. But make sure kawan korang tuh ada twitter dan follow korang juga yer. Takde kredit pun boleh jugak tweet2, mesej kawan🙂


Oh, bagi yang bertanyakan Pojie pakai henfon apa, memandangkan Pojie takde blackberry dan iphone, Pojie masih boleh keep in touch dengan member² twitter, jawapannya…



Eh, Nokia3310??? #larilajulaju. Haha, #oktipu actually ini…


Hahaha, kalau tidak masakan Pojie boleh snap pic dan post dekat Twitpic kan kan! Eh, kalau Nokia3310 tuh pun boleh guna juga apa as long as boleh SMS. Boleh dibanggakan juga apabila henfon tahap² masuk muzium tuh boleh main twitter. Kalau orang pandang² leh carut balik…

Kao mampooo?!!

P/S: Nak reply komen korang sekarang sangat mudah lepas dapat tutorial dari Wamozuwaha. Thx buddy!

Hanya satu,

6 Respons to “Tutorial subscribe Twitter SMS (Maxis)”

  1. miSs Zie April 28, 2011 pada 1:51 am #

    kte pun guna twitter sms je..tp xreti nak post gambar..pojie ajar lah cmne ^,~

  2. cik Nemo April 28, 2011 pada 1:56 am #

    alohhh kite guna Celcom tak boleh twit. Kena cari penaja untuk beli blackberry ni.:P

  3. eykameow April 28, 2011 pada 2:03 am #

    setiap minggu rupenya dia tolak.. patut lah cepat kena bared.. hohhoho

  4. Amoi April 28, 2011 pada 2:29 am #

    kena bayar ke subs maxis twitter?

  5. z o u l April 28, 2011 pada 6:06 am #

    eh handfon kite same r..awk tiru sy kan…****rebah tanpa seurat benang

  6. KiFli si Dolce Mei 1, 2011 pada 8:06 am #

    kannn akhirnya release gak tutorial ni🙂 sangat dinanti kan yer…boleh masuk box office ni hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: