Tutorial WAJIB BUAT selepas tukar layout blog!

7 Jul
Salam kawan²,

Actually mungkin ramai di antara anda yang perasan Pojie dah tukar header baru, layout baru yang lebih segar dan simple dengan konsep suci murni. Gittew! Ala² reborn la kekdahnya, haha! Oleh sebab Pojie nih bukannya seorang yang celik IT, reti coding² HTML segala haram jadah, celik photoshop bagai. Maka dengan sedikit ilmu edit² melalui Paint dan Photoscape, maka terhasillah header budak Darjah 3 ini…
Hah, itu pun nasib baik amik gambor dalam studio, masa pre-enggagement #satucintaduajiwa photoshoot yang lalu. Lawalah sikit rupanya. Lepas tuh memandangkan 100% gambar semua berlatarbelakangkan warna putih jadi Pojie pun memilih tema putih gebu bak salju ini sebagai tema layout blog yang tak seberapa nih. Dah pernah kaler hijau, kaler pelangi, nak kembali kaler putih. Simple jer kan. Ini pun template dari Blogger nih. Tak serabut kepala kalau nak buat projek berangan comel lepas nih. Dan macam biasalah dah cantik² (pada aku la) tukar layout blog segala maka tanpa ku sedari, ada beberapa setting yang akan lari. Damn! Dan kali ini wajib kubuat entri untuk rujukan di kemudian hari. Korang nak rujuk sini pun boleh juga…

1. Reply button di ruangan komen.


Semenjak Pojie dah tak menggunakan lagi Intense Debate kerana beberapa masalah teknikal yang Pojie sendiri kurang pasti mana kesilapannya, Pojie dah jadi semakin kurang rajin untuk membalas segala komen teman². Maka dengan adanya tutorial dari Wan Zulqhairi maka dapatlah Pojie mereply komen². Walaupun ada yang terlepas pandang, tapi Pojie akan cuba sedaya upaya Pojie untuk reply komen². Kalau rajin Pojie singgah lagi di blog para pengomen tegar🙂

2. Buka link di tab/ window baru.


Memandangkan dalam setiap entri (dan blog) Pojie pastinya ada menyelitkan beberapa link untuk rujukan pembaca, juga memberikan credit atau backlink kepada empunya link, jadi tanpa adanya setting ini pastinya ia akan menyukarkan pembaca membaca entri Pojie. Lebih² lagi kalau pengguna Mozilla Firefox macam Pojie. Kalau takde, mesti pembaca terpaksa klik link, kemudian back semula untuk menyambung baca entri Pojie. Bukankah itu menyusahkan? Yes, Pojie tahu sebagai alternatif kalian boleh klik dengan menggunakan roller di tengah² mouse, tapi kalau yang pakai lappy dan tiada mouse macam mana? Leceh kan? Silap² pembaca fed-up terus pangkah blog nih. #nanges. Jadi anda bolehlah refer simple explaination by @dauspozi kat atas tuh. Thanks ye dik. Nak lebih lanjut boleh baca entri Farenova, Viruspadu dan CikEpal.

Nota tambahan: Perhatikan nifty tricks dari @shandye. di ruangan komen untuk pengguna Google Chrome.Thank buddy.


3. Twitter/ Facebook share button.


Kalau ada entri yang menarik, pastinya anda ingin kongsikannya dengan teman² anda yang lain betul tak? Tapi macam leceh la pulak nak kene copy paste link. Jadi bagi memudahkan keadaann, Pojie pun letaklah button share Twitter dan Facebook di setiap entri dalam blog nih. Mana² entri yang korang rasa best, nak share, just click dan dia akan appear a new window/ pop-up than boleh terus share. Senang kan.Korang boleh refer tutorial button twitter 1, twitter 2 dan button facebook 1, facebook 2.

Selamat mencuba!

P/S: Eh, bukan #tunangkite ada cakap aritu nak tukarkan kita header yang lebih menarik ker? Hehe.

Hanya satu,

7 Respons to “Tutorial WAJIB BUAT selepas tukar layout blog!”

  1. cik Nemo Julai 7, 2011 pada 3:00 am #

    Sabor ye.. Kite ingat, nanti kite tukarkan..:)

  2. Hazzy Ishak Julai 7, 2011 pada 5:11 am #

    hi pojie…

  3. shandye. Julai 7, 2011 pada 5:29 am #

    here's a nifty trick for google chrome user.klu nk klik pada link (tak kiralah dlm blog, website, whatever)… always press and hold kekunci 'CTRL' (ala… selalu letaknya paling hujung bucu bawah sblah kiri) dan klik pada mana2 link yg uols nk klik tu.dgn secara automatiknya link tu akan dibukak pada tab baru, so takdelah uols nk kena tekan 'BACKSPACE' doplohpatjam klu nk patah balik ke page sblomnya.nifty tak?

  4. i'm shin... i'm inesen Julai 7, 2011 pada 6:21 am #

    puteh mcm kaen kapan laaa

  5. CengkodokPolkadot Julai 7, 2011 pada 8:54 am #

    @shandye.konsepnye

  6. JMR Julai 7, 2011 pada 3:56 pm #

    pojie nampak ensemm….:-p

  7. princess_eryna Julai 8, 2011 pada 3:01 am #

    tlg wat utk aku 1 wei……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: