Selamat Bertunang #engkuF #errapazira

14 Jul
PERHATIAN: 
Entri panjang berunsur peribadi dan sedikit jiwang, sila jangan #muntahdarah

Salam,

Alhamdulillah, setelah sekian lama kami menyimpan rahsia hubungan kami berdua kini tarikh 3 Julai 2011, terlakar sebuah lagi memori indah dalam hidup kami berdua, juga keluarga dengan majlis pertunangan kami. Semenjak dari awal perkenalan di awal tahun ini, kemudiannya merisik ketika sambutan ulangtahun kedua ibu bapaku (juga hari lahirku) sehinggalah kini, kami memberitahu kepada semua bahawa kami pasangan bercinta dan telah pun selamat bertunang. Dulu kami bukanlah pasangan kekasih yang bercinta, tetapi lebih suka dipanggil teman tapi mesra. So tiadalah istilah makwe, pakwe boyfren girlfren segala yer. Sebab tuh aku berani mengaku aku single. Dia pun mengaku tiada pakwe. Betul la kan memang tak tipu pun.

Selama kami berTTM (teman tapi mesra), tidak banyak yang kami kongsikan dengan teman² kami apatah dengan pembaca semua, memandangkan si dia dan juga saya pernah kecewa dan kali ini tidak mahu terlalu heboh, takut tak jadi. Andai ada pun hanyalah cerita² nakal dari kanda Natasha ku, yang tidak dimengertikan oleh semua. Beliaulah yang merakamkan setiap detik percintaan kami. Dah dekat² barulah kami invite teman² yang rapat dengan kami. Yang rapat jer tau. Yang kurang rapat tuh ampun yer. Majlis pun buat kecil-kecilan jer. Pojie nak jemput ramai² bukan rumah Pojie tapi rumah orang. Tapi insyallah majlis langsung nanti akan di jemput sekaliannya🙂 Tapi kami tetap bermesra² di twitter kalau korang nak tahu. Ada yang perasan² jugak tapi tak amik port sangat. Mungkin fikir kebetulan, atau mungkin bergurau memandangkan kami berdua unmention each other. Tapi hashtag dalam tweet² Pojie ada #errapazira #puterigunungflora #bakalbini #DearFutureWife itulah merujuk kepada Zaihazra Sulaiman yang kini menjadi #tunangkite. Sweet kan..

 
Mungkin ada yang mengatakan kami nih feeling² #retis tapi itulah kami. Lebih² lagi dikatakan menjadi trend bercinta sesama blogger. Blogger ibarat artis juga. Semua kisah akan menjadi tatapan para pembaca. Bezanya artis, wartawan jaja cerita, tetapi blogger, sendiri jaja cerita. Pojie taknak lah terlalu ingin menjaja cerita. Bercinta bagai nak rak tapi hujung² cerai berai. Pojie belajar dari kesilapan lalu, juga kesilapan teman² juga. Hal personal tak semua indah untuk dikongsi. Ada yang memuji, ada pula yang mencaci. Jadi pembaca² semua jangan risau, lepas Pojie dah menjadi tunangan orang nih, sampailah dah kawen beranak pinak insyallah, takdelah Pojie nak showing off kisah percintaan Pojie semua. si dia pun juga mengerti. Ada yang boleh dikongsi, ada yang tak perlu sama sekali.

Apa² pun alhamdulillah penyatuan #satucintaduajiwa berakhir sudah dengan jayanya, kini dimulakan dengan episod yang baru pula. Mungkin ada yang terfikir Pojie berlakon di sebuah filem Satu Cinta Dua Jiwa, itu memang lakonan semata² tetapi benar di dunia nyata. Apatah lagi dengan kemunculan Pojie dan si dia di GLAM memang membuatkan semua teman² makan hati, ada juga tergelak di dalam hati memikirkan betapa tingginya imaginasi seorang Pojie. Sehingga tibalah harinya Just Enganged menjawab segala persoalan yang terbuku di minda. Kami telah pun benar² selamat bertunang. 

Now I’m declaring myself Mohd Fauzi Abdullah 
proudly engaged with Zaihazra Sulaiman
 

Pelbagai persiapan telah kami rancang, segala²nya tersusun rapi termasuklah rahsia ini, walaupun ada spoiler sikit, tapi masih terkawal rapi. Seawal detik perkenalan kini sudah menghampiri pasti. Terima kasih berbanyak² kepada yang mendoakan kebahagiaan kami, terutamanya keluar, sedara mara dan teman² sekalian. Bayangkan rombongan pihak Pojie sampai dengan 10 kereta, belum lagi dengan kawan² yang terlebih dulu sampai. Walaupun ada masalah dan sedikit pertengkaran, alhamdulillah sampai juga. Ampun kepada Abah dan teman² sekalian andai ada yang tertinggi suara. Pojie tak boleh nervous, cepat stress dan mulalah melenting. Ampun sangat, memang diluar kawal.

Terima kasih sangat² kepada para sponsor dan hantaran. Ada yang terpaksa kami bawa sponsor² ke majlis nikah nanti. Tetapi andai masih yang berkesudian nak sponsor, kami masih membuka peluang kepada anda. Dan insyallah, tiada halangan kami akan memberikan credit kepada setiap sponsor yang kami terima. Ofkos sekali lagi sponsor dari mem besor akak Natasha kami yang bukan saja menjadi saksi cinta kami dari awal lagi sehingga kini, terima kasih yang tidak terhingga…

Semoga detik itu menjadi kenangan yang indah bukan sahaja untuk kami berdua, malahan juga keluarga kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman² yang telah menghadiri majlis kami. Terima kasih banyak². Semoga jodoh blogspot ini berpanjangan. Siapa kata jodoh blogspot tidak berpanjangan? Terima kasih The Gorgeous yang sudi meng-GOJES-kan majlis kami. Sayang takde masa kami buat outdoor photoshoot. Terima kasih juga buat Kak GONJENG Hezesuze yang datang bersama El-Zafril, yang dah lama tak bersua muka, sudi memeriahkan suasana. Kini kau kenal bakal adik iparmu jua. Ramai juga bff yang mengucapkan congrats, terima kasih, terima kasih kepada semua. Maaf andai ada yang terkasar bahasa, terlepas pandang untuk Pojie ucapkan terima kasih. Aiii, lega sikit hati ni semua berjalan lancar, so boleh fikir next step pulak dan cari duit untuk kawen. Apa² pun…


Horey!!!
Eh silap, alhamdulillah…

Sekarang ni aku tengok dah macam trend ke ape duk cari cinta dalam internet sebab masing-masing nak tackle blogger perempuan yang hot-hot, cantik-cantik untuk yang lelaki la then dapat tayang dekat kengkawan. Bangga. Yang perempuan pulak menggedik dengan blogger lelaki yang ada pakej. Ye lah nanti boleh berbangga dengan kawan-kawan. Huda Luna

P/S: Ada yang bertanya bila nak langsung majlis pernikahan? Hint dia dalam vlog salah satu daripada link² di atas. Surprise seterusnya bakal menanti🙂

Hanya satu,

46 Respons to “Selamat Bertunang #engkuF #errapazira”

  1. Mra Mastura Julai 14, 2011 pada 2:41 am #

    sweet, congratz!

  2. Natasha Julai 14, 2011 pada 2:54 am #

    kini MamaRazi Natasha x boleh cr makan dah…sbb kisah cinta nie bukan lagi rahsia…opsssss ada lagi boleh cr makan..tarikh kawein…mamarazi tau dah bulan berapa..silap aribulan jatuh pd bday mamarazi natasha:P..wakakakkakaka

  3. intanurulfateha Julai 14, 2011 pada 3:04 am #

    next entry plsssssssss! :p

  4. cik Nemo Julai 14, 2011 pada 4:00 am #

    Finally…:)

  5. mr.syazwan Julai 14, 2011 pada 4:15 am #

    FUUUYOOOTAHNIAH POJIE!!SEMOGA MENJAGA TLAI PERTUNANGAN INI SAMPAI KE JINJANG PELAMIN HINGGA KE AKHIR HAYAT OKkalau tunang x jemput x kisah lagitpi nnt kahwin x jemput dengan kad memang i kesah! bawka mak esah kang.. hahahaplz: xmau tag2 kat fb je erk kad jemputan tu.. nak kad dtg umah.. ;)bisik buzz: darah org tunang ni manis so jaga2 k=_=

  6. SyahmiFikri Julai 14, 2011 pada 5:08 am #

    wah! tahniah2 =)cinta bloggers! cool

  7. farhanaDr Julai 14, 2011 pada 5:15 am #

    I likeeeee!! Heeee. Tahniah Pojie. Juga untuk pasangannya Cik Zaihazra. Moga berbahagia selalu hendaknya.🙂

  8. shandye. Julai 14, 2011 pada 5:28 am #

    congratulations. ngee…*peluk kuat-kuat*

  9. penaberkala Julai 14, 2011 pada 5:33 am #

    biar betul?cinta blogspot ke ni?cayalahsemoga berbahagia hingga ke akhir hayatcepat2 naik pelamin bro

  10. eykameow Julai 14, 2011 pada 6:56 am #

    serius!!! suka gila ayat2 manis dlm entry ni….! nak lagi entry mcm ni….plshhhhhhhhhh! huhuhup/s: tahniah tau. semoga berkekalan hgga akhir hayat. aminn =)

  11. ::AdyVa:: Julai 14, 2011 pada 6:56 am #

    wow~ tahniah~ akhirnya…..congrats

  12. Aisumi Chan Kawa'i Julai 14, 2011 pada 6:59 am #

    suweeeeeeettt sangat pojiee! ^___^ tahniah lagi sumi ucapkan..p/s: hehee.. sumi ni asyik berangan.. bila nk langsung tu xtau lagi😛 hahaa.. p/s/s: doakan sumi next turn pulak eh.. lallaaa~

  13. ..hizamirahim.. Julai 14, 2011 pada 7:00 am #

    tahniah diucapkan.moga berkekalan ke akhir hayat.:)

  14. eazy n atief Julai 14, 2011 pada 7:24 am #

    :)) pojie congratz ye eazy pun dapat tau dari karlmase gathering nnti kite cite-cite k?sbb katenye karl nak wat small gathering masa ramadhan nnti

  15. Huda Luna Julai 14, 2011 pada 8:10 am #

    kawen mesti ajak tauu!huda doakan yg terbaikkkk utk korgsampai bila2insyaAllah! ^____^yeap!betul ape semua yg pojie cerita dlm entry ni =)

  16. Izz Latif Julai 14, 2011 pada 11:16 am #

    ~wooowwwww~seyesly Izz ingat main2 je pasal engagement tuh….Congrats bro!!!(^-^)www.izzlatif.blogspot.com

  17. izfanora Julai 14, 2011 pada 1:00 pm #

    wah.. mcm best jer kan.. nk cari satu jugalah.. :P*xder ke member2 yang solo.. hihi..😛

  18. Yuyu Musa Julai 14, 2011 pada 2:58 pm #

    bagus la pojie bila dah bertunang baru cakap..*bukan bodek ,ikhlas2..haahahabercinta sesama blogger??ehem3…time bcinta tak perlu tunjuk sangat kot,yela tkot ramai yg benci dari suke dan risau akan datang taktahu caner.time bertunang/kawen lain cite plak..hihi…semoga berbahagia pojiepooh!!!

  19. ilyanie Julai 15, 2011 pada 1:56 am #

    abg pojie, tahniah ye….smoga hubungan kalian berdua berkekalan hingga akhir hayat dan dirahmati olehNya

  20. Joey Julai 15, 2011 pada 8:25 am #

    it's so relief to see something as sweet as this.p/s it's good to know that something still go along the way

  21. Fitrihadi Julai 15, 2011 pada 9:22 am #

    Aku rasa ko bukan feeling retis, tapi rupa ko memang ada rupa macam artis AF hahahaanyway tahniah sbab dah selamat bertunang.. tumpang gembira gak.. hihihi🙂

  22. FAUZI NOR Julai 15, 2011 pada 10:24 am #

    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhTahniah..oleh makan nasi minyak pojiepooh.. huhu

  23. Nadzrah Julai 15, 2011 pada 1:33 pm #

    lamanya tak bukak blog!tetiba je pojie da bertunang!wahhhh!!!tahniah ye!semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin! aminn

  24. SyazwanSarawak Julai 15, 2011 pada 4:34 pm #

    renjis renjis…~ekeke. semoga bahagia korang berdua

  25. Anonymous Julai 16, 2011 pada 12:54 am #

    kawin pakai baju bajet stylo..takde adab, pakai la baju melayu ke, wat malu kat kluarga belah sane je..wtf

  26. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:40 pm #

    @Mra Mastura Thanks🙂

  27. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:42 pm #

    @Natasha Ahah mamarazzi jangan nak buat gosip lagi naa ;p

  28. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:43 pm #

    @intanurulfateha Jeles lettew hahahah

  29. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:44 pm #

    @cik Nemo Novel tak? Hahahah

  30. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:44 pm #

    @mr.syazwan Hahaha dun worry will do my dear🙂

  31. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:45 pm #

    @SyahmiFikri Insyallah semoga cool selamanya🙂

  32. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:45 pm #

    Thanks @farhanaDr🙂

  33. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:46 pm #

    @shandye. Thanks.. #bighug

  34. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:46 pm #

    @penaberkala INsyallah doakan saja yer🙂

  35. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:47 pm #

    Eh @eykameow nak lagi entry macam nih? Tunggu pas kawen pulak, taley bebanyak nanti orang muntah. Hahaha. Thanks for comeing dear. Thanks for your pryaer🙂

  36. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:48 pm #

    Thanks @::AdyVa::

  37. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:53 pm #

    Thanks dear. INsyallah POjie doakan @Aisumi Chan Kawa'i punya turn pulak lepas nih yer🙂

  38. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:53 pm #

    @..hizamirahim.. Terima kasih banyak2🙂

  39. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:54 pm #

    @eazy n atief yeke? insyallah nanti bulan puasa kita gathering berbuka puasa sama2, POjie bawa kenalkan si dia pada kamu ok🙂

  40. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:54 pm #

    @Huda Luna of coz, no worries🙂

  41. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:54 pm #

    Ada memain pulak, bebetul lah @Izz Latif. Thanks anyway🙂

  42. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:55 pm #

    @izfanora member solo ramai kenapa ada yang nak kenal ker? hahah

  43. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:56 pm #

    @Yuyu Musa betul tuh tak semua boleh dikongsikan.. kalau betul2 cinta terus masuk meminang terus ajak kawen, hehe

  44. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:56 pm #

    @ilyanie thanks dear🙂

  45. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:57 pm #

    @Fitrihadi artis AF manakah?? jangan cakap BOB AF! hahaha. thanks btw🙂

  46. Pojiepooh Abdullah Julai 16, 2011 pada 5:58 pm #

    @FAUZI NOR sudah semestinya boleh.. nantikan saja jemputan ku ok🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: